Monday, October 11, 2010

Biar Betik News | Barcelona Taruh Minat Pada Denilson


Tidak Ku Jangka, Tidak Ku Duga...Nak Percaya ker, Tak Nak Percaya dengan sumber berita ini, Aku sebagai PenCinta Denilson Arsenal baca je la ekk! - Pengarah Sukan Barcelona Andoni Zubizarreta dikatakan menaruh harapan 'diam-diam ubi' terhadap bintang tengah Arsenal kelahiran Brazil Denilson, menurut laporan dari Sepanyol. - Amik ko! Terkezut!

Bintang kelahiran Brazil itu dikatakan juga merupakan pemain yang sangat dikagumi Zubizarreta, dan langkah seterusnya untuk membincangkan bagi membawa masuk pemain itu ke dalam skuad pelatih Pep Guardiola akan diambil, dan apakah perancangan untuk menyuntingnya pada musim panas akan menjadi nyata? bagaimana pula perancangan asal mereka yang diketahui umum untuk membawa masuk 'bintang DNA' mereka, Cesc Fabregas kembali ke Catalan?

Denilson yang merupakan bekas kapten pasukan bawah-20 tahun Brazil mula mengembangkan karier awalnya dengan berpindah ke kelab London pada musim panas 2006, dan telah membuat 122 penampilan bagi The Gunners di semua pertandingan, tetapi hanya berkesempatan membuat satu penampilan sahaja musim ini terbatas akibat kecederaan. Beliau kini masih memiliki kontrak dengan skuad The Gunners sehingga tahun 2014.

Kemampuan Denilson untuk bermain di setiap posisi di tengah memberikan kelebihan yang menarik untuk menampung bahagian tengah bagi skuad julukan Blaugrana itu, juga bagi menampung masalah kecederaan yang menimpa Pedro Rodriguez dan Xavi.

Namun bagi bekas rekrut dari Sao Paulo ini, ada kemungkinankah beliau mempertimbangkan berpindah ke Nou Camp? di mana pengalaman yang diperolehi di Arsenal sangat signifikan untuk beliau mampu beraksi di Catalonia. tetapi kejayaannya belum pasti kerana ada beberapa bekas pemain Arsenal yang berhijrah ke Barcelona tetapi gagal seperti Alexander Hleb, Emmanuel Petit termasuklah Legenda Hebat Sepanjang Zaman Arsenal Thierry 'King' Henry.

Jadi Lu, Lu, Lu dan Lu Pikir Lah Sendiri.....Denilson sekarang dah Glamour! huhuh

2 comments:

alien said...

alah barca ni
ko bid la semo player arsenal kan senang
letih nak layan

Dial-Square said...

kalo boleh jangan player jer...bid skali ngan coach....
kalo ada lagi duet lebih...bid stadium skali pehtu amik alih saham Arsenal trus tukar nama bubuh Barcelona 2...huhuh

Related Posts with Thumbnails