Monday, September 20, 2010

Wenger News | Arsene Wenger Ber'Lapang Dada' Berdepan Kecederaan Fabregas & Tindakan Tatatertib FA


Bagai "Sudah Jatuh Pehtu Terhimpap Kren", begitulah musibah yang menimpa Arsene Wenger tika ini yang sedang menantikan penuh debar bak 'menanti kelahiran anak sulung' hasil keputusan imbasan keatas kecederaan hamstring kapten kesayangannya Cesc Fabregas dan tindakan berbentuk bagaimana yang bakal dikenakan Football Association terhadapnya berikut tindak tanduknya di Sunderland tempoh hari.

Arsenal ketika ini masih menunggu keputusan akhir scan pada Fabregas, yang disyaki menghadapi masalah hamstring selepas memberikan Arsenal mendahului unggul 1-0 dengan gol pertama 'anehnya' hasil kerjasama 'baik' dengan bek Sunderland Anton Ferdinand.

Cesc Fabregas dikeluarkan segera Wenger selepas dilihat 'kakinya berjongkang-jongkit' ketika baru beraksi 29 minit bagi mengelakkan kecederaan yang lebih memburukkan.

Dan Wenger bakal menghadapi kesulitan berganda seandai didapati bersalah oleh bahagian bertindak FA setelah ia dilihat bertindak 'sinis' menepuk atau boleh kita klasifikasi sebagai 'babab-babab sayang' pada bahagian bahu belakang pengadil rasmi keempat Martin Atkinson, refleks tidak langsung Wenger selepas Alex Song diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning ke-2.

Wenger dilihatkan tidak hipokrit sekali lagi menunjukkan ketidakpuasan hatinyanya terhadap tindakan pengadil perlawanan Phil Dowd, dan Atkinson dijadikan 'kambing hitam' untuk melancarkan ketidakpusannya ketika Darren Bent menyamakan kedudukan di minit kelima masa kecederaan - selepas 'terang-terang' papan masa yang di tunjukkan Atkinson hanya empat minit baki tambahan masa yang diberikan.

Samada tindakan bakal dikenakan terhadap Wenger terserahlah kepada FA tapi bagi Wenger sendiri ia mengakui kegagalan pasukannya meraih 3 mata penuh di Stadium of Light disumbangkan oleh kesilapan mereka sendiri yang gagal mematikan sisa-sisa perjuangan Sunderland lebih awal walaupun memiliki beberapa kesempatan yang mampu menghasilkan jaringan gol.

Arsene Wenger dipetik berkata:

‘We had chances to kill the game but we didn’t do it. I believe the back four did well but we made a mistake on the goal.’

0 comments:

Related Posts with Thumbnails