Saturday, October 3, 2009

Gossip Liar | Patrick Vieira

Sedang panas gossip mengenai bekas bintang Kesayangan lagi tersohor Arsenal, Thierry Henry yang menyatakan minat untuk menabur bakti untuk kembali ke pangkuan Arsenal walaupun sebagai waterboy. Tiba-tiba muncul pula berita mengenai seorang lagi bintang skuad 'The Invincibles' Arsenal, Patrick Vieira yang dikaitkan akan kembali ke Arsenal pada tingkap perpindahan yang bakal di buka pada Januari nanti.

Walaupun terang lagi bersuluh sebelum ini yang Arsene Wenger ada menyatakan yang dia sudah cukup berpuashati dengan skuad Arsenal yang sedia ada ketika ini, walaupun dikatakan dia memiliki sumber kewangan untuk berbelanja scara mewah pada tempoh tingkap perpindahan nanti. Ia masih tidak menghalang untuk Arsenal terus dikaitkan dengan gossip-gossip pemindahan pemain terutamanya gossip mengenai beberapa bekas bintang Arsenal yang akan pulang ke pangkuan Arsenal.

Spekulasi pemindahan bekas kapten Arsenal ini tercetus gara-gara, Patrick Vieira dilaporkan kurang berpuashati kerana kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Inter Milan musim ini, Ini ditambah pula pemain antarabangsa Perancis berusia 33 tahun itu agak terdesak untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan Perancis, sekiranya tidak dapat beraksi secara konsisten dalam kesebelasan utama Inter Milan, Ia seterusnya akan meranapkan impiannya untuk beraksi di Piala Dunia di Afrika Selatan nanti. Langkah terbaiknya adalah dengan cuba mencari 'nafas baru' samada ke Arsenal yang pasti akan menjadi keutamaannya sekiranya Arsene Wenger menawarkan tempat ataupun ke Spurs kerana minat mendalam tanpa berselindung yang ditunjukkan pengendalinya Harry Redknapp pada musim permindahan yang lepas.

Berikut adalah kenyataan Patrick Viera:-

"I need rhythm, a run of matches at a high level. I don't want to make any conclusions before December."

"If my situation hasn't changed from now until then, I will take the necessary decisions."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails