Wednesday, September 15, 2010

Preview Match | Arsenal vs SC Braga

Preview Match | Arsenal vs SC Braga, Champions League Group Matchday 1

Maka bermulalah tirai Champions League peringkat permulaan melibatkan Arsenal, Dengan SC Braga akan menjadi halangan pertama kita kali ini, Beberapa pasukan telah pun memulakan aksi dengan beberapa kejutan apabila Twente mengikat Inter Milan 2-2, Manchester United diikat Rangers 0-0 diselubungi kecederaan patah kaki yang melanda pemain tengah Manchester United, Antonio Valencia seperti apa yang pernah dialami Eduardo dan Ramsey. Pergh!!! Ngeri tul, aku tengok sekarang kerap benar kekasaran sebegini berlaku yang pasti mampu men'gelap'kan masa depan seseorang pemain itu.

Emirates Stadium, London
Rabu, 15 September 2010

* Pengadil Perlawanan: Alain Hamer (Luxembourg)
* Pertemuan kedua pasukan: Tiada, ini adalah merupakan pertemuan kali pertama buat kedua pasukan
* Prestasi terkini Arsenal: S-M-M-M
* Prestasi terkini SC Braga: M-S-M-K
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Predict barisan Arsenal di Emirates Stadium

Kecederaan: Diaby (pergelangan kaki / tulang kering), Walcott (pergelangan kaki), Bendtner (pangkal paha), Van Persie (pergelangan kaki), Ramsey (kaki patah), Frimpong (lutut)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Abou Diaby akan memasuki senarai baru, bintang Arsenal yang tercedera; Diaby dijangka akan kehilangan sekurang-kurangnya dua perlawanan (pertemuan menentang SC Braga pada hari ini dan hari Sabtu ketika menentang Sunderland) setelah ia diterjah kejam keras oleh Paul Robinson.

  • Theo Walcott, Robin van Persie, dan Nicklas Bendtner tetap kekal diistirehatkan sehingga pertengahan Oktober dengan kecederaan yang menimpa mereka masing-masing.

  • Samir Nasri yang kembali cergas selepas pulih dari pembedahan, selepas kecederaan yang dialami di Anfield sebulan yang lalu.

  • Thomas Vermaelen seharusnya kembali ke kesebelasan utama hari ini, tapi berkemungkinan direhatkan kerana bagi aku The Professor tidak harus mengambil risiko yang tinggi memandang Arsenal perlu fikirkan perlawanan-perlawanan yang masih panjang dan lebih mencabar, jadi merehatkan Vermaelen sehingga benar-benar cergas adalah jalan paling terbaik bagi aku selepas kecederaan Achilles yang dialaminya ketilka bertugas dalam perlawanan antarabangsa mewakili Belgium.

  • Aaron Ramsey pula terus positif dalam proses pemulihan dan bakal kembali pada November dari kecederaan patah kakinya. Dijangka mungkin pada hari Natal.



  • Info Terkini Disebalik Tabir SC Braga

  • SC Braga akan berangkat tanpa Leandro Elderson Salino, apabila digantung 1 (satu) perlawanan.

  • Braga telah memenangi 2 (dua) pusingan Playoff untuk memenuhi syarat untuk bermain di peringkat kumpulan. Mereka mengulingkan Celtic 4-2 di babak kualifikasi ketiga dan mengalahkan Sevilla 5-3 di babak final Playoff.

  • Pasukan ini dikenali sebagai "The Arsenalists" kerana, sejak 1921, mereka telah menggenakan jersi merah dan putih, selepas memilih warna berdasarkan Arsenal.

  • Braga mengalami kekalahan pertama dalam di liga domestik mereka musim ini pada minggu lalu, apabila tewas 3-2 di FC Porto.

  • Braga ketika ini berkedudukan tangga keempat dalam carta liga domestik mereka. Mereka ketinggalan lima mata di belakang Porto yang menerajui takhta liga Portugal.



  • Info menarik pengadil perlawanan, Alain Hamer

  • Pengadil adalah Alain Hamer dari Luxembourg.

  • Musim lalu, ia mengendalikan perlawanan Arsenal ketika menewaskan AZ Alkmaar 4-1 di Emirates. Tahun sebelumnya, dia mengendalikan perlawanan peringkat kumpulan ketika Arsenal terikat 1-1 dengan Dynamo Kiev, juga di Emirates.

  • Sekitar keputusan dan perlawanan lain yang melibatkan kelab di EPL

  • Selasa: Werder Bremen vs Tottenham Hotspur; Weserstadion, Bremen = keputusan 2-2

  • Selasa: Manchester United vs Rangers; Old Trafford, Manchester = keputusan 0-0

  • Rabu: Zilina vs Chelsea; Stadium Pod Dubnom, Zilina
  • 0 comments:

    Related Posts with Thumbnails