Monday, November 30, 2009

Match Report | Chelsea Pulun Arsenal

Arsenal 0 : 3 Chelsea
- : Didier Drogba ('41), Thomas Vermaelen (og '45), Didier Drogba ('86)
Venue: Emirates Stadium, England
Referee: A Marriner


Orang-orang tua ada berpesan "Layanlah pihak yang bertandang ke rumah dengan sebaik mungkin, dan hormatilah orang-orang yang lebih berusia" Nampaknya anak-anak muda 'The Gunners' ini berpegang utuh terhadap pesan tersebut. huhuhu!

Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad, 29 November, 2009 - Arsenal yang berperanan selaku tuan rumah menyambut rombongan kedatangan Chelsea untuk satu perhitungan terpenting dan terhebat setakat ini bagi musim 2009-10 ini. Perhitungan ini jugalah akan menjadi tanda aras! Adakah Chelsea berupaya melanjutkan penguasaan mereka mengengam erat takhta liga atau mampukah Arsenal menyekat kemaraan Chelsea dan mendekatkan jurang mata? Semalam jawapannya telah terungkai! Mengecewakan, Memilukan, Membengkekkan, Arsenal tiada jawapan untuk menyekat kemaraan anak buah Carlo Ancelotti' buat masa ini...

Tapi dengan kata azimat - "In Arsene We Trust" aku terus redha...Aduyaiiii....

Berikut dilapirkan sedikit sorotan video perlawanan berkenaan.



Chelsea pulun Arsenal 3-0

Perlawanan yang dianggap 'hebat dan sengit' bakal dipertontonkan pada awalnya dan menjadi perhatian fan kedua-dua kelab berkenaan mahupun fan-fan EPL.Ternyata meleset-melecit! Dengan permulaan yang agak lembab dan penuh berhati-hati ditampilkan kedua pasukan sebelum kedua-dua pasukan beransur-ansur menyesuaikan diri dengan suasana perlawanan. Di 10 minit awal perlawanan berlangsung, Stadium Emirates diselubungim suasana yang riuh-rendah dari penonton yang membanjiri stadium dengan kedua pasukan seimbang mendapat peluang masing-masing tetapi gagal untuk diterjemahkan dengan jaringan.

Setalah masuk minit ke 41, semua serba menjadi buat pasukan pelawat! Pemain yang digelarkan 'Kerbau Chelsea' Didier Drogba telah mengamamkan ribuan fan-fan Arsenal apabila Drogba menjaringkan gol pertama untuk pasukan pelawat dan selepas itu Chelsea tidak lagi menoleh ke belakang dan selang beberapa minit ia disusuli satu gol sendiri oleh Varmaelen bagi menjadikan Chelsea selesa melangkah keluar pada kedudukan 2-0 dalam separuh masa pertama.

Ini juga merupakan perlawanan kedua Arsenal dalam EPL dimana anak buah Arsene Wenger gagal untuk menjaringkan sebarang gol. Jelas kelihatan Arsenal tampak tumpul di bahagian pengempur walaupun Eduardo dan Vela diberikan peluang memperagakan aksi. Kehilangan Robin van Persie mula dirasai, dan 'The Professor' perlu memikirkan sesuatu yang rasional untuk kembali mencabar
dalam EPL.

Drogba seperti tidak dapat dihalang lagi apabila terus menganas dan memperagakan penguasaannya dengan mengukuhkan kemenangan Chelsea dengan satu lagi gol pada minit ke-86. Ia merupakan satu kemenangan sangat besar untuk Chelsea yang secara langsung akan memperkukuhkan terus mereka merajai takhta Premiership dan mendekatkan kepada impian mereka untuk mengucup tropi EPL untuk musim ini.

Mengulas mengenai kedudukan terkini 'The Gunners' ditangga ke-4 liga dan ketinggalan 11 mata kepada The Blues, 'The Professor' dipetik berkata:-

"I do not think it is over.

"We are fighters and we have to show that in the next game.


"We are still in a very strong position. Chelsea can drop points, I am convinced of that."

Berikut dilampirkan juga sorotan video ketika Arsene Wenger ditemubual BBC Sport

Related Posts with Thumbnails