Thursday, August 5, 2010

PenCinta Arsenal FC News | Cesc + RvP Dah Pulang


Cesc Fabregas dilihat mengukir senyum ketika kembali di kem Arsenal - dan tampaknya ini akan menamatkan semua spekulasi tentang pemindahan ke Boocelona.

Kapten Arsenal Cesc Fabregas yang membuat penampilan awam pertamanya dalam kit Arsenal dilihat berimas-mesra dengan rakan sepasukannya dalam latihan di Emirates Stadium pada Khamis tadi.

Kemunculan playmaker Sepanyol ini menunjukkan perpindahan terbesar tahap gaban melalui usaha gigih Boocelona untuk menandatangani Fabregas pasti akan berakhir. Kelab Catalan yang dilaporkan menawarkan £ 30million untuk Fabregas, telah ditolak bulat-bulat Arsene Wenger dengan tegas penuh keras yang menyatakan bahawa kapten muda Arsenal ini bukan untuk dijual dengan sebarang nilai harga.

Dengan segala sumber telah digembleng Boocelona termasuklah menggunakan beberapa pemain Boocelona untuk bersepakat serta menyakat bagi mendorong Fabregas untuk bergabung dengan mereka, semuanya bagi kelab Sepanyol itu masih tidak cukup berhasil apabila Fabregas tampak tenang saat ia berbaris bersama pengurus Arsene Wenger dan rakan-rakan dari skuad Arsenal untuk sesi foto pasukan di Stadium Emirates.

Selain Fabregas, Robin van Persie juga turut serta, setelah diberikan pelepasan cuti rehat panjang sempena Piala Dunia, latihan yang juga dihadiri hampir 10 ribu 'kipas susah mati' Arsenal di kelab di Utara London itu.

Fabregas sedang asyik kelentong, diperhati penuh minat adik-adiknya


Fabregas dan RVP sedang lari-lari anak melintasi 'kipas susah mati' Arsenal


Salam 1Arsenal

0 comments:

Related Posts with Thumbnails