Saturday, October 3, 2009

Pre-Match | Arsenal vs Blackburn Rovers

Di Emirates pada Ahad ini, Arsenal akan bertentang mata dengan Blackburn Rovers yang kini berada di dasar liga pada kedudukan ke-15 dari 20 pasukan, dan tanpa berselindung, aku meramalkan permainan itu nanti dijangka akan berpihak kepada pasukan tuan rumah untuk memastikan Arsenal terus melancarkan tekanan pada pasukan-pasukan pemimpin yang sedang mengepalai dan menguasai takhta liga tika ini. Dengan Chelsea dan Liverpool akan bermain antara satu sama lain, Arsenal akan berpeluang untuk merapatkan kedudukan di singgahsana liga.

Berita buruk buat Arsene Wenger apabila skuad Gunners secara sahnya akan kehilangan khidmat Eduardo sekali lagi kerana kecederaan yang dialami ketika perlawanan dengan Olympiakos tempoh hari, tetapi kekecewaan pengendali Arsenal itu pasti sedikit terubat apabila kembalinya Bendtner selepas direhatkan akibat kecelakaan jalanraya tempoh hari

Selain itu ditambah ceriakan lagi apabila Theo Walcott dijangkakan bakal juga akan berada di dalam skuad minggu ini, tetapi Theo berkemungkinan besar akan bermula di bangku simpanan.

Sementara Manuel Almunia masih lagi belum pulih sepenuhnya dari masalah jangkitan kuman, tetapi fan susah hati Arsenal pasti tidak terganggu sangat dengan situasi yang membelenggu Almunia itu apabila keeper muda Arsenal, Vito Mannone yang digalas tugas sebagai keeper utama Arsenal ketika ini dilihat sudah mula menampilkan peningkatan mutu permainan yang cemerlang dan tingkat keyakinan yang tinggi dalam permainannya.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan Arsene Wenger ketika ditanya wartawan mengenai situasi terkini kem Arsenal untuk perlawanan dengan Blackburn Rovers:-

“Unfortunately we lost Eduardo after he came on (against Olympiakos). It was a gamble to play him and unfortunately his muscle injury got worse.

“He will be out. But Walcott and Bendtner are available. Manuel Almunia is not far. I will assess him on Friday or Saturday but he looks unlikely to be ready.”

Berita baik dari unit rawatan pemulihan Arsenal, Carlos Vela sudah hampir sihat sepenuhnya sementara Lukas Fabianski dan Nasri dijangka sudah boleh memulakan latihan dalam dua minggu lagi. Ini sekaligus akan meninggalkan hanya Denilson dan Djourou sebagai pemain-pemain yang masih cedera dan kekal dalam proses pemulihan.

Disini aku terjemahkan skuad bayangan yang bakal diturunkan pada perlawanan dengan Blackburn Rovers nanti:-

---------------Mannone---------------
-----Eboue----Gallas----Vermaelen----Clichy-----
---------------Song---------------
--------Fabregas-------Rosicky--------
-----Bendtner/Walcott-----RvP-----Arshavin-----

Predict aku: Arsenal 2 - 0 Blackburn Rovers

0 comments:

Related Posts with Thumbnails