Saturday, September 4, 2010

PenCinta Arsenal FC News | Chamakh Idam Gelaran Juara Liga Perdana 2010/11

Marouane Chamakh, "Kami ingin memenangi Liga Perdana musim ini"

Striker baru Arsenal Marouane Chamakh telah menetapkan azamnya untuk musim ini adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.

Ketika berbual bicara dengan SkySports.com, Pemain antarangsa Maghribi itu menjelaskan bagaimana kehidupan di Arsenal berjalan lancar dan mudah sejak mengambil keputusan untuk berhijrah dari Bordeaux, Ia menegaskan betapa pengurus Arsene Wenger banyak membantunya untuk menyesuaikan diri dan membuatkan kehadirannya diterima di kelab barunya itu. Pemain berusia 26 tahun itu turut menambah bagaimana ia percaya permainannya akan meningkatkan lebih baik lagi setelah dia mampu menyesuaikan diri sepenuhnya dalam corak permainan Arsenal. Dalam tiga perlawanan Liga Perdana awal musim ini Chamakh sudahpun menjaringkan satu gol ketika menentang Blackpool.

Chamakh juga pecahkan rahsia mengatakan bagaimana suasana keseluruhan pasukan secara mental sangat baik dan fokus untuk mengakhiri musim ini dengan memenangi salah satu kejuaraan utama dan Liga Perdana Inggeris adalah salah satu daripadanya, Ia adalah bagi menamatkan rentetan kemarau kejuaraan yang panjang The Gunners sejak lima tahun terakhir ini.

Berikut adalah kenyataan Chamakh, ia dipetik berkata:

I am delighted to be back in my country as an Arsenal player.

I am settling in well and the coach [Arsene Wenger] is doing his best to make me feel welcome at the club.

I know that once I get settled, my game will improve a lot. The players have welcomed me also and I feel part of the family and the morale in the squad is good.

We want to win the Premier League this season and we are all focused on that.

3 comments:

awegooner said...

bkn setakat chamakh je,tok wan aku pun mmg nk sgt arsenal champion ni.. sbnrnya kita sbg fan the gunners smmgnya brsemangat utk terus myokong dan mghrpkan arsenal mjulang trofi yg sekian lama mendung x brhujan.. tp xde guna jika fan mnjerit smpi kua anak tekak n melompat smpi ke siling umh jiran kalu x disertai smgt yg kuat drp pemain itu sndiri.. jd, jika semua pemain punya azam yg kuat sprti chamakh ni nescaya trofi buat the gunners bkn mustahil atau lg..semoga ia bkn sekadar impian...

Anonymous said...

yelah awegooner...
yang fan ni dah beribu-riban dok kedai mamak...ngabis air tin....
dari kurus sampai ke bondit melabor kat kedai mamak...
ia musto dibayar dengan tropi...baru la perlaburan berbaloi ye dak...huhu
DS - kat kg....

Anonymous said...

Tu lah dah lame sgt arsenal ni tak de trofii...6 tahun...bile lagii...
tak kan nk asyik dok menyokong team yg tak de trofi...tul tak
memang tak di nafikan nk melatik pemain2 muda memakan masa 4 tahun .INGAT TU>>!!
Wenger jgn ingat duk senang lenang je kat arsenal ekk...Jgn ingat fan2 arsenal ni duk diam je..ha...tunggu je.nk kasi gegar sikit kat WEnger tu..baru dia gelabah...

Related Posts with Thumbnails