Monday, July 19, 2010

Transfer Rumours | Rosell " Si Kepala Batu"


Arsene Wenger terus ditekan, Cesc Febregas terus diberikan harapan untuk kembali ke pangkuan pasukan idamannya sejak kecil, Barcelona. Khabar angin terus betiup kencang, apabila Presiden Barcelona Sandro Rosell tidak putus berharap apabila beliau dikhabarkan akan berkunjung ke London dalam usaha untuk memujuk rayu Arsenal untuk menjual Cesc Fabregas.

Akhbar Sepanyol AS pula mendakwa bahawa Rosell akan membuat usaha 'berani mati' terakhir untuk menandatangani Fabregas selepas menabur janji akan mengembalikan Fabregas ke pangkuan Barcelona ketika berkempen untuk pilihan raya persiden Barcelona yang lalu. Beliau memang terdesak untuk merealisasikan kata-katanya itu kepada pelabur-pelabur dan 'kipas tak mati-mati' Barcelona yang dia tidak bercakap kosong.

Barcelona telah gagal dengan tawaran £ 30m untuk Fabregas, dengan laporan pada hari Ahad menyarankan mereka bersedia pula untuk meningkatkan tawaran ke angka £ 40m untuk kapten Arsenal itu. Tapi Arsenal tidak akan mengendahkan sebarang tawaran yang kurang dari £ 50m.

"Saya benar-benar berharap Cesc menjadi pemain Arsenal musim ini," kata Arsene Wenger pada hari Sabtu ketika ditemubual selepas perlawanan pra-musim dengan Barnet.

Wenger terus menegaskan lagi:-

"He is our captain and we want to keep him and that is why we didn't listen to any offers.

"We do not just give in because somebody wants somebody from us."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails