Saturday, October 31, 2009

Pre-Match | Arsenal v Tottenham Hotspur

"Orang bila 1st time dapat merasa duduk lepak kat kerusi empok big 4, Dah terperasan hebat pulak, dah ada skit kerek...Tak hingat pulak ini baru jer awal musim lagi" sesuai sangat buat Spurs ini.

Dengan Arsenal berkedudukan tangga ke-3 manakala Tottenham Hotspur di kedudukan ke-4 di awal musim ini dalam Liga Perdana, pertembungan antara kedua pasukan ini di Emirates Stadium dijangka akan mendapat perhatian dari peminat-peminat EPL diseluruh dunia pada hari ini.

Kedua-dua pihak yang terikat pada 19 mata dalam carta Liga Perdana dengan Arsenal hanya berkelebihan jumlah jaringan dan pasukan yang memenangi perlawanan ini bakal boleh bergerak bertengek di tangga kedua dalam liga mendahului Manchester United, (buat sementara waktu kerana perlawanan melibatkan Manchester United sedikit lewat), ditambah dengan satu kemenangan ini, anak buah Arsene Wenger masih berbaki satu perlawanan dalam tangan berbanding pesaing-pesaing lain.

Arsenal akan bermula hari ini tanpa penjaga gol Lukasz Fabianski, yang mengalami kecederaan dan dijangka tidak dapat beraksi untuk tempoh tiga minggu akibat kecederaan pangkal paha yang dialami ketika skuad The Gunners meraih kemenangan di Carling Cup menewaskan Liverpool dalam pertengahan minggu lepas, dan Manuel Almunia dijangka bakal mengambil posisi asalnya sebagai benteng terakhir Arsenal pada malam ini setelah lama diperam oleh Arsene Wenger.

Arsenal juga akan beraksi tanpa Tomas Rosicky dan Theo Walcott untuk perlawanan ini, tetapi pengempur-pengempur Arsenal seperti Eduardo, Robin van Persie dan Nicklas Bendtner adalah dalam keadaan fit untuk beraksi malam ini.

Di pihak Harry Redknapp; di jangkakan Spurs akan menurunkan pemain tengah mereka David Bentley, selepas kerap disisihkan untuk beraksi dalam perlawanan Liga Perdana sejak Januari, manakala mereka betandang ke Emirates juga tanpa kelibat Jermain Defoe, yang masih dalam tempoh pergantungan tiga perlawanan selepas mendapat kad merah ketika menentang Portsmouth.

Penyerang tinggi melampau Peter Crouch dijangka akan bertindak sebagai pegempur untuk Tottenham di samping Robbie Keane, manakala pemain sayap Aaron Lennon akan direhatkan selepas mengalami kecederaan buku lali.

Dibawah ini adalah rekod pertemuan kedua-dua pasukan yang menampakkan jurang jelas antara kedua pasukan? huhu! So! Harry Redknapp janganlah kerek sangat.

Predict Pencinta Arsenal FC : 2 - 0
Related Posts with Thumbnails