Saturday, August 29, 2009

Pre-Match | Gempur Old Trafford

Pertembungan dua musuh tradisi dalam English Premier League antara Manchester United dan Arsenal sentiasa menjanjikan perlawanan yang mendebarkan dari kedua-dua pasukan, malam ini (jam 12 malam waktu malaysia) walaupun ia tidak lagi se'gah' ketika di zaman Patrick Vieira dan Roy Keane.

Prestasi tidak menyakinkan yang dipersembahkan skuad bimbingan Alex Ferguson ketika ini tetap diberikan perhatian serius pengendali Arsenal, Arsene Wenger apabila berkunjung menentang skuad 'Red Devils' itu di Old Trafford malam ini.

Sehubungan itu, pemain 'The Gunners' perlu memberikan komitmen 100 peratus bagi menyekat kegarangan jentera serangan 'Red Devils' yang dikepalai Wayne Rooney yang pastinya mahu menyakinkan status mereka sebagai juara musim lepas. Untuk itu pada masa yang sama, barisan pertahanan yang ditunjangi William Gallas dan Thomas Vermaelen harus kental menjaga kubu dan jangan sekali-kali melakukan kesilapan mudah hingga memberikan ruang untuk Rooney dan rakan-rakan menjaringkan gol. Berkenaan 'isu Eduardo' yang sedang hangat sekarang ini, ia tidak seharusnya menjejaskan fokus keseluruhan pasukan Arsenal yang perlu berusaha mengekalkan rekod 100% setelah memenangi semua perlawan di awal musim ini.

Ketiadaan Cesc Febregas yang disahkan Arsene Wenger tidak akan turun di Old Trafford, diharapkan tidak akan melemahkan pasukan kerana dengan kemunculan beberapa pemain seperti Denilson, Eboue, Ramsey, dan Diaby yang mula mempamerkan peningkatan dalam permainan masing-masing seperti apa yang ditonjolkan ketika perlawanan dengan Celtic rabu lepas. Mereka dijangka sekali lagi akan dikerahkan memainkan peranan penting untuk menguasai kawasan tengah Arsenal nanti dan membawa pulang tiga mata ke Emirates.

Berikut adalah kesebelasan bayangan aku:

-------------Almunia-------------
-----Sagna-----Gallas-----Vermaelen-----Clichy-----
-------------Song-------------
-----Denilson-----Diaby-----
-----Bendtner-----RvP----Arshavin-----

Predict: 2 - 1

Selingan, Detik-detik hangat pertembungan lalu antara kedua-dua pasukan ketika di era Patrick Vieira dan Roy Keane. Teruja siot time ini! Kedua-dua bekas kapten ini dah pun membawa haluan masing-masing dengan Vieira yang masih aktif bermain bersama Inter Milan di Serie A, manakala Roy Keane sudah berkecimpung dalam bidang kejurulatihan, tak silap aku sekarang jadi pengendali kepada kelab Ipswich Town






0 comments:

Related Posts with Thumbnails