Wednesday, October 28, 2009

Muda-mudi Arsenal, Sila Jalankan Tanggungjawab Anda


TEAM NEWS

Arsene Wenger dijangka pasti sekali lagi akan membariskan beberapa player muda-mudinya untuk Carling Cup.

Penampilan hebat Sanchez Watt, Gilles Sunu, Mark Randall dan Francis Coquelin, yang dipromotkan dalam pusingan ketiga, dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Liverpool juga mungkin akan turut serta membuat perubahan selepas menempa kemenangan mereka pada Manchester United pada hari Ahad lalu.

Pemain sayap Albert Riera masih tidak berkelayakan untuk bermain kerana kecederaan hamstring.

Sementera, ada berita gembira dari kem Liverpool dijangkakan pemain tengah berbangsa Itali Alberto Aquilani yang dibeli diawal musim dengan nilai harga £20million akan bakal membuat penampilan sulungnya di Emirates.

MATCH PREVIEW


Skuad muda-mudi Arsenal yang memperlihatkan kehebatan dalam pusingan sebelumnya ketika menentang West Brom dan kini akan berpeluang sekali lagi untuk menunjukkan potensi mereka kepada 'The Professor'.

Arsene Wenger yang kerapkali dilihat menggunakan Carling Cup bagi menilai prospek player muda-mudinya dan perlawanan ini mungkin dapat memberi satu petunjuk berapa baik sesetengah daripada mereka untuk mara dan berkembang menjadi player utama Arsenal di masa depan. Please! mintak-mintak janganlah lahir seorang lagi Diaby, lambat benar progressnya.

Liverpool, selepas menumbangakan Manchester United pada hari Ahad lepas, adalah kelab paling berjaya dalam sejarah League Cup dan merekodkan tujuh kejuaraan trofi.

Sejarah lampau jugak tidak menyebelahi Liverpool apabila telah diketuk daripada kejohanan League Cup dimana mereka telah ditunjukkan ‘Jalan keluar’ untuk lima musim berturut-turut, kekalahan ke atas Chelsea (dua kali), Arsenal, Tottenham dan Crystal Palace.

MATCH FACTS
Head-to-head


Liverpool tidak pernah kalah dan liat pula dalam tujuh pertemuan dengan Arsenal samada dalam Premier League mahupun Champions League. Sila lihat rekod pertemuan antara kedua pasukan seperti dibawah:-

2008/2009-----21 Apr-----(H) Liverpool ( 4 - 4 ) Arsenal-----Premier League
2008/2009-----21 Dec-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Premier League
2007/2008-----08 Apr-----(H) Liverpool ( 4 - 2 ) Arsenal-----Champions League
2007/2008-----05 Apr-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Premier League
2007/2008-----02 Apr-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Champions League
2007/2008-----28 Oct-----(H) Liverpool ( 1 - 1 ) Arsenal-----Premier League
2006/2007-----31 Mar-----(H) Liverpool ( 4 - 1 ) Arsenal-----Premiership


kemenangan terakhir yang digapai Arsenal pada Liverpool adalah 6-3 di Anfield dalam suku akhir League Cup yang berlangsung pada bulan Januari 2007.

Kem Arsenal


Arsenal, yang menjuarai trofi pada 1987 dan 1993, telah mencapai sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat lapan terakhir dalam enam musim berturut-turut.

The Gunners mempunyai rekod bersih lagi suci 100% di gelanggang sendiri musim ini, dengan memenangi kesemua tujuh perlawanan yang berlangsung di Emirates Stadium. Jadi! Takutilah! huhuhu...

Kem Liverpool

Liverpool dalam musim ini belum memenangi sebarang perlawanan ketika bertandang ke gelanggang lawan sejak kemenangan terakhir di Leeds dalam pusingan sebelumnya.

Liverpool juga belum mampu lagi meraih sebarang gol ditempat lawan sejak di Elland Road.

Predict aku: 2 - 1

0 comments:

Related Posts with Thumbnails