Sunday, August 29, 2010

Match Report | Walcott & Arshavin beri Arsenal 3 Mata di Ewood Park

Blackburn Rovers 1 : 2 Arsenal
Mame Biram Diouf ('27) : Theo Walcott ('20) & Andrei Arshavin ('51)
Vanue: Ewood Park, England
Referee: C Foy


Match Report | Blackburn Rovers vs Arsenal

Arsenal peroleh kemenangan yang kedua, sementara permainan yang dipamerkan tidaklah begitu baik - walaubagaimana ia menonjolkan ciri-ciri juara tidak boleh dipertikaikan. Saya berpendapat permainan ini menunjukkan kepada kita bahawa Arsenal telah mempelajari beberapa pelajaran dan membuat banyak penambahbaikan berbanding musim lepas.

Sebelum sepak mula terdapat sedikit keraguan di benteng pertahanan Arsenal. Kita semua sedia maklum apa yang Blackburn mampu lakukan dengan gaya primitif dengan ciri-ciri fizikal yang ada pada pemain mereka, ia tidak menghairankan bagi sesiapa pun. Tahun lalu Arsenal lembik di'ragbi'kan di Ewood Park dimana anak buah Wenger tidak mampu menyaingi susuk fizikal yang diterapkan dalam permainan tuan rumah.

Sementara Fabio Capello yang hadir pada perlawanan ini untuk menonton dari kaca matanya sendiri aksi Theo Walcott, selepas terlepas melihat secara live aksi menarik dari Walcott minggu lepas - ia pasti akan mengukuhkan lagi tempatnya dalam barisan Capello dengan aksi yang dipamerkan. Manakala Bos Arsenal sudah pasti senang dengan pemainnya, walaupun Blackburn dilihat memberikan tentengan hebat untuk menyekat peluang Arsenal, tetapi barisan Arsenal telah mempergunakan segenap peluang yang terbatas itu untuk membolehkan 3 mata dibawa pulang ke Emirates.

Sam Allardyce dan Arsene Wenger saling 'perang mulut' menjelang pertemuan di Ewood Park dengan melemparkan kata-kata di media, kedua-dua pengurus dilihat bermula dengan formasi yang sama 4-3-3. Pengurus Blackburn terus menurunkan bintang 'pinjaman' Mame Diouf, selepas beliau menampilkan hat-trick dalam Piala Liga pada pertengahan minggu lalu.

Wenger pula terus menurunkan man of the match minggu lepas Walcott, yang juga menampilkan hat-trick ketika membenam Blackpool akhir minggu lalu. Cesc Fabregas juga dibenarkan memulakan aksi dalam kesebelasan utama untuk terus mengemudi di pusat tengah. Laurent Koscielny dimasukkan kembali ke dalam line-up selepas terlepas perlawanan menentang Blackpool akibat pergantungan.

Tuan rumah memulakan ancaman diawal permainan apabila cuba memberi tekanan pada Almunia, dari semua sudut set-piece, sehinggakan petahanan tuan rumah, Christopher Samba dilihat banyak terlibat melancarkan serangan menyerang dari dead-balls yang cuba ingin mengambil kesempatan dari masalah kecil yang dikatakan terdapat dalam Arsenal, tetapi dengan kemasukan Squallaci pasti kali ini masalah yang dikatakan ada pada Arsenal ini akan dapat dibendung.

Dalam giat Blackburn memberikan tekanan pada pertahanan Arsenal, hasil kesempatan dari serangan balas; bola yang diarahkan ke arah Robin Van Persie, sebelum membuat hantaran terus ke Theo Walcott yang terus tenang mengawal bola dan menghantar bola ke gawang tuan rumah yang dikawal Paul Robinson, walaupun ia dari sudut yang kelihatan sukar dengan sedikit ruang diberikan Robinson. Nampaknya Walcott mula meningkatkan finishingnya dengan ketenangan dan kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya.

Arsene Wenger dipetik berkata mengenai persembahan Walcott:

"Theo was not on the ball as much this time, but what do you want from a striker?"

"You want him to make the most of the chances that come his way. We had fewer opportunities than last week, but he was still sharp and he supplied a clinical finish. It looks to me like Theo is playing with more confidence."

Tidak memerlukan waktu yang panjang, Blackburn bingkas menyamakan kedudukan. Hasil larian pintar El-Hadji Diouf dari sebelah kiri berjaya melepasi kawalan Laurent Koscielny sebelum melakukan hantaran ke arah Mame Diouf yang mudah menolak ke gawang gol tanpa dikawal selepas Manuel Almunia yang keluar gagal menyekat.

Selesai babak pertama, kedudukan terikat 1-1

Di babak kedua, Arsenal tampak lebih tenang mula mendominasi penguasaan bola dengan melakukan beberapa hantaran berkelas tinggi tetapi Blackburn dilihat masih dapat melakukan beberapa ancaman dari usaha jarak jauh terutamanya melalui peluang dari Morten Gamst Pedersen yang hampir-hampir meletakkan tuan rumah memimpin perlawanan.

Namun Arsenal tidak berputus asa mengatur strategi sehingga pada minit ke-51, walaupun dalam keadaan agak kebetulan, ketika Andrei Arshavin meletakkan Arsenal mendahului 2-1 dalam perlawanan. Ia berpunca dari serangan balasan pantas Arsenal, hasil rembatan Cesc Fabregas yang tekena ke Walcott sebelum melantunkan dan tepat ke arah Arshavin, yang mengambil kesempatan tesebut dengan satu sentuhan menewaskan Paul Robinson buat kali kedua yang merupakan gol kemenangan bagi Arsenal.

Arsene Wenger kelihatan belum ceria walaupun sudah mendahului perlawanan ketika itu. adakah beliau risau corak fizikal Blackburn yang bakal menyebabkan kecederaan anak buahnya seterusnya merosakkan perancangannya mengenggam kejuaraan.

Blackburn walau bagaimanapun tidak mahu menyerah rekod baik di gelanggang mereka - mereka hanya tewas tiga kali di Ewood Park musim lalu - dengan masa yang mencemburui tuan rumah, 'Rovers' melakukan beberapa pendekatan dengan mengarahkan Chris Samba beralih ke kedudukan yang lebih ke hadapan dengan harapan, fizikal gorilla besar yang ada padanya boleh membuka jalan bagi Blackburn mencari gol penyamaan. Taktikal yang diterapkan hampir memberikan hasil apabila headernya yang jatuh ke David Dunn, malangnnya Dunn tidak dapat memanfaatkan peluang terhidang apabila Almunia berjaya menyelamatkan keadaan tersebut.

Pada minit masa kecederaan Blackburn terus menekan Arsenal, terutama dari set-piece, tapi Arsenal terus kebal mempertahankan kedudukan untuk melonjak sementara waktu ke takhta Premier League sebelum dipintas semula Chelsea yang melakar kemenangan selepas itu. Blackburn boleh mengatakan bahawa mereka kurang bernasib baik untuk mengikat kedudukan, tetapi mereka harus akur Arsenal telah menampilkan mutu kelasnya yang tersendiri. Dengan 2 peluang yang dimanfaatkan dengan baik disamping beberapa pembaikan dari segi ketahanan dalam menyerap tekanan, apa yang dipaparkan semalam, diyakini "kabinet Piala The Gunner's 'mungkin tidak kosong terlalu lebih lama lagi.

Antaranya penambahbaikan yang saya nampak adalah:-

  • Arsenal tidak kehilangan banyak corak fizikal Blackburn, anak buah Wenger nampak mampu menyainginya.

  • Tidak ada yang segan-segan untuk mengeluarkan bola keluar untuk throw in atau sepakan sudut. Jika kita dapat melakukan hal ini lebih konsisten banyak keadaan yang bakal 'membunuh diri' dari serangan yang mendatang bahaya dapat dikawal.

  • Tidak ada kepanikan/ kegelabahan melampau dalam kotak walaupun awalnya kita agak goyah.

  • Pasukan ini mempunyai keyakinan lebih baik di babak kedua dan tahu mereka mampu menyaingi corak berfizikal yang ditampilkan Blackburn.

  • Kami bejaya menyaingi sistem lawan yang sebelum ini menjadi kelemahan kita yang terbesar!

  • Walau begitu, ada beberapa kelemahan yang harus diperbetulkan seperti:-

  • Kehilangan konsentrasi sedikit selepas gol pertama.

  • Pertahanan Arsenal kerap terjebak memerhatikan bola di dalam kotak.

  • Full highlights..Enjoy!


    3 comments:

    alien said...

    aku masih rindu gandingan mantap Flamini-Fabregas-Hleb
    Hohoho

    awegooner said...

    kemenangan yg ckup mendebarkan jiwa n ragaku..huhu.. gembira arsenal dpt mematahkan serangan blackburn walupn x dpt menampilkan prmainan cantik oleh krn corak prmainan fizikal yg ditonjolkkan blackburn.. gol blackburn disbbkan koscielny gagal mengekang diouf yg x hensem lgsung..koscielny dilihat agak goyah mcm cik gayah ckit mlm td..mgkin dia blum mndpt rentak dlm kancah EPL.. xde sape rasanya yg buat spoil melampaui batas mlm td,almunia pun hensem, song je sesekali passingnya trsasar spt rambut yg baru dibelinya yg mcm x ikhlas nk jd rambut..hrp meriam arsenal terus membedil dgn padunya..

    Dial-Square said...

    bagus gak permulaan tak brapa cantek...so! harap depa sedar sblm terlewat...jgn pasni taksedar sampai ke sudah dah la....
    hrp chamakh kaki batu la...jgn cam rvp...terkentak skit dah terseliuh...kalo lah tak beli striker aritu...cemana la nasib kita...tp rvp ni jgn la injed lelama...takde ker bomoh-bomoh yg lih tolong botoxkan kaki rvp ni...

    Related Posts with Thumbnails