Saturday, November 14, 2009

Rumours | Sagna - "Setiaku Disini"


Menurut sumber-sumber, kelab Real Madrid dan Juventus menunjukkan keinginan yang tinggi kerana mengidamkan Bacary Sagna setelah melihatkan ketangkasannya, rambut mengurainya yang mengiurkan dan otot-otot pepejalnya yang dipamerkan bek kanan ketika menyarung jersi Arsenal.

Sumber juga mengatakan, Bacary Sagna tidak terliur sedikit pun dengan berita itu dan telah menolak mentah-mentah kedua-dua tawaran kelab. Tidak ada niat di hati kecilnya untuk tergolong menjadi salah satu dari sebahagian Galacticos gelombang kedua impian Florentino Perez .

Sumber-sumber itu berkata juga yang walaupun Juventus adalah kelab yang bagus, tetapi Sagna tidak berminat dalam meninggalkan Arsenal kerana sudah mnetapkan pendirian yang satu, dimana tujuannya adalah untuk memenangi kejuaraan dan kegemilangan dengan Arsenal.

Sumber-sumber itu menambah bahawa Real Madrid ada bertanya dan merisik untuk melamarnya, tetapi masih dianggap sebagai satu perjanjian mustahil kerana Sagna tidak akan meninggalkan Arsenal.

Sejarahnya, Bacary Sagna didatang daripada Ligue 1 Auxerre pada 2007 untuk nilai £6 juta. Bos Arsenal Arsene Wenger membeli dia dari situ dan Sagna telah cepat menonjolkan dirinya sebagai pilihan pertama bek kanan Arsenal.

Berikut adalah kenyataan dari Sagna:-

"These comments are not accurate and I'm not aware of any speculation linking me to another club. I am 100 per cent committed to Arsenal.

"We have a great squad of players at the club and I know that we can achieve something together at Arsenal, my focus is nowhere else."


Related Posts with Thumbnails