Tuesday, October 12, 2010

Transfer News | Wenger Capai Kata Sepakat Dengan "Drogba"


Selepas teruja dengan impak penangan rakyat Belgium Thomas Vermaelen. Satu laporan hari ini menyatakan bahawa Arsenal telah memenangi saingan untuk menandatangani sensasi "Drogba Belgium" Romelu Lukaku dari Anderlecht. Apa percaya Didier Drogba ada satu, susah untuk dicari ganti bakat sepertinya, riak rupa wajah tidak memastikan ia berkebolehan seperti Drogba...Tapi Wenger pasti mempunyai penilaian 'mata kasar' yang cukup istimewa buat si Romelu Lukaku ini, sehingga menarik perhatiannya untuk di bawa ke Emirates, Walaubagaimana pun, aku tetap ada sedikit keraguan kerana Wenger tetap seorang manusia yang mungkin silap dan tidak semuanya penilainya tepat dalam menilai seseorang pemain itu, salah satu contohnya adalah Francis Jeffers, yang ketika mula kemunculannya Wenger pernah melabelnya sebagai 'Fox in the box' dengan sanggup melabur £8 juta pada tahun 2001 tapi akhirnya Jeffers adalah 'Frog in the box'.

Dengan usia yang baru mencecah angka 17 tahun, Lukaku sudah pun tersenarai dalam skuad utama Belgium dan berjaya melakukan debut pertamanya pada 24 Februari 2010 ketika perlawanan persahabatan dengan Croatia, beliau juga muncul sebagai penjaring terbanyak musim lalu (2009-10) di Liga Pro Belgian dengan mengumpul 19 gol semusim.

Sepanjang musim panas ini, anak muda remaja ini juga sering dikaitkan dengan sejumlah besar kelab gergasi di Eropah antaranya termasuklah Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich dan Chelsea.

Dengan rekod perpindahan sekitar £12.5 juta, Romelu Lukaku sering kali dibandingkan dengan Didier Drogba tapi tampaknya dia akan menuju ke utara London berbanding ke Stamford Bridge.

Dengan catatan kecederaan 'tidak sudah-sudah' Robin van Injury Persie yang masih dalam pengawasan pemulihan, Marouane Chamakh tinggal sesatunya 'mesin pencetak gol' produktif Arsenal yang ada dan sementara berita kembalinya Nicklas Bendtner yang masih menjadi tanda tanya? Mampukah beliau kembali ke reputasi juga prestasi asalnya selepas berehat panjang, Lukaku kemungkinan besar mampu memecah tembok untuk mencuri slot penyerang dalam skuad utama Arsenal di Emirates.

Aku harap dana yang digunakan Arsene Wenger ini benar-benar dapat memberikan pulangan yang lumayan, Agar Arsenal mampu keluar dari kepompong kedudukan statistik di tangga ke-2 dan ke-4 sahaja sepanjang 5 musim terakhir ini.

Masa makin mencemburui kita, Pejam Celik Pejam Celik dah 5 tahun kita gagal mengecap kejuaraan utama! Aku juga akan semakin berusia, Jangan sehingga aku bertongkat baru nak bagi kejuaraan...Segan la masa tu aku nak lonjak-lonjak dengan tongkat! huhuhu - ayat tak blkih blah!

Mari kita intai sikit aksi 'Drogba Baru' ini:-

2 comments:

alien said...

moga lukaku tidak menambah luka yg sedia ada
walaw~
huhuhu

Dial-Square said...

luka yang ada pun lom semboh laie...
jangan tambah luka parah cukup la...

dah kekurangan darah dah ni...huhuh

Related Posts with Thumbnails