Wednesday, November 18, 2009

Injury News | Kieran Gibbs Tersampuk Sumpahan Juga


Dah berjangkit-jangkit pula, selepas Bendtner cedera dengan groin problem, menjelma Robin van Persie dengan kecederaan ankle dan sekarang Kieran Gibbs 'jeles' teringin berehat juga selepas tercedera semasa terlibat dengan tugasan antarabangsa.

Pemain berpaksikan bek kiri ini cedera semasa menyarung jersi skuad England bawah 21 tahun dalam pertembungan dengan rakan sebaya dari Lithuania semalam. Gibbs dikhabarkan hanya mampu beraksi kira-kira 21 minit sahaja sebelum memberi isyarat tidak mampu meneruskan aksinya, Stuart Pearce dengan bingkas mengantikan dengan Ryan Bertrand.

Baru sedang mencongak-congit siapa yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robin van Persie, kini Arsene Wenger bakal gugur rambut memikirkan siapa pula yang akan mengalas tanggungjawab yang ditinggalkan Gibbs, Pilihan yang ada ditangan Arsene Wenger adalah Silvestre, Senderos, Traore dan Eboue? Rasanya berkemungkinan besar Silvestre yang bakal diberikan kepercayaan untuk mengisi posisi bek kiri diatas faktor pengalaman luasnya walaupun tidak dia tidaklah sepantas dulu akibat faktor usia. - Dial Square (Kelab Pencinta Arsenal FC)

Related Posts with Thumbnails