Wednesday, September 8, 2010

Ucapan | Salam Aidilfiri


Pejam Celik, Pejam Celik; Alhamdulillah kita masih celik sehingga ke akhir-akhir Ramadhan ini, harap diberi kesempatan ke hari Aidilfitri hendaknya.

Di saat-saat genting ini kita di bulan Ramadhan, fokus di kalangan Pencinta Arsenal FC di Malaysia mungkin sudah bertambah, menyediakan persiapan untuk menyambut kedatangan syawal yang makin dekat terasa.

Untuk semua pengunjung yang sudi membaca blog ini;
Aku memohon maaf diatas segala salah silap aku selama aku menulis di ruangan blog ini, yang mana bait-bait tulisan aku mungkin tidak enak untuk dibaca.

Pesanan kepada semua dan diri aku sendiri,
- Pastikan rumah anda yang ditinggalkan dalam keadaan yang selamat dan tidak bersepah, supaya kalau ada orang mencuri masuk, anda dapat tau rumah anda bersepah makna ada pengunjung yang tak diundang masuk ke rumah anda....minta-minta janganlah eekkk! cabut semua plug, tapi tak payah sampai cabut meter TNB tu ok! kunci semua pintu keluar masuk dan simpan kunci anda dengan selamat.

- Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing samada berkunjung ke rumah saudara saudara dan teman-teman. Banyak-banyak bersabar di jalan raya., Pastikan lesen memandu anda tidak tamat tempoh! Al-maklumlah, time camni polis trafik overtime...

- Walaupon ianya bulan Syawal dan bukan Bulan Ramadhan lagi, makan berpada-pada dan kekalkan penjagaan kesihatan dan bentuk muka bumi badan anda...huhu

- Ingat game kita, 11hb Sept dengan Bolton dan 15hb Sept dengan Braga....menang hendaknya; moga bertambah ceria dan meriah syawal kita...huhu

- Jangan lupa mandi sunat hari raya di pagi hari, walaupun tak pergi solat sunat hari raya. Mandikan diri sebelum jemaah di masjid atau surau memulakan solat sunat hari raya.

Niat kan dalam hati :
Sahaja aku mandi sunat hari raya aidilfitri, kerana Allah Taala.

Jiruslah air bermula dari kepala dan ratakan ke seluruh tubuh.

Semoga Syawal ini memberi seribu makna kepada anda semua. Gunakan masa yang ada untuk menambah eratkan lagi tali persaudaraan, tali pertunangan, tali penikahan...ikutlah yang mana arah korang, InsyaAllah.

Anda buat Anda dapat! huhuu

1 comments:

awegooner said...

DS..x dpt aku nk bygkan betapa aku x tau la apa prsn aku skrg ni bila baca pesanan brmakna ko ni.. trharu, trsedih, trsuka, teruja, trkesima dan trbahak-bahak..aku hrp sesape yg dh dewasa, baligh dan waras akal fikiran srta punya kerja dh bayar zakat fitrah tahun ni..alhamdulilah.. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin juga dari aku yg hensem kalau tgk jauh2.. maaf jika ada trlanjur kata trlajak bicara dan terlebi suda slma aku mengomen n menutur kata di "Pencinta Arsenal"..

Akhirulkalam..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Related Posts with Thumbnails