Friday, October 2, 2009

Match Report | Olympiakos bongkos

Arsenal 2 : 0 Olypmiakos
Robin Van Persie (78'), Andrei Arshavin (86') : -
Venue: Emirates Stadium, England



ARSENE WENGER terus meningkatkan semula kehebatan awal musim skuad muda Gunners apabila mempertahankan dan merekodkan 100% kemenangan dalam Champions League Group H dengan membungkos 2 - 0 keatas Olympiakos di Emirates Stadium.

'The Professor' juga telah merekodkan satu lagi sejarah minggu ini sebagai pengurus paling lama berkhidmat dalam sejarah Arsenal, dia juga secara terbuka mengakui apa yang berlaku adalah diluar jangkaannya sejak dia mula dilantik mengemudi Arsenal pada 13 musim yang lalu.

Gergasi Greek, yang dikendalikan oleh legenda Brazil Zico, sepatutnya perlu bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada penjaga golnya Antonis Nikopolidis yang telah bertindak cemerlang pada malam itu untuk mengekang asakan hebat jentera muda Arsenal dari berpesta dan berkarnival di gelanggan sendiri, Jika tidak kerana aksi hebak yang ditampilkan Antonis Nikopolidis itu, Arsenal berkemungkinan bakal memperolehi jaringan yang lebih besar dan sudah pastinya perlawanan yang berlangsung itu akan dianggap berat sebelah.

Bagaimanapun, keutuhan kubu pelawat akhirnya runtuh juga apabila penyerang antarabangsa Belanda, Robin van Persie berjaya memperdayakan Antonis Nikopolidis pada minit ke-78. Dan Andrey Arshavin terus melengkapkan malam kejayaan Arsenal sebelum empat minit masa akan tamat melalui skor aksi nakalnya dengan menggunakan tumit belakang yang mana ia jelas dalam kedudukan offsaid tetapi disahkan pengadil perlawanan - gol tersebut terhasil dari kerja hebat daripada Aaron Ramsey dan Cesc Fabregas.

Selingan, Berikut sedutan skor-skor Arsenal yang memasing dijelmakan oleh Robin van Persie dan Andrei Arshavin



1 comments:

Anonymous said...

Your cuгrеnt poѕt pгοviԁes сonfiгmed usеful tο myѕеlf.
It’s really eԁucаtional and you're simply obviously quite well-informed of this type. You have exposed my eye to various thoughts about this kind of topic together with intriguing, notable and solid written content.

Also visit my web site: www.wikileakdes.org
Feel free to surf my page ; buy codeine

Related Posts with Thumbnails