Wednesday, October 13, 2010

Injury News | Tiga Tonggak Sedia Kembali

Arsene Wenger dikhabarkan 'terlonjak-lonjak girang' apabila bakal mempunyai tiga tonggak pentingnya kembali ke dalam pasukannya untuk sabtu ini.

Kapten Arsenal Cesc Fabregas, Theo Walcott dan Nicklas Bendtner semuanya sedang dalam latihan pusat penuh selepas berehat akibat kecederaan dan berharap dengan kehadiran tiga tonggak itu akan memberikan pilihan yang lebih 'segar' untuk menentang Birmingham nanti.

Robin Van Persie juga tidak lama akan kembali selepas itu. Striker Belanda itu telah direhatkan sejak Ogos dengan masalah pergelangan kaki.

Walau bagaimanapun, dalam cuti rehat dengan tugasan antarabangsa ini, Wenger terpaksa juga menerima 'qada dan qadar'nya, tetap akan ada juga pemain Arsenal yang mengalami kecederaan, dimana Arsenal tidak pernah gagal pulang dengan membawa berita kecederaan selepas pemainnya selesai tugasan antarabangsa mewakili negara masing-masing, kali ini, Arsenal akan melupakan khidmat pertahanan kiri kanan (TQ irfat!), Bacary Sagna yang dijangka akan berehat dalam 3 minggu, tapi Wenger mungkin tidak terlalu memikirkan hal itu kerana back-up kita Emmanuel Eboue boleh diharapkan. huhu

0 comments:

Related Posts with Thumbnails