Tuesday, November 30, 2010

Injury News | Khabar Gembira dari Eboue, RvP Tengoklah nanti


Arsenal menerima perkhabaran gembira sebelum turun menentang Wigan di Emirates pada suku akhir Piala Carling esok [30 Nov 2010], apabila Emmanuel Eboue dilaporkan mungkin akan kembali pulih dari masalah lutut lebih awal dari jadual asal. Inilah yang paling menarik perhatian saya bila berbicara pasal kemampuan anggota badan pemain berdarah negro ini, kebanyakan mereka lebih pantas bertindak balas dengan kecederaan dan sukar untuk bergelumang dengan kecederaan jangka panjang dan sukar untuk ditimpa kecederaan simple-simple lah! Mereka lebih kekar dan lasak. Tu pandangan aku lah!

Sementara itu, bek tengah tempat kita bergantung harap Sebastien Squillaci dilaporkan mengalami kecederaan lutut tahap ringan selepas menang sabtu lepas di Villa Park. Inilah yang paling kita risaukan, apabila setiap minggu tenaga bek tengah berusia 30-an ini sering dikerah, Cesc fabregas yang berusia 23 tahun itu pun pernah mengeluh kesukaran fizikalnya untuk sentiasa cergas bagi menempuh aksi setiap minggu di liga yang mencabar di dunia ini. Al-maklum! menurut pakar perubatan, kemampuan badan untuk pulih agak sedikit perlahan setelah seseorang itu yang semakin berusia. Bagaimana jika Squillaci cedera, kita tinggal Koscielny dan Djourou saja, perlawanan yang mencabar di Old Trafford menanti!

Kapten Cesc Fabregas (hamstring) tetap kekal direhatkan bersama-sama dengan Abou Diaby (pergelangan kaki) dan Thomas Vermaelen (Achilles).

Robin van Persie, Theo Walcott dan Nicklas Bendtner tidak diguna pakai dan hanya memanaskan bangku simpan tempoh hari di Villa Park dan mungkin boleh menjadi pilihan buat Wenger, Selain itu, Arsene Wenger harus bijak memutuskan dengan kembali pulihnya Manuel Almunia dari masalah siku - "Siapakah antara Manuel Almunia atau Wojciech Szczesny yang akan diberikan kesempatan di Piala Carling nanti"

Ketika Wenger di tanya mengenai pemain yang bakal diturunkan nanti, beliau dipetik berkata:

'We will play with a strong team,'

'Don’t forget we have played every three days for one and a half months so I have to see how we recover and who I rest [on] Tuesday.

'But we will play with a strong team. You will see regular players.'

Mengulas mengenai Van Persie pula:

'Van Persie? I don’t know,'

'Do I get him a week of work or do I play him? I have to speak with him frankly to see how he feels. We will see.'

Sunday, November 28, 2010

Transfer Rumours | Tawar £10 juta untuk Cahill, Mahukah Bolton?

Semenjak Fabianski melakukan tugasnya dengan baik di gawang gol Arsenal, jarang kedengaran bisik-bisik mengenai keeper baru bakal di bawa masuk pada jendela perpindahan pemain Januari ini.

Sekarang kita lebih banyak dikaitkan dengan bek tengah, ia memang ada asas yang kukuh melihatkan kepada situasi bek tengah Arsenal yang tampak rompong sikit dengan hanya bergantung harap pada Squillaci, Koscielny dan Djourou. Saya rasa kita agak sukar bersaing mengejar kejuaraan sekarang ini jika terus mengharapkan dengan bek tengah yang kita ada, bukan apa! musim masih panjang, bek tengah kita harus kekal fit dan konsisten, rekod kecederaan pada Djourou juga mengusarkan walaupun dia dilihat semakin meningkat, manakala Koscielny masih tidak konsisten mengawal permainannya walaupun memiliki kemampuan membaca permainan yang baik, dia juga sudah mengumpul 5 kad kuning dan 2 kad merah setakat ini, adakah jaminan yang dia tidak akan terus mengutip beberapa kad lagi?

Vermaelen pula mula mengambil peranan Rosicky baru Arsenal - Injury yang terus misteri! Samada anda setuju atau tidak dengan pandangan saya, saya melihat kepada senarai bek kita yang tersedia ada kini bagi saya kita tidak cukup aura untuk mengerunkan pihak lawan kita sebelum turun ke gelanggang seperti apa yang ada dengan Tony Adams / Martin Keown dan Sol Campbell / Kolo Toure.

