Sunday, September 5, 2010

Al-Kisah News | Jay-Z Sudah, P.Daddy Kini, Berikutnya......


Jay-Z yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbicara mengenai cintanya terhadap, semenjak beberapa tahun lalu.

Sokongan 'rapper' ini terhadap Arsenal terbongkar tahun lalu, ketika dia terlibat selaku tetamu bersama Manchester City dalam satu sessi fotografi, ketika City membenam Arsenal 4-2 di City Of Manchester Stadium.

Namun, ia bermula ketika dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal, Jay-Z telah mengesahkan bahawa dia jelas PenCinta Arsenal yang sejati.

Ia dipetik berkata:-

"After that game the press started reporting that I was a Manchester City fan, I am really glad all that has been cleared up and that everybody in the UK knows that I am an Arsenal fan,"

The rapper' itu juga menambah bahawa cintanya mulai berputik terhadap Arsenal semenjak zaman Thierry Henry bermain di Arsenal.
"It was about five years ago now," he said. "When Thierry Henry was at the club I saw him play and I just thought he was an amazing player. Ever since then I have been a big fan of the club, following you guys, and still today you play the beautiful football that Thierry did. I think he had a real long term-effect on the team."

Kini, seorang lagi ikon perintis dalam genre dunia hip-hop, P.Daddy juga menunjukkan minat cintanya terhadap Arsenal, walaupun tampak Arsenal agak kurang bernasib baik meraih kejuaraan sepanjang 5 musim terakhir ini, tetapi Arsenal masih mampu menarik ikon dunia hiburan untuk mengabadikan diri sebagai 'Pencinta Arsenal Sejati'.

Dengan pendedahan secara terbuka ini, P.Daddy pastinya akan tersenarai dalam senarai 'Celebrity Gooner' yang melibatkan Fidel Castro, Kevin Costner, Spike Lee, Prince Harry, Robert Maxwell, dan lain-lain

Selain itu menurut journalis Adam Robinson, menyatakan bahawa Osama bin Laden juga merupakan salah seorang PenCinta Arsenal Football Club, Osama dikatakan pernah mengunjungi ke Stadium Highbury sebanyak dua kali ketika dia melawat London pada tahun 1994. Tetapi selepas peristiwa 9-11, Osama dikatakan hanya dapat menyaksikan games Arsenal dari saluran Astro Beyond jer...huhuh!

Berikut adalah sedutan video P.Daddy menyatakan sokongannya kepada The Gunners.

Enjoy! Ayoh! Dengar sama-sama!

1 comments:

akulahGOONER said...

kalau malaysia fahrin ahmad n sheila majid adalah fan arsenal ...

Related Posts with Thumbnails