Saturday, October 9, 2010

Apa Kata Lawan News | Mancini Dah Petik!

Dengan perlawanan yang masih jauh lagi, Roberto Mancini dan Manchester City dan mula 'usik-usik' pertembungan dengan Arsenal pada 24hb Oktober ini. Bos City Roberto Mancini telah memulakan 'main mind game' sebelum kedua pasukan akan ditemukan di City of Manchester Stadium nanti. Mungkin Mancini tidak berapa teruja untuk berbual mengenai pertemuan pasukannya dengan Blackpool (17hb Okt) dan Lech Poznan (21hb Okt) bagi kempen Liga Eropah UEFA. Mancini yang bertanggung jawab meletakkan pasukannya di kedudukan kedua di Liga Perdana Inggeris ketika ini, tetapi ia tidak percaya pasukannya, dan tegas menyatakan pasukannya belum cukup siap untuk benar-benar memenangi gelaran, walaupun pasukannya berjaya mencuri mata dari Juara Berganda itu.

Mancini dipetik berkatakan:

"Setelah pertemuan menentang Chelsea saya berkata kepada Ancelotti, 'Saya kalahkan anda, tapi kau akan memenangi Liga Premier kerana pasukan anda lebih baik daripada saya',

"Saya tetap masih berfikir Chelsea akan memenangi gelaran.

"Chelsea adalah pasukan terkuat di Liga Premier.

"Secara teknikal, hanya Arsenal setara dengan mereka, tetapi Chelsea mempunyai kekuatan fizikal yang lebih besar dari Arsenal.

"Itulah satu-satunya perbezaan dan apa yang memberikan kelebihan kepada Chelsea."

Mancini nampaknya telah memuji Arsenal (puji ada makna ni?) tapi ia juga terperasan bahawa kelemahan kita adalah kekuatan fizikal. Jadi, kita tidak dapat menolak berkemungkinan corak permainan berfizikal tinggilah akan diguna pakai terhadap kita nanti untuk menyekat kemaraan dan cuba me'mati'kan permainan 'beautifol' Arsenal.

Arsene Wenger dan anak buahnya, Silalah berhati-hati!, mereka benar-benar sebuah pasukan yang kuat dan berkemampuan walaupun dikatakan belum cukup serasi dengan limpahan duit dan pemain-pemain hebat. Aku yakin Manchester City akan menyukarkan kita. Tapi bola itu bulat! Kita mampu lakukan! ayuh! anak muda Arsenal belajarlah dan timba pengalaman dengan Legenda Hebat Arsenal Robert 'Bobby' Pires yang tengah training dengan kita sekarang ini?

Meh! Kita tengok sedutan Robert 'Bobby' Pires bersama Arsenal, Belum ada pengganti setaranya.....Pergh! Nostalgia

0 comments:

Related Posts with Thumbnails