Monday, November 16, 2009

Rumours | Barcelona Kian Kemaruk

Barcelona yang kian terdesak untuk memeterai satu perjanjian dengan Arsenal untuk merekrut semula Cesc Fabregas untuk musim panas depan ke Barcelona, dan menawarkan duo pasangan yang mengiurkan sebagai pertukaran perjanjian yang melibatkan Yaya Toure dan Bojan Krkic.

Semenjak Joan Laporta yang mula mengambil alih tampok pemerintahan Barcelona pada 2003, supremo Nou Camp tidak putus-putus menganggu ketenteraman kem Arsenal dengan hal-hal yang menjengkelkan dengan pelbagai langkah untuk menjerat Gunners bagi mereka menandatangani semula Fabregas yang lahir daripada sistem belia Barcelona.

Walaupun Arsenal telah menolak mentah-mentah dengan pelbagai pendekatan, tetapi kelab dari Sepanyol ini semacam 'tuli' dan terus berusaha termasuklah dengan usaha terbaru ini.

Yaya Toure dan Bojan Krkic, kedua pasangan yang ditawarkan ini jelas dilihat kurang peluang mereka di musim ini memperagakan aksi berbanding bintang-bintang lain. Dimana pemain tengah Ivory Coast perlu bersaing sengit untuk merebut tempat dengan Seydou Keita, manakala Bojan dilihatnya sering dibayangi Pedro dan Jeffren Suarez yang lebih mendapat perhatian dan keutaamaan dalam kesebelasan skuad Pep Guardiola.

Menurut akhbar tempatan Sepanyol, El Mundo Deportivo, Arsenal Wenger dikhabarkan bersungguh-sungguh menilai kedua pasangan dan sangat berminat untuk membawa kedua-dua pemain itu ke Emirates.

Pandangan aku terhadap Arsene Wenger, Tok Wenger perlu mengeluarkan satu kenyataan balas yang boleh membuat pihak Barcelona panas punggung, dengan menyatakan secara jelas, sekiranya Cesc Fabregas yang mereka mahukan, pertukarannya ada Lionel Messi. Kita buat seperti apa yang Inter Milan lakukan apabila menyatakan keinginan untuk melamar bintang mereka itu, Biar kasi mengelupur tapir, Bengkek lak aku tengok asik menganggu 'rumah tangga' orang jer kerjenya - Dial Square (Kelab Pencinta Arsenal FC)

Related Posts with Thumbnails