Saturday, July 17, 2010

Tembok Masa Depan Arsenal | Wojciech Szczesny

Keeper masa depan Arsenal Wojciech Szczęsny hampir pasti tersenarai untuk dipinjam bagi kali ke-2, menurut laporan akhbar di Poland. Walaupun bagaimanapun Arsène Wenger dikatakan sangat berhati-hati dalam mencari kelab yang benar-benar dapat mendidik dan mempersiapkan keeper mudanya untuk menjadi keeper no.1 Arsenal pada masa depan.

The Professor meletakkan keyakinan yang tinggi pada Wojciech Szczęsny dan seorang lagi keeper mudanya Vito Mannone bahawa mereka mempunyai peranan jangka panjang untuk bermain di kelab. Pengendali berbangsa Perancis itu juga berterus-terusan menegaskan keyakinannya bahawa Wojciech Szczęsny adalah keeper nombor satu Arsenal masa depan, walaupun dia mengakui Szczęsny tidak mungkin ia akan menembusi skuad utama 'The Gunners' tahun ini. Sebelum ini keeper berbangsa Poland berusia 20 tahun itu telah berjaya melakukan 28 penampilan yang berkesan di Brentford musim lepas.

Dengan Arsenal akan memulakan pra-musim dengan menghadapi Barnet, nama Szczęsny tidak tersenarai akhir 22 pemain yang terbabait dalam perlawanan persahabatan itu, Dimana Wenger terus kukuh dengan iman membawa kiper no. 1 dan 2 dari musim lalu.

Sementara Rumour keeper Fulham Mark Schwarzer yang tampaknya menjadi target pertama 'The Proffesor' pada musim perpindahan ini. Pada usia 37 tahun, ia dijangka akan mengisi slot keeper utama Arsenal untuk tempoh singkat sementara menanti Mannone dan Wojciech mempersiapkan diri dengan menimba pengalaman yang diperolehi. Itu masih rencana yang belum ditentukan kesahihannya, namun link perpindahan Schwarzer sudah semakin sejuk, dan ada kemungkinan nyata Wenger boleh berubah menjadi pilihan yang lebih muda. Sekiranya Wenger beralih kepada pilihan yang lebih muda, apa yang pasti akan menyebabkan duo keeper muda ini mula emosi dan merajuk, yang telah mengatakan mereka akan pergi jika kesempatan tidak terbuka untuk mereka.

Dibawah, disedapkan mata korang dengan sedutan klip video beberapa saves dibuat oleh szczesny Wojciech selama pinjaman kepada Brentford fc.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails