Tuesday, September 15, 2009

Match Report | Arsenal hanyut terkulai

Manchester City 4 : 2 Arsenal
Manuel Almunia (20' own gol), Craig Bellamy (74'), Emmanuel Adebayor (80'), Shaun Wright-Phillips (84') : Robin Van Persie (62'), Tomas Rosicky (88')
Venue: City of Manchester Stadium


"In Arsene We Frust"

Laporan lewat-Kekalahan kali ke-2 ke atas Manchester tetapi kali ini kepada Manchester City, kelab kepunyaan Jutawan Arab yang terlebih-lebih kaya-rayanya dan telah meng'kaya'kan kelab Inggeris ini yang dahulunya miskin hina ini.

Kekalahan ini memang agak menyayat hati dan mengecewakan jiwa raga fan susah hati Arsenal, kerana Arsenal kalah dengan jaringan yang agak besar seperti 'The Professor' telah meletakkan hanya 'setunggul kayu' yang mengawasi gawang Arsenal. Perlawanan kedua pasukan ini kelihatan agak tegang kerana ia menemukan pemain Arsenal dan bekas pemain Arsenal yang dijual ke pasukan lawan dengan nilai 40mil iaitu Adebayor dan K Toure.

Perlawanan ini telah dicemari aksi 'kurang ajar' tindakan bekas pemain Arsenal, Adebayor yang semakin liar selepas keluar dari asuhan Arsene Wenger, Dia telah dikatakan cuba mencederakan Robie van Persie dengan sengaja dengan memijak mukanya juga meraikkan jaringannya 'tahap melampau' ke arah penyokong-penyokong Arsenal, tindakan mungkin bertujuan untuk mem'provokasi' itu akan menghangatkan keadaan suasana dalam stadium dan luar stadium juga boleh membahayakan diri Adebayor sendiri. Tapi, Kemungkinan aku rasa Adebayor terlupa yang dia dah bertukar pasukan...huhuh.






Walaubagaimanapun, disebalik yang kurang enak ini, sekalung tahniah buat pemain Arsenal yang berjaya membolosi gawang Manchester City yang sebelum ini kelihatan kebal, tetapi ia tidak menghalang anak buah Arsene Wenger untuk memusnahkan rekod kebal itu. Kepulangan semula Tomas Rosicky selepas berehat panjang akibat kecederaan juga sangat 'menyejukkan hati' apabila berjaya melakukan asist kepada Robie van Persie untuk jaringan pertama Arsenal dan Rosicky juga berjaya melakar jaringan peribadi, Sayangnya kemunculan cemerlang ini tidak dapat membantu Arsenal untuk mencipta kemenangan.

Berikut adalah barisan yang diturunkan Arsene Wenger:-

------------Almunia------------
----Sagna(E.Eoue'77)----Gallas----Vermaelen----Clichy----
--------Song(Eduardo'77)-------Denilson(Rosicky'53)--------
-----Bendtner----Fabregas----Abou Diaby----
------------RvP------------

Subs: V Mannone, Eduardo, E Eboue, T Rosicky, M Silvestre, A Ramsey, K Gibbs

Next game: UEFA Peringkat Kumpulan vs Standard Liege

0 comments:

Related Posts with Thumbnails