Hasil keputusan yang terjadi dalam perlawanan tempoh hari di Villa Park, benteng kita mudah di tembusi dua gol dan salah satunya melalui set-piece yang merupakan kekurangan kita yang masih gagal untuk diselesaikan! Keadaan ini boleh meningkatkan reputasi untuk mendesak Wenger membawa muka baru bagi mengisi slot bek tengah pada jendela perpindahan pemain yang bakal dibuka Januari ini! Wenger kita kenal tidak mudah untuk didesak?

Wenger sentiasa lebih mengambil pendekatan 'mempercayai' kepada tiga bek tengah yang ada sekarang ini, walaupun dia juga tahu keperluan untuk memiliki seorang lagi bek tengah yang berkualiti pasti akan mampu menjelmakan impian gelaran Liga Perdana untuk dicapai.

Unit perubatan Arsenal pula masih buntu dengan apa yang berlaku dengan kecederaan Achilles yang menimpa Thomas Vermaelen dan tidak ada jawapan kepada berapa tempoh masa yang dijangka untuk dia kembali pulih, Ini boleh menjadi faktor yang kuat; Kenapa tidak Wenger membawa sahaja muka baru pada Januari ini?

Menurut laporan Mirror, reputasi masalah kewangan yang menimpa Bolton dikatakan kini sedang tenat, kesempatan ini diambil Wenger yang kini dikhabarkan sedang cuba berurusan untuk menyunting bintang bek tengah Bolton Gary Cahill yang pernah menjadi idamannya, dikatakan Wenger sudah meletakkan harga awal sekitar £10 juta. Sementara Bolton pula menetapkan harga jualan Cahill menghampiri £18 juta untuk kepada sesiapa yang ingin membida bintang mereka.

Harga yang ditawarkan kita nampak jauh berbeza, tapi kita pun kenal Wenger memang bijak berurus niaga. Sekurangnya-kurang langkah awal sudah diambil dan langkah selanjutnya perlu diperkukuhkan. Jadi kita tunggu dan lihat je...

Kenali Gary Cahill
Nama Penuh: Gary James Cahill
Tarikh Lahir: 19 December 1985 (1985-12-19) (age 24)
Tempat Lahir: Sheffield, England
Ketinggian: 6 kaki 2 inci (1.88 m)
Posisi: Defender

Maklumat Kelab
Kelab terkini: Bolton Wanderers
No. jersi: 5

Pencapaian Peribadi
Goal of the Season Winner: 2005–06 (mewakili Aston Villa)
Player of the Year Winner: 2004–05 (mewakili Burnley)
Young Player of the Year Winner: 2004–05 (mewakili Burnley)
Players' Player of the Year: 2008–09 (mewakili Bolton Wanderers)

Match Report | Villa Tonjol Kekurangan Tak Berkesudahan di Benteng Arsenal

Aston Villa 2 : 4 Arsenal
Ciaran Clark ('89 & '71) : Andrei Arshavin ('39), Samir Nasri ('45), Marouane Chamakh ('56), Jack Wilshere ('90)
Vanue: Villa Park, England
Referee: Mark Clattenburg



Match Report | Aston Villa vs Arsenal, English Premier League

Arsenal boleh dikatakan selamat dari kebangkitan serangan balas mengila babak kedua dari Aston Villa untuk akhirnya menuntut hak kemenangan 4-2 dan sekurang-kurang memimpin untuk sementara takhta Barclays Premier League. Sebelum Manchester United mengamuk membelasah Sunderland Blackburn Rovers 7-1 untuk melonjak menolak Arsenal ke tangga kedua liga.

The Gunners kelihatan awal berlayar bebas dan dilihat mendominasi permainanan apabila mendahului tuan rumah 2-0 sehingga tamat babak pertama hasil jaringan melalui Andrey Arshavin dan Samir Nasri.

Bobby Pires yang membuat kemunculan dari kesebelasan utama Villa dikeluarkan selepas babak pertama, selepas dilihat kurang memberikan impak yang mungkin dalam jiwa dia yang berbelah bagi ketika menemui adik-adiknya di Arsenal dan Wenger, Percaturan Houlllier mengeluarkan Pires dan memasukkan Delfouneso di babak kedua dilihat membawa perubahan dalam corak serangan Villa apabila dalam tempoh kedua itu Ciaran Clark tiba-tiba berdentam-dentum membuat come-back sebanyak dua kali menerobos gawang kawalan Fabianski untuk memberikan tekanan yang tidak kurang hebat melalui beberapa set-piece dan counter attack yang bahaya membuat pertahanan Arsenal dipaksa berkerja keras.

Pertemuan Sifu dan Si Lagenda: Nampak sangat berusia dah raut wajah 'Bobby' Pires; tapi sumbangannya di Arsenal dan memorinya tetap muda kat ingatan aku ;)

Marouane Chamakh juga kembali menemui sentuhan gol untuk mengumpul jumlah keseluruhan 10 gol peribadi setakat ini, sebelum Jack Wilshere menutup sisa perjuangan Villa untuk mencari gol penyamaan apabila menanduk masuk bola selepas menerima lambungan dari Chamakh di lewat masa permainan akan ditamatkan.

Walaupun dengan kemenangan ini membuatkan semua PenCinta Arsenal kembali ceria dan mengubat sedikit luka kegagalan kita sebelum ini, Masih terang lagi sebenarnya fokus di benteng pertahanan kita harus diberikan perhatian khusus dari Wenger! Kita seperti hilang fokus apabila mendahului lawan! Untuk perlawanan menentang pasukan yang lebih mencabar dan lebih berfizikal, apa persediaan kita, Vermaelen masih tidak dipastikan tarikhnya untuk kembali dan sekiranya kembali mampukah dia berada pada prestasi puncaknya!

Ringkasan Perlawanan

min 39'GOL: Arshavin melakukan larian pantas dari sudut kiri membawa masuk ke kubu Villa dengan melepaskan rembatan tepat ke penjuru bawah Friedel. Lama dah tak tengok jaringan gol sebegini dari Arshavin! Buwekkkk!!!!!
min 45'GOL: Villa dihukum lagi apabila Nasri melakukan rembatan cantik dari sudut kiri memberikan Arsenal mendahului tuan rumah 2-0.
min 45'Villa melakukan perubahan pertama dengan mengeluarkan Pires dan memasukkan Delfouneso.
min 51'GOL: Clark! menjaringkan gol dan menghidupkan kembali suasana di Villa Park dengan sepakan padu cantik menemui jaring gol Arsenal.
min 53'Ciaran Clark dikenakan kad kuning selepas melakukan kekasaran kepada Sagna.
min 55'GOL: Villa kembali ketinggalan dua gol di belakang setelah Rosicky membuat umpanan buat Chamakh menyumbang gol 10 peribadi musim ini melepasi jangkauan Friedel.
min 67'Stephen Ireland dibawa masuk menggantikan Carew yang dilihat kurang berkesan.
min 71'GOL : Clark menjaringkan gol sekali lagi Fabianski tewas untuk gol kedua Villa hasil umpanan Dunne. kembali membuka harapan buat Villa!
min 76'Chamakh terima kad kuning selepas dilihat lambat membuat terjahan.
min 85'Arsenal membuat dua pertukaran dengan Nasri dibawa keluar dan Kieran Gibbs memulakan aksi. Arshavin keluar digantikan Denilson. Sementara Villa menurut langkah yang sama dengan menolak keluar Bannan dan memasukkan Chris Herd.
min 93'GOL : Wilshere menemui jaringan gol pertama di Premier League untuk Arsenal. Bermula shot Denilson dan kemudian melambung ke Chamakh, yang melambungkan bola di atas Friedel untuk Wilshere mudah menghulurkan kepala tanpa dicabar.
min 94'Rosicky dikeluarkan dan Djourou dimasukkan untuk mengukuh barisan pertahanan dan mengekalkan kemenangan berpihak Arsenal.

Saturday, November 27, 2010

Video Goals | Aston Villa 2-4 Arsenal

Arsenal mengecap kesedapan sementara waktu apabila berjaya menumbangkan Aston Villa 4-2 di Villa Park sebentar tadi. Dah duduk takhta liga saat ini, sekejap pun jadik la! dari tak merasa! Tahniah!! buat Wenger dan anak buahnya atas usaha.

Enjoy! Kemenangan ini, kita dah lama rasanya tak kecapi kemenangan...huhuh!

39′ [0 - 1] A. Arshavin
45′ [0 - 2] S. Nasri
52′ [1 - 2] C. Clark
56′ [1 - 3] M. Chamakh
70′ [2 - 3] C. Clark
90′ [2 - 4] J. Wilshere

GoalTube.org vla-ars
Uploaded by BozWolf. - Check out more sports and extreme sports videos.

Friday, November 26, 2010

Preview Match | Masih Berpelurukah Meriam Kita?


Preview Match | Aston Villa vs Arsenal, English Premier League

Villa Park, Birmingham
Sabtu, 27 November 2010
Astro (Stadium Astro) - Channel: 832/812
Online: 2040-2240 hrs (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Mark Clattenburg
* Pertemuan terakhir: Aston Villa 0 - 0 Arsenal
* Pertemuan kedua pasukan: 71 kemenangan berpihak Arsenal, 64 kemenangan berpihak Aston Villa, 44 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: K-M-M-K-K
* Prestasi terkini Aston Villa: S-S-M-S-K
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Fabiański
Sagna - Squillaci - Djourou - Gibbs
Song - Wilshere
Walcott - Nasri - Arshavin
Chamakh

Sub: Szczesny, Koscielny, Clichy, Denilson, Rosicky, Bendtner, Van Persie
Kecederaan: Fabregas (hamstring), Eboue (lutut), Diaby (pergelangan kaki), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Kecederaan hamstring terkini Cesc Fabregas akan menyebabkan dia keluar rehat selama dua minggu, dengan penuh berharap dia akan mampu tersedia untuk trip 13 Disember Arsenal ke Old Trafford. Fabregas juga kempunan untuk trip ke Old Trafford musim lalu kerana mengalami kecederaan.

  • Emmanuel Eboue pula diberitakan akan keluar selama empat minggu dengan masalah ligamen lututnya. Hal ini dikira khabar baik buat kem Arsenal sebab diawalnya jangkaan kecederaan Eboue dijangka memakan masa yang lebih panjang.

  • Aaron Ramsey dan Manuel Almunia keduanya mula bermain untuk pasukan reserve pada hari Selasa lepas, namun keduanya masih jauh dari prestasi asal dan belum sesuai untuk dipanggil masuk ke dalam pasukan utama. Jangkaannya hari Krismas ini adalah yang paling sesuai buat Ramsey. Tapi UPDATE dari rumours: menyatakan Ramsey akan dipinjamkan ke Nottingham Forest bagi memberikan peluangnya bermain dengan lebih kerap dan progress pemainannya akan lekas meningkat.

  • Tiada berita terkini mengenai laporan kecederaan pinggul yang menimpa Gael Clichy yang memaksa dia melupakan trip ke Braga. Trip ke Villa Park dijangkakan dia akan turun di bangku simpanan.

  • Laurent Koscielny dilihat menganas apabila sehingga kini sudah mengkoleksikan lima kad kuning dalam himpunannya di liga domestik, rasanya dia akan direhatkan untuk perlawanan di Villa Park ini. Selain turut juga mengkoleksi dua kad merah musim ini.

  • Arsenal telah pun merekodkan 2 kekalahan terkini berturut-turut juga merakamkan kekalahan sedemikian rupa sebanyak 2 kali juga bulan ini. Arsenal terkini masih tergantung di kejohanan Liga Juara-Juara kerana masih belum meng'confirm'kan diri layak ke peringkat seterusnya. Setakat ini, prestasi kita sangat mendukacitakan!

  • Sejak menzahirkan kemenangan 2-1 di Aston Villa hasil sumbangan Flamini dan Adebongok pada bulan Disember 2007, Arsenal hanya merakamkan seri dalam semua pertemuan selepas itu di kota Birmingham ini.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Aston Villa

  • Aston Villa saat ini agak terumbang ambing di kelompak pertengahan liga dengan 17 mata berkedudukan tangga ke-13, yang merupakan alasan kuat buat bekas pengurus Liverpool, Gerard Houllier untuk menandatangani legenda Invisible Arsenal Robert Pires dengan kontrak selama enam bulan. Pires hanya masuk pada minit ke-68 setelah Villa sudah pun ketinggalan 2-0 kepada Blackburn minggu lalu dan pada hakikatnya dalam tempoh masa yang terhad itu tiada apa yang mampu dilakukan Pires. Pastinya Pires akan berada dalam pasukan untuk perlawanan sabtu ini.

  • Tiga pemain Villa yang tercedera sebelum ini dijangka sudah mampu kembali diturunkan termasuklah John Carew (betis), James Collins (betis), dan Habib Baye (pergelangan kaki).

  • Carlos Cuellar (betis) dan Nigel Reo-Coker (lutut) pula dijangka akan kembali dalam tempoh yang terdekat ini.

  • Sementara antara pemain tercedera yang akan terus kekal berehat panjang termasuk Marc Albrighton (Aappendikitis), Emile Heskey (lutut), Fabian Delph (lutut), kapten Stiliyan Petrov (lutut), Steve Sidwell (Achilles), dan Andreas Weimann (pergelangan kaki).

  • Aston Villa hanya merakam satu saja kemenangan mereka dalam lima permainan terkini mereka, selaku