Monday, August 30, 2010

Al-Kisah News | "Perfect 10" - Robin van Persie


Pemilik baru no.10 Arsenal yang paling sebati, Robin van Persie, yang menurut jejak lejen pemilik no.10 sebelum ini William GallasDennis Bergkamp.

Sudah pasti van Persie mengharap nombor ini akan membawa tuah kepadanya. Dia memiliki segalanya sebagai pemain terbaik dunia, tetapi begitu banyak menderita akibat kecederaan dan terbaru bakal diistirehatkan selama dua minggu selepas berlaga di Blackburn.

Arsenal yang ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea musim lepas, seandainya mahu terus merapati, mengejar serta menamatkan mengecap kejuaraan selepas 5 tahun, relevannya memerlukan Persie terus cergas dan fit. Itu tidak boleh kita pertikaikan walaupun kita sudah memiliki Marouane Chamakh!



Percayakan Persie

Kenyataan Robin van Persie juga tidak perlu diragui apabila mengatakan ia adalah 'gooner'.

Ketika striker berusia 27 tahun menandatangani penyambungan kontrak jangka panjang setahun yang lalu bersama Arsenal, Van Persie menegaskan bahawa

“My heart is with Arsenal and I just can’t picture myself in a different shirt.”

Ia dibuktikan klip video di bawah ini, Striker berbangsa Belanda tidak hanya bercakap kosong mengatakan ia begitu menyanjungi dan setia bersama Arsenal (tidak seperti sesetengah orang).

Menurut sebuah filem dokumentari pendek yang dibuat khas mengenai hari-hari zaman mudanya di Feyenoord, Van Persie jelas mengenakan dan mengidamkan jersi no. 10 dan ingin bersama Arsenal ketika mudanya, mula menampakkan keistimewaannya di peringkat awal beliau dengan dunia bola sepak.

Pada akhir video (01:58), dia mendedahkan bahawa
“I dream of playing for Arsenal or Barcelona”.


Dengan kemampuan besar yang dimilikinya, ramai yang akan membayangkan apa yang akan Robin sumbangkan ke dunia bola sepak hari ini khasnya buat Arsenal seandainya ia mampu cergas sepanjang kerjayanya.

Dan meskipun berdepan rekod catatan kecederaan yang sering menghalanyanya, Van Persie masih mampu merekodkan 'magic' sebagai Gunner dan merupakan top scorer sepanjang zaman Arsenal dalam skuad saat ini dengan menghasilkan 73 gol di 140 penampilan - lebih dari 50% scoring rate, manakala Cesc Fabregas di tangga kedua dalam kategori dengan mengumpul 48 gol.

4 comments:

awegooner said...

serius terharu dgn statement2 yg dilontarkan brkenaan RvP ni, sorg pemain yg dilihat begitu setia dgn the gunners.. namun kecederaan lampau myebabkan dia sering ditimpa kecederaan berlarutan..sdikit sbyk mgugat misi n niat murninya utk mnjadi wira sejati the gunners,akan tetapi fan sedia maklum akan keadaannya.. sesungguhnya kesetiaan lebih berharga drpd keupayaan.. kalu powerpn main x ikhlas x guna jgk..no 10 patutnya dh lama diberikan kpd RvP, baru lah ada gaya sorg striker yg membunuh.. semoga RvP terus fit dan memilih skim tetap dan berpencen brsama arsenal,sealiran lagenda spnjg zaman yg juga org kg nya dennis bergkamp..

Dial-Square said...

sukar nak jumpa player yang sanggup menghabiskan sisa-sisa kerjayanya dalam sesatu kelab....aku rasa rvp akan trus menghabiskan kerjayanya bersama arsenal...tp kalo wenger blah! aku tak pasti yg dia akan kekal....entah! masa yang akan menentukan....sayangnya kejaya nya sering dilimpahi dengan kecederaan....

awegooner said...

betul DS, wenger yg didik dia jd spt hari ini,wenger dh mcm bapanya..mmg kita xleh nk ramalkan kekal atau tak RvP andainya wenger tinggalkan arsenal..tp aku yakin yg wenger akan terus brsm arsenal selagi dia x lempang usmanov n yg pasti RvP jg begitu..semoga musim ni RvP bebas drp kecederaan tahap dewa yg sdikit sbnyk akan merencatkan prjuangan arsenal..

akulahGOONER said...

bapak kaw dia punya curve ... harap2 sentuhan free kick dia macam zaman muda2 balik la ... RVP terbaeeeek

Related Posts with Thumbnails