Friday, September 3, 2010

EURO 2012 News | The Gunners di Arena Antarabangsa


Kelayakan untuk Eropah 2012 Kejohanan Bola Sepak UEFA mula membuka tirainya, ini juga bermaksud akan ada sejumlah Pemain Arsenal yang akan keluar mengalas tugas antarabangsa ini, manakala musim Liga Perdana 2010/11 akan berehat seketika. Sudah tentu saja, tidak semua pemain Arsenal datangnya dari Eropah, bahkan, ianya hanya melibatkan sembilan daripada 17 orang pemain Arsenal yang terlibat dengan tugasan antarabangsa pada minggu ini yang akan terlibat menyertai dalam kelayakan Euro. Empat akan bermain untuk pasukan Eropah bawah-21 tahun, sementara empat lagi akan bermain di kelayakan Piala Negara Afrika. Dalam semua senarai ini, hanya Carlos Vela yang akan terlibat dalam perlawanan persahabatan melibatkan Mexico ...

PERANCIS: Abou Diaby, Bacary Sagna, dan Gael Clichy
Dari empat Arsenal pergi ke Afrika Selatan mewakili Perancis kali ini cuma tiga saja yang dipanggil kembali ...sementara Samir Nasri pastinya terus kecewa tidak disenaraikan dalam skuad kali ini akibat masalah kecederaan dan Sebastien Squillaci, penandatanganan Arsenal terbaru, tidak dinamakan dalam skuad Laurent Blanc kali ini.

Perancis di akan bermain dalam kelayakan Kumpulan D, yang disertai Romania, Bosnia Herzegovina, Belarus, Albania, dan Luxembourg. Perancis akan menjadi tuan rumah kepada Belarus di Saint-Denis pada hari Jumaat ini, kemudian meneruskan perjalanan ke Sarajevo untuk bermain dengan Bosnia Herzegovina pada hari Selasa.

ENGLAND: Theo Walcott dan Kieran Gibbs
Menyenaraikan Theo Walcott dan Kieran Gibbs yang memperoleh cap ke-2nya. Jack Wilshere si hero pendamai kali ini hanya akan tersenarai dalam skuad bawah 21 tahun sahaja. England akan berada dalam Kumpulan G, bersama dengan Switzerland, Bulgaria, Welsh, dan Montenegro.

England akan menjadi tuan rumah menanti kunjungan Bulgaria di Wembley pada hari Jumaat dan akan berangkat bermain di Basel Switzerland pada hari Selasa.

SEPANYOL: Cesc Fabregas
Pemain Boocelona akan mendapatkan kesempatan lagi untuk mem'provok' dan meracuni pemikiran kapten muda kita minggu ini. Sepanyol akan berada dalam Kumpulan I yang disertai Rosický's yang menyertai Republik Czech selain Scotland, Lithuania, dan Lichtenstein. Sepanyol akan bermain menentang Lichtenstein di Vaduz pada hari Jumaat, tetapi dengan hanya lima pasukan dalam kumpulan tersebut, juara Piala Dunia tidak akan bermain pada Selasa. Mungkin itu bererti kita mendapatkan kembali Cesc untuk sesi latihan di Arsenal lebih cepat, dan bebas dari sebarang masalah kecederaan.

REPUBLIK CZECH: Tomas Rosický
Seperti yang dinyatakan pada ayat di atas, Republik Czech dan Rosický berada dalam kumpulan yang sama dengan Sepanyol. Mereka tidak akan bermain pada hari Jumaat, tetapi hanya pada hari Selasa, mereka akan menjadi tuan rumah kepada Lithuania di Olomouc.

BELGIUM: Thomas Vermaelen
Belgium sudah pastinya akan menyenaraikan kapten mereka, Vermaelen; tetapi tidak memiliki jalan mudah ke Euro 2012 apabila diletakkan dalam Kumpulan A bersama Jerman, Turki, Austria, Kazakhstan, dan Azerbaijan. Belgium akan menjadi tuan rumah kepada Jerman di Brussels pada hari Jumaat dan Selasa, mereka melakukan perjalanan ke Istanbul untuk bermain menentang Turki.

RUSIA: Andrei Arshavin
Arshavin dan Rusia yang terlepas aksi di Piala Dunia, tetapi dalam kempen kelayakan Euro 2012 ini diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Slovakia, Ireland, Macedonia, Armenia, dan Andorra. Russia akan memulakan aksi menentang Andorra di Andorra-la-Vella pada hari Jumaat dan berikutnya akan melayan Slovakia di Moscow pada hari Selasa.

ENGLAND Bawah 21: Jack Wilshere
Jack Wilshere pula hanya akan terlibat dalam perlawanan untuk skuad bawah 21 England, walaupun, ia tidak berkaitan kelayakan Euro 2012, Mereka akan bermain di Barcelos Portugal pada Jumaat, dan menentang Lithuania di Colchester pada hari Selasa. Ini adalah kelayakan untuk kejohanan bawah 21 yang bakal diadakan pada tahun 2011. Ketika ini England di kedudukan kedua di Kumpulan 9, di belakang Greek.

PERANCIS Bawah 21: Armand Traoré
Traoré, pemain yang baru dipinjamkan ke Juventus, akan bermain untuk skuad bawah 21 Perancis menentang Ukraine di Kiev pada hari Jumaat dan Malta di Amiens pada hari Selasa. Kedudukan terkini, Perancis di posisi ketiga di Kumpulan 8; mereka berkemungkinan bakal tersingkir dari kejohanan ini andai gagal mendapat mata dengan pertemuan dengan Ukraine.

ITALI Bawah 21: Vito Mannone
Dalam usinya 22 tahun sekarang, tidak dapat dipastikan sama ada Mannone akan tersenarai dalam kesebelasan utama dalam skuad bawah 21 Itali. Ketika ini, Itali berkedudukan ke ketiga dalam kumpulan 3. Mereka akan bermain menentang Bosnia Herzegovina di Sarajevo pada hari Jumaat dan Welsh di Pescara pada hari Selasa.

POLAND Bawah 21: Wojciech Szczesny
Keeper No.1 masa depan kita ini berada dalam kumpulan 4, di mana Poland juga berada pada kedudukan di tempat ketiga di belakang Belanda yang sudah pun layak dan Sepanyol. Poland akan bermain di Pori Finland pada hari Jumaat dan Sepanyol di Grodzisk Wielkopolski pada hari Selasa.

IVORY COAST: Emmanuel Eboue
Ivory Coast berada di Kumpulan H bagi kelayakan Piala Negara Afrika 2012, bersama-sama dengan Benin, Rwanda, dan Burundi. Pasukan yang dikenali 'The Elephants' ini akan menjadi tuan rumah kepada Rwanda pada hari Jumaat dalam kelayakan pusingan pertama mereka.

CAMEROON: Alex Song
The Indomitable Lion diletakkan dalam Kumpulan E dengan Senegal, Republik Demokratik Congo, dan Mauritius. Cameroon dalam akan memulakan pusingan ini bermain di Mauritius Curepipe pada hari Sabtu.

MAGHRIBI: Marouane Chamakh
Maghribi pula akan berada dalam Kumpulan D dengan Tanzania, Algeria, dan Republik Afrika Tengah. Pasukan julukan 'The Lions of the Atlas' ini akan menjadi tuan rumah kepada Republik Afrika Tengah di Rabat pada hari Sabtu.

MEXICO: Carlos Vela
Carlos Vela hanya akan terlibat dalam perlawanan 'ramah-tamah' menentang Ecuador di Guadalajara pada hari Sabtu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails