Friday, July 16, 2010

Tidak Bersawang Lagi | PenCinta Arsenal FC Kembali


Ayuh! Ayuh! Bangkit!!!! Bangkit! Update Blog, fuh! setelah berkurun bersawang spiderman blog PecCinta Arsenal FC ini, disebabkan terimpak maksima aku dengan tugasan dan kehidupan dunia realiti. Dengan ini aku akan mula meng'caj'kan kembali diri akan untuk mula bergiat secara aktif dan full time mengupdate klub yang kucintai ini.

Sebelum bermulanya sepak mula di Barclays Premier League 2010/11 pada sabtu, 14hb Ogos 2010, dengan Arsenal hanya akan mula 'mencemar duli' masuk gelanggang bersama beberapa muka baru pada hari berikutnya menentang mush tradisi yang terpaksa keluar dari kelab Julukan 'Big 4' di EPL iaitu Liverpool.

Jadi sebelum menanti penuh debar dan sabar tirai Barclays Premier League 2010/11.

Kita akan mula dengan tugas yang tidak kurang hebatnya untuk mempertahankan Kejuaraan Emirates Cup yang bakal berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos ini. Dengan 2 nama yang cukup hebak dan mengerunkan kelab Eropah akan turut serta dalam saigan Piala Emirates 2010. Ia boleh diklasifikasikan sebagai medan pemanas kaki bagi meriam-meriam lama dan baru untuk beraksi sebelum menanti cabaran sebenarnya
di Liga Eropah dan Liga Domestik.

Berikut adalah kelab-kelab yang turut serta iaitu:-

Olympique Lyonnais, AC Milan dan Celtic

Di bawah disertakan juga jadual perlawanan tersebut
Emirates Cup 2010 match schedule:

Sabtu 31 Julai 2010
Celtic v Olympique Lyonnais (2pm Kick-off)
Arsenal v AC Milan (4.20pm Kick-off)

Ahad 1 Ogos 2010
AC Milan v Olympique Lyonnais (2pm kick-off)
Arsenal v Celtic (4.20pm kick-off)


Jadi, aku mulakan dengan:-

Pre-Season Friendly: Barnet vs Arsenal, 17.7.10
Team Predictions: Barnet vs Arsenal

Kempen Pra-musim Arsenal membuka tirai pada 17hb Julai 2010 di Underhill Stadium juga sebagai sesi mengeratkan silatulrahim dengan kelab diliga 2.

Arsenal.com juga mengumumkan skuad Arsenal nanti bakal melibatkan 2 dua permata yang baru disunting Arsenal, Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny disamping nama-nama besar 'meriam Arsenal' lain seperti Manuel Almunia, Thomas Vermaelen, Tomas Rosicky, Samir Nasri, Theo Walcott, Denilson, Jack Wilshere, Johan Djourou, Andrey Arshavin, dan Kieran Gibbs yang turut serta.

Sementara Sagna, Clichy, Song, Diaby, Fabregas, Eboue, Bendtner, Vela dan Van Persie diberikan pelepasan untuk beristirehat setelah mengerah keringat dalam kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Perlawanan ini juga akan menjadi medan 'kayu ukuran' buat Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny samada mereka dapat menyesuaikan diri dengan permainan Arsenal.

Dijangkakan Arsenal akan membariskan skuad yang tak kurang hebatnya nanti, Antara ramalan kesumat aku adalah seperti berikut:-


--------------Fabianski--------------
---Hoyte---Koscielny---Vermealen--- Gibbs---
--------------Eastmond--------------
--------Wilshere-----Nasri-----------
--------Walcott------------------------Arshavin-------
--------------Chamakh--------------


Berikut senarai penuh 22 pemain yang dibawa untuk perlawanan persahabatan dengan Barnet:-

Penjaga gol: Almunia, Fabianski

Pertahanan: Djourou, Vermaelen, Koscielny, Nordtveit, Miquel, Gibbs, Traore

Pemain Tengah: Barazite, Eastmond, Frimpong, Emmanuel-Thomas, Henderson, Lansbury, Rosicky, Wilshere, Nasri

Penyerang: Chamakh, Eduardo, Walcott, Arshavin


Jadi apa line-up korang ? bubuh jerk tak kene bayar...

Berikut jadual Perlawanan Pra-musim seterusnya yang melibatkan Arsenal:-
vs Barnet (17th July 2010)
vs SK Sturm Graz (21 July 2010)
vs SC Neusiedl (27 July 2010)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails