Saturday, October 31, 2009

QF Carling Cup | The Gunners vs Tim Emmanuel 'mulut longkang' Adebayor

Perlawanan-perlawanan Carling Cup suku akhir akan berlangsung bermula 30 November.

Manchester City yang berjaya menitik Arsenal 4-2 dalam keadaan kontroversial terdahulu di awal musim ini, akan sekali lagi menemukan Emmanuel 'mulut longkang' Adebayor dengan bekas rakan sepasukan dari The Gunners .

Jadi kali ini aku tak sabar ingin lihat pulak apa respon 'The Gunners' terhadap Adebayor 'si mulut longkang' ini pada perlawanan nanti. Ayuh!

Berikut jadual penuh perlawanan Suku Akhir Carling Cup:-

Blackburn v Chelsea

Manchester City v Arsenal

Manchester United v Tottenham

Portsmouth v Aston Villa

Pre-Match | Arsenal v Tottenham Hotspur

"Orang bila 1st time dapat merasa duduk lepak kat kerusi empok big 4, Dah terperasan hebat pulak, dah ada skit kerek...Tak hingat pulak ini baru jer awal musim lagi" sesuai sangat buat Spurs ini.

Dengan Arsenal berkedudukan tangga ke-3 manakala Tottenham Hotspur di kedudukan ke-4 di awal musim ini dalam Liga Perdana, pertembungan antara kedua pasukan ini di Emirates Stadium dijangka akan mendapat perhatian dari peminat-peminat EPL diseluruh dunia pada hari ini.

Kedua-dua pihak yang terikat pada 19 mata dalam carta Liga Perdana dengan Arsenal hanya berkelebihan jumlah jaringan dan pasukan yang memenangi perlawanan ini bakal boleh bergerak bertengek di tangga kedua dalam liga mendahului Manchester United, (buat sementara waktu kerana perlawanan melibatkan Manchester United sedikit lewat), ditambah dengan satu kemenangan ini, anak buah Arsene Wenger masih berbaki satu perlawanan dalam tangan berbanding pesaing-pesaing lain.

Arsenal akan bermula hari ini tanpa penjaga gol Lukasz Fabianski, yang mengalami kecederaan dan dijangka tidak dapat beraksi untuk tempoh tiga minggu akibat kecederaan pangkal paha yang dialami ketika skuad The Gunners meraih kemenangan di Carling Cup menewaskan Liverpool dalam pertengahan minggu lepas, dan Manuel Almunia dijangka bakal mengambil posisi asalnya sebagai benteng terakhir Arsenal pada malam ini setelah lama diperam oleh Arsene Wenger.

Arsenal juga akan beraksi tanpa Tomas Rosicky dan Theo Walcott untuk perlawanan ini, tetapi pengempur-pengempur Arsenal seperti Eduardo, Robin van Persie dan Nicklas Bendtner adalah dalam keadaan fit untuk beraksi malam ini.

Di pihak Harry Redknapp; di jangkakan Spurs akan menurunkan pemain tengah mereka David Bentley, selepas kerap disisihkan untuk beraksi dalam perlawanan Liga Perdana sejak Januari, manakala mereka betandang ke Emirates juga tanpa kelibat Jermain Defoe, yang masih dalam tempoh pergantungan tiga perlawanan selepas mendapat kad merah ketika menentang Portsmouth.

Penyerang tinggi melampau Peter Crouch dijangka akan bertindak sebagai pegempur untuk Tottenham di samping Robbie Keane, manakala pemain sayap Aaron Lennon akan direhatkan selepas mengalami kecederaan buku lali.

Dibawah ini adalah rekod pertemuan kedua-dua pasukan yang menampakkan jurang jelas antara kedua pasukan? huhu! So! Harry Redknapp janganlah kerek sangat.

Predict Pencinta Arsenal FC : 2 - 0

Wednesday, October 28, 2009

Muda-mudi Arsenal, Sila Jalankan Tanggungjawab Anda


TEAM NEWS

Arsene Wenger dijangka pasti sekali lagi akan membariskan beberapa player muda-mudinya untuk Carling Cup.

Penampilan hebat Sanchez Watt, Gilles Sunu, Mark Randall dan Francis Coquelin, yang dipromotkan dalam pusingan ketiga, dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Liverpool juga mungkin akan turut serta membuat perubahan selepas menempa kemenangan mereka pada Manchester United pada hari Ahad lalu.

Pemain sayap Albert Riera masih tidak berkelayakan untuk bermain kerana kecederaan hamstring.

Sementera, ada berita gembira dari kem Liverpool dijangkakan pemain tengah berbangsa Itali Alberto Aquilani yang dibeli diawal musim dengan nilai harga £20million akan bakal membuat penampilan sulungnya di Emirates.

MATCH PREVIEW


Skuad muda-mudi Arsenal yang memperlihatkan kehebatan dalam pusingan sebelumnya ketika menentang West Brom dan kini akan berpeluang sekali lagi untuk menunjukkan potensi mereka kepada 'The Professor'.

Arsene Wenger yang kerapkali dilihat menggunakan Carling Cup bagi menilai prospek player muda-mudinya dan perlawanan ini mungkin dapat memberi satu petunjuk berapa baik sesetengah daripada mereka untuk mara dan berkembang menjadi player utama Arsenal di masa depan. Please! mintak-mintak janganlah lahir seorang lagi Diaby, lambat benar progressnya.

Liverpool, selepas menumbangakan Manchester United pada hari Ahad lepas, adalah kelab paling berjaya dalam sejarah League Cup dan merekodkan tujuh kejuaraan trofi.

Sejarah lampau jugak tidak menyebelahi Liverpool apabila telah diketuk daripada kejohanan League Cup dimana mereka telah ditunjukkan ‘Jalan keluar’ untuk lima musim berturut-turut, kekalahan ke atas Chelsea (dua kali), Arsenal, Tottenham dan Crystal Palace.

MATCH FACTS
Head-to-head


Liverpool tidak pernah kalah dan liat pula dalam tujuh pertemuan dengan Arsenal samada dalam Premier League mahupun Champions League. Sila lihat rekod pertemuan antara kedua pasukan seperti dibawah:-

2008/2009-----21 Apr-----(H) Liverpool ( 4 - 4 ) Arsenal-----Premier League
2008/2009-----21 Dec-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Premier League
2007/2008-----08 Apr-----(H) Liverpool ( 4 - 2 ) Arsenal-----Champions League
2007/2008-----05 Apr-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Premier League
2007/2008-----02 Apr-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Champions League
2007/2008-----28 Oct-----(H) Liverpool ( 1 - 1 ) Arsenal-----Premier League
2006/2007-----31 Mar-----(H) Liverpool ( 4 - 1 ) Arsenal-----Premiership


kemenangan terakhir yang digapai Arsenal pada Liverpool adalah 6-3 di Anfield dalam suku akhir League Cup yang berlangsung pada bulan Januari 2007.

Kem Arsenal


Arsenal, yang menjuarai trofi pada 1987 dan 1993, telah mencapai sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat lapan terakhir dalam enam musim berturut-turut.

The Gunners mempunyai rekod bersih lagi suci 100% di gelanggang sendiri musim ini, dengan memenangi kesemua tujuh perlawanan yang berlangsung di Emirates Stadium. Jadi! Takutilah! huhuhu...

Kem Liverpool

Liverpool dalam musim ini belum memenangi sebarang perlawanan ketika bertandang ke gelanggang lawan sejak kemenangan terakhir di Leeds dalam pusingan sebelumnya.

Liverpool juga belum mampu lagi meraih sebarang gol ditempat lawan sejak di Elland Road.

Predict aku: 2 - 1

Tuesday, October 27, 2009

Samir Nasri & Lukasz Fabianski Mahu Muncul

Nasri bakal membuat penampilan pertama untuk Arsenal permulaan musim ini

Pemain tengah berbangsa Perancis Samir Nasri yang telah cergas selepas pulih dari kecederaan dijangka akan turun untuk kesebelasan utama Arsenal dalam Carling Cup pada malam Rabu nanti ketika mereka menanti bertandangnya skuad Liverpool yang baru segar-bugar dari mimpi indah selepas menunduk malukan Manchester United tempoh hari.

Nasri yang baru pulih dari derita patah kaki semasa sesi latihan pra-musim pada Julai lepas, tetapi sudah mula diberikan kesempatan oleh 'The Professor' untuk berada dibangku simpanan pada Ahad lepas ketika Arsenal dipaksa untuk berkedudukan seri 2-2 dengan West Ham, Jadi! Nasri kini sudah pasti sangat merindui dan bersedia untuk melakukan kemunculan musim pertamanya.

Sementara, Penjaga gol Lukasz Fabianski juga boleh turut membuatkan kemunculan musim pertamanya rabu ini, sebagaimana dia mengharapkan tempatnya dalam kesebelasan utama Arsenal setelah pulih daripada kecederaan lutut. Berikut kata-kata nukilan beliau:-

"It has been a frustrating time for me because of the injury but it's gone now and I need to look forward to the future, I want to get back into the team, fighting for my place really hard".

"I want to show my quality and, hopefully, win a trophy with Arsenal. I can think about this now that I am completely fit, which is the main thing. I want it to stay that way."
Philippe Senderos dan Mikael Silvestre juga dijangka akan diturunkan di samping kalangan skuad muda-mudi seperti Jack Wilshere, Aaron Ramsey, Carlos Vela dan Fran Merida.

Wednesday, October 7, 2009

Berita Bundle | Sol Campbell, Patrick Viera & AdeBooWhoo...

Sol Mengintai Peluang Kembali ke Arsenal

Sol Campbell dilaporkan berhubung dengan bos Arsenal Arsene Wenger semalam yang berkira-kira untuk kembali ke Arsenal.

Campbell, 35, yang baru saja melangkah keluar dari Kelab League Two, Notts County akhir bulan selepas hanya menampilkan satu aksi permainan, walaupun sudah menandatangani kontrak perjanjian selama lima tahun untuk bayaran £40,000-per-week.

Pertahanan tengah itu bertemu Wenger semasa terlibat dalam satu kempen pelancaran pendidikan untuk orang Afrika di Emirates dan berbual mengenai hasratnya untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di Emirates untuk mengekalkan fitnesnya

Bekas bintang England Campbell berkata:

"It will be great to train here and get fit.

"I've spoken to Arsene. Hopefully, we can speak to the right people and get a couple of the physios and fitness guys to help me train.

"My overall fitness is OK but something else may happen before then."

Walaubagaimanapun, Notts County masih mengesahkan yang Campbell masih terikat dengan kontraknya mengikut peraturan FIFA dan dia tidak boleh menyertai mana-mana kelab pada jendela perpindahan di bulan Januari nanti.

Tetapi Campbell membuat kenyataan balasnya:

"First of all, I've got to get out of the contract, people have to sign papers.

"There are lots of things that have to be tied up but I think everyone understands why.

"I just want to play football in the right way but everything has to be done in the proper way.

"There are ways of playing before January. I'm not going to elaborate but there are ways. Not very soon but there are ways."

Drogba mengalu-alukan Vieira
Chelsea percaya Lejen Arsenal yang dalam keadaan sugul sekarang adalah 'good signing'

Penyerang Chelsea Didier Drogba telah mendedahkan dia akan mengalu-alukan kehadiran legenda Arsenal Patrick Vieira di Stamford Bridge.

Ura-ura mengaitkan perpindahan Viera ke Chelsea semakin kuat selepas menyaksikan Viera yang berada melihat aksi anak buah Carlo Ancelotti ketika menumbangkan Liverpool 2-0, berbanding melihat aksi bekas kelabnya Arsenal yang berlangsung pada hari yang sama, Viera dilaporkan bakal diikat Carlo Ancelotti untuk jendela perpindahan pemain yang akan dibuka pada bulan Januari nanti bagi mempersiapkan 'back-up' selepas The Blues bakal kehilangan khidmat 2 pemain tengah iaitu John Obi Mikel dan Michael Essien yang akan beraksi di Angola untuk Kejohanan African Cup of Nations.


Nampaknya selepas melihatkan mutu permainan cantik dan memukau dari bekas teman sepasukan di Arsenal ketika meratah Blackburn Rovers tempoh hari, AdeBooWho mula bersuara lagi, mungkin agaknya terkilan, dengki, cemburu kerana tidak lagi berada dalam skuad 'penuh berseni' Arsenal itu, Dibawah pimpinan Mark Hughes tiadacorak mahupun taktikal yang menarik dalam permainan Man City, Ia boring, bosan dan tak menarik...Jadi, mula la cuba membeli jiwa Arsene Wenger, RvP dan fan-fan Arsenal la tu....huhuh
'Saya akan sentiasa salute Wenger' - AdeBooWhoo

Emmanuel Adebayor terus bersuara apabila secara terang-terangan mengatakan yang dia takde perasaan tidak baik ke bekas pengurusnya, dan memberitahu yang dia benar-benar tidak mempunyai alternatif selain meninggalkan Arsenal serta mengiktiraf bagaimana penting Arsene Wenger sepanjang membentuk kerjayanya.

Kenyataan AdeBooWhoo:

"He's a gentleman and gave me the opportunity to be where I am today."

"He's a coach that helped me a lot, who gave me a chance, who's always been there for me in the bad moments."

"He called me, consoled me, gave me good advice, told me what I had to do to become a great player. I can only thank him."

AdeBooWho kesal tindakannya ke atas Persie

Penyerang lupa diri, AdeBooWhoo sekali lagi bersuara, kali ini telah mengaku yang dia mengesali perilaku kurang cerdiknya terhadap bekas teman sepasukan Arsenal Robin van Persie akhir bulan lalu.

Penyerang antarabangsa Togo itu telah pun menerima akibatnya dengan penggantungan tiga perlawanan untuk terjahan kurang cerdiknya pada Van Persie, dan menerima bakal menerima satu lagi pergantungan berpunca tindakan kurang cerdiknya ke-2nya apabila meraikan jaringannya yang melebih-lebih di depan Arsenal.

AdeBooWho, kini mengakui bahawa dia adalah salah untuk berperilaku seperti itu terhadap Van Persie dan menegaskan dia tidak akan mengulangi perbuatan kurang cerdiknya itu..

Adebayor telah dipetik berkata kepada Evening Standard:

"It's one of the things that you can't do in football. That's for sure.

"It's true that if someone did that to me it would annoy and hurt me. I regret it, for sure."
Sementara Itu, AdeBooWho yang baru layak membuat kemunculan kembali selepas menjalani larangan pergantungannya hanya mampu membantu pasukannya seri ketika bertemu Aston Villa - sempat pula menceritakan perkara yang berlaku sebab dia meninggalkan Arsenal.

Katanya:
"I talked with the coach and he told me I was one of Arsenal's best-paid players, that the club was in the red, so maybe they wouldn't be able to pay me any more - it would be better for me to go.

"I asked him, 'Is it your choice or the club's?' He answered, 'It's everybody's choice, from the whole club'. I was pushed out!"
AdeBooWho menambah ceriteranya lagi:

"Everybody says Adebayor went for the money. I think a lot of people are wrong because Arsenal bought me for five or six million and they sold me three-and-a-half years later for £25million.

"So people should know that it's not me who wanted to leave for money, it's Arsenal that forced me to go."
AdeBooWho juga membangkitkan kembali ceritera tindakan bodohnya meraikan jaringan didepan fan-fan Arsenal ketika City memenangi 4-2 ke atas Arsenal, katanya:

"I think we are all human beings and there are things we can stand and others we can't. We all have limits. I'm lucky that my mother is still alive. I think I would never accept things being said and done regarding my mother.

"When I heard the fans singing and insulting my parents . . . I couldn't stand it. When I scored, I wanted to show them, 'You kicked me out of the club, now I've scored against you.' It was a response to what happened, but I did not in any way want to provoke them.

"My relationship with Arsenal has broken in two. I wanted to stay. It's true that I didn't score a lot of goals last season, but I was often injured."

Tuesday, October 6, 2009

Match Report | Blackburn Buat Open House

Arsenal 6 : 2 Blackburn Rovers
Vermaelen (16'), Robie van Persie (32'), Arshavin (36'), Walcott (74'), Bendtner (88') : N'Zonzi (3'), Dunn (29')
Venue: Emirates Stadium, England


Arsenal terus memukul gendang sambil megalunkan lenggok-lenggok tarian yang menghiburkan di pusingan ke-7 Liga Perdana ketika pertemuan dengan Blackburn Rovers setelah mulanya ketinggalan untuk 2 kali dengan defisit 1-0 dan kemudiannya 2-1, akhirnya meratah lumat dengan jaringan hebat 6-2 keatas pasukan pelawat itu.

Pemangkin kepada ketakjuban keputusan yang Arsenal perolehi itu, sedikit sebanyak disumbangkan oleh faktor permainan individu luar biasa yang "terbaekk dari ladang", daripada kapitan muda Arsenal Cesc Fàbregas, yang mengsupply kearah terhasilnya empat gol dan menghasilkan satu gol peribadi.

Sementara bintang Prolifik Arsenal, Thierry Henry telah diperkenalkan kepada penyokong-penyokong Arsenal sebelum perlawanan yang kehadirannya itu memang menghadirkan 'tonik ajaib' buat adik-adik di Arsenal menampilkan permainan menghiburkan untuk tontonan hari minggu buat bekas kapten pasukan itu. Kelihatan pemain Barcelona itu sangat terhibur dan sering 'bertepuk amai-amai' setiap kali jaringan dilakukan adik-adik Arsenal sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Paul Robinson punca bermulanya 8 jaringan keseluruhan yang terhasil di Emirates, setelah melakukan sepakan terus dari kawasan Blackburn langsung menuju kawasan penalti Arsenal dan Steven Nzonzi dengan mudah mengatasi Thomas Vermaelen bagi menghantar satu tandukan mengulung ke arah gol. Ternyata keeper muda berbangsa Itali, Vito Mannone tidak berdaya untuk mengetis bola yang melayar melalui ruang udara diatas kepalanya.

Gol pelawat itu pantas disambut Arsenal dengan segera apabila Cesc Fàbregas bijak melepasi perangkap offsaid hasil hantaran silang Andrei Arshavin dan Paul Robinson bernasib baik apabila cubaan Fabregas itu mengenai palang sebelum diselamatkan penjaga gol antarabangsa England itu.

Tiba untuk melakukan jaringan penyamaan, ia tidak dapat dielakkan apabila Fàbregas terlibat dalam pembikinan gol tersebut. Fàbregas telah memberi hantaran ke arah Vermaelen, tanpa was-was Vermaelen merembat kencang dan terus meningkatkan statusnya sebagai penjaring terbanyak di Arsenal di saat ini dengan lima gol.

Blackburn terus tidak berputus asa apabila kali ini ia datang daripada El-Hadji Diouf dan Keith Andrews sebelum dihantar kepada David Dunn di sebelah kanan kawasan penalti Arsenal. Tembakan dilakukan Dunn terus mengenai William Gallas lalu bola terpesong sehingga memesongkan jangkauan Mannone.

Dengan Fàbregas semakin berpengaruh, gol pelawat itu hanya mampu bertahan sekitar dua minit sahaja. Satu hantaran sempurna menyilang pertahanan Blackburn menemui terus ke arah Robie van Persie yang dengan selesa meletakkan bola ke gawang pelawat. Detik-detik gemilang Fàbregas tidak dapat dibendung lagi yang kemudian menghasilkan satu lagi hantaran hampir serupa tepat ke Arshavin untuk meletakkan Arsenal mendahului kedudukan sebelum separuh masa dengan 3-2.

Masuk separuh masa kedua, Fàbregas meneruskan penguasaannya memaksa Paul Robinson terus berkerja bersengkang mata sepanjang tempoh perlawanan berlansung. Kali ini Tomas Rosicky adalah penciptanya, membimbing bola bagi Fàbregas, yang terus melakukan sepakan deras ke penjuru atas gawang yang dikawal Robinson. Ironiknya Fabregas meraikan gol peribadinya dengan membuat satu cium menghairahkan ke lencananya dan menunjukkan kepada semua penyokong-penyokong Arsenal bahawa taat setia terhadap Arsenal.


Ia satu gol yang hebat, tetapi Theo Walcott, yang baru saja membuat kemunculan pertamanya musim ini, tidak mahu ketinggalan melakarkan jaringan dalam salah satu detik terbaik permainan Arsenal. Tidak puas setakat itu, anak buah Arsene Wenger akhirnya menambah jaringan keenam hasil daripada pemain gantian, Nicklas Bendtner, yang baru saja pulih dari kecederaan ringan akibat kemalangan kereta yang mengakibatkannya terlepas untuk aksi dengan Olympiakos, ia hasil kepintarannya memotong sambil memecut di luar kotak penalti ke arah kiri sebelum melepas satu das rembatan tanpa mampu dikuis Robinson.

Dengan kedudukan ini, Arsenal terus melonjokkan ke tangga ke-5 liga dengan kekurangan 1 perlawanan dalam tangan berbanding 3 pasukan ditangga teratas liga.

Berikut adalah kesebelasan sebenar yang diturunkan:-

-----------Mannone-----------
Sagna---Gallas---Vermaelen---Clichy
Fabregas (Bendtner)---Song---Abou Diaby
---Rosicky(Walcott)---RvP---Arshavin(Ramsey)

Monday, October 5, 2009

Hightlights |Arsenal vs Blackburn Rovers : 6-2 Goals

Selamat Menonton : Arsenal vs Blackburn Rovers | English Premier League (Pusingan 7)

GOALS:
min'3 (0-1) N'Zonzi
min'16 (1-1) Vermaelen
min'29 (1-2) Dunn
min'32 (2-2) van Persie
min'36 (3-2) Arshavin
min'56 (4-2) Fabregas
min'74 (5-2) Walcott
min'88 (6-2) Bendtner


Saturday, October 3, 2009

Pre-Match | Arsenal vs Blackburn Rovers

Di Emirates pada Ahad ini, Arsenal akan bertentang mata dengan Blackburn Rovers yang kini berada di dasar liga pada kedudukan ke-15 dari 20 pasukan, dan tanpa berselindung, aku meramalkan permainan itu nanti dijangka akan berpihak kepada pasukan tuan rumah untuk memastikan Arsenal terus melancarkan tekanan pada pasukan-pasukan pemimpin yang sedang mengepalai dan menguasai takhta liga tika ini. Dengan Chelsea dan Liverpool akan bermain antara satu sama lain, Arsenal akan berpeluang untuk merapatkan kedudukan di singgahsana liga.

Berita buruk buat Arsene Wenger apabila skuad Gunners secara sahnya akan kehilangan khidmat Eduardo sekali lagi kerana kecederaan yang dialami ketika perlawanan dengan Olympiakos tempoh hari, tetapi kekecewaan pengendali Arsenal itu pasti sedikit terubat apabila kembalinya Bendtner selepas direhatkan akibat kecelakaan jalanraya tempoh hari

Selain itu ditambah ceriakan lagi apabila Theo Walcott dijangkakan bakal juga akan berada di dalam skuad minggu ini, tetapi Theo berkemungkinan besar akan bermula di bangku simpanan.

Sementara Manuel Almunia masih lagi belum pulih sepenuhnya dari masalah jangkitan kuman, tetapi fan susah hati Arsenal pasti tidak terganggu sangat dengan situasi yang membelenggu Almunia itu apabila keeper muda Arsenal, Vito Mannone yang digalas tugas sebagai keeper utama Arsenal ketika ini dilihat sudah mula menampilkan peningkatan mutu permainan yang cemerlang dan tingkat keyakinan yang tinggi dalam permainannya.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan Arsene Wenger ketika ditanya wartawan mengenai situasi terkini kem Arsenal untuk perlawanan dengan Blackburn Rovers:-

“Unfortunately we lost Eduardo after he came on (against Olympiakos). It was a gamble to play him and unfortunately his muscle injury got worse.

“He will be out. But Walcott and Bendtner are available. Manuel Almunia is not far. I will assess him on Friday or Saturday but he looks unlikely to be ready.”

Berita baik dari unit rawatan pemulihan Arsenal, Carlos Vela sudah hampir sihat sepenuhnya sementara Lukas Fabianski dan Nasri dijangka sudah boleh memulakan latihan dalam dua minggu lagi. Ini sekaligus akan meninggalkan hanya Denilson dan Djourou sebagai pemain-pemain yang masih cedera dan kekal dalam proses pemulihan.

Disini aku terjemahkan skuad bayangan yang bakal diturunkan pada perlawanan dengan Blackburn Rovers nanti:-

---------------Mannone---------------
-----Eboue----Gallas----Vermaelen----Clichy-----
---------------Song---------------
--------Fabregas-------Rosicky--------
-----Bendtner/Walcott-----RvP-----Arshavin-----

Predict aku: Arsenal 2 - 0 Blackburn Rovers

Gossip Liar | Patrick Vieira

Sedang panas gossip mengenai bekas bintang Kesayangan lagi tersohor Arsenal, Thierry Henry yang menyatakan minat untuk menabur bakti untuk kembali ke pangkuan Arsenal walaupun sebagai waterboy. Tiba-tiba muncul pula berita mengenai seorang lagi bintang skuad 'The Invincibles' Arsenal, Patrick Vieira yang dikaitkan akan kembali ke Arsenal pada tingkap perpindahan yang bakal di buka pada Januari nanti.

Walaupun terang lagi bersuluh sebelum ini yang Arsene Wenger ada menyatakan yang dia sudah cukup berpuashati dengan skuad Arsenal yang sedia ada ketika ini, walaupun dikatakan dia memiliki sumber kewangan untuk berbelanja scara mewah pada tempoh tingkap perpindahan nanti. Ia masih tidak menghalang untuk Arsenal terus dikaitkan dengan gossip-gossip pemindahan pemain terutamanya gossip mengenai beberapa bekas bintang Arsenal yang akan pulang ke pangkuan Arsenal.

Spekulasi pemindahan bekas kapten Arsenal ini tercetus gara-gara, Patrick Vieira dilaporkan kurang berpuashati kerana kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Inter Milan musim ini, Ini ditambah pula pemain antarabangsa Perancis berusia 33 tahun itu agak terdesak untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan Perancis, sekiranya tidak dapat beraksi secara konsisten dalam kesebelasan utama Inter Milan, Ia seterusnya akan meranapkan impiannya untuk beraksi di Piala Dunia di Afrika Selatan nanti. Langkah terbaiknya adalah dengan cuba mencari 'nafas baru' samada ke Arsenal yang pasti akan menjadi keutamaannya sekiranya Arsene Wenger menawarkan tempat ataupun ke Spurs kerana minat mendalam tanpa berselindung yang ditunjukkan pengendalinya Harry Redknapp pada musim permindahan yang lepas.

Berikut adalah kenyataan Patrick Viera:-

"I need rhythm, a run of matches at a high level. I don't want to make any conclusions before December."

"If my situation hasn't changed from now until then, I will take the necessary decisions."

Friday, October 2, 2009

Match Report | Olympiakos bongkos

Arsenal 2 : 0 Olypmiakos
Robin Van Persie (78'), Andrei Arshavin (86') : -
Venue: Emirates Stadium, England



ARSENE WENGER terus meningkatkan semula kehebatan awal musim skuad muda Gunners apabila mempertahankan dan merekodkan 100% kemenangan dalam Champions League Group H dengan membungkos 2 - 0 keatas Olympiakos di Emirates Stadium.

'The Professor' juga telah merekodkan satu lagi sejarah minggu ini sebagai pengurus paling lama berkhidmat dalam sejarah Arsenal, dia juga secara terbuka mengakui apa yang berlaku adalah diluar jangkaannya sejak dia mula dilantik mengemudi Arsenal pada 13 musim yang lalu.

Gergasi Greek, yang dikendalikan oleh legenda Brazil Zico, sepatutnya perlu bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada penjaga golnya Antonis Nikopolidis yang telah bertindak cemerlang pada malam itu untuk mengekang asakan hebat jentera muda Arsenal dari berpesta dan berkarnival di gelanggan sendiri, Jika tidak kerana aksi hebak yang ditampilkan Antonis Nikopolidis itu, Arsenal berkemungkinan bakal memperolehi jaringan yang lebih besar dan sudah pastinya perlawanan yang berlangsung itu akan dianggap berat sebelah.

Bagaimanapun, keutuhan kubu pelawat akhirnya runtuh juga apabila penyerang antarabangsa Belanda, Robin van Persie berjaya memperdayakan Antonis Nikopolidis pada minit ke-78. Dan Andrey Arshavin terus melengkapkan malam kejayaan Arsenal sebelum empat minit masa akan tamat melalui skor aksi nakalnya dengan menggunakan tumit belakang yang mana ia jelas dalam kedudukan offsaid tetapi disahkan pengadil perlawanan - gol tersebut terhasil dari kerja hebat daripada Aaron Ramsey dan Cesc Fabregas.

Selingan, Berikut sedutan skor-skor Arsenal yang memasing dijelmakan oleh Robin van Persie dan Andrei Arshavin



Related Posts with Thumbnails