Thursday, August 19, 2010

Transfer Rumours | Wenger Buka Bazaar Ramadhan


Berita yang tidak dapat dipastikan kesohehan samada benar atau tidak, Tapi menurut laporan bintang Muda Arsenal terus laku bak 'Juadah Bazaar Ramadhan' apabila kali ini Leed United cuba ingin melamar Henri Lasbury.
Jual-Jual, Jual-Jual! Sini bang! Sini kak....Dik!...mai....maiii
Arsenal aku tengok dah cam Pemborong MyDin Plak?
Dah abis Player tua tolak free, fuh! kaya...kaya!
Player Budak Sana Jual, Sana Loan, Lelama Sok! Dengan Stadium Pun Jual,

Al-Maklumlah Wenger kan pandai meniaga...
Sudah-sudahlah oiiii, dah banyak yang keluar dari kapal, anak kapal kita dah makin kurang, yang di'rekrut' 2 jer...Aduyai! - DS
Skysports.com melaporkan bahawa bintang muda berusia 19 tahun yang sudah menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal dan dianggap sebagai prospek bernilai untuk masa depan mula menarik perhatian bos Leeds, Simon Grayson's selepas memperagakan aksi yang mengesankan ketika dalam tempoh pinjaman di Watford musim lepas.

Lanbury yang kemudiannya pulang semula ke pangkuan Arsenal selepas selesai e'dah tempoh pinjaman dan berkesempatan diturunkan pada perlawanan terakhir ketika menentang Fulham. Beliau juga sempat diturunkan ketika perlawanan pra-musim ketika Arsenal membenamkan Legia Warsaw di Poland

Seperti juga rakan sebayanya, Sanchez Watt, yang tidak tersenarai dalam perancangan Arsene Wenger akibat persaingan sengit untuk merebut tempat dalam 25 pemain utama Arsenal. Lasbury dijangka akan menemani Watt yang sedang dipinjamkan di Leeds nanti

Leeds selaku naib juara League One musim lepas dilaporkan dalam rangka untuk menguatkan skuad mereka setelah dinaikkan gred ke Championship. Bagi perlawanan pembukaan musim ini, Leeds hanya berjaya memperolehi 1 mata dari 2 perlawanan setelah terikat dengan Derby dan tewas di tangan Nottingham.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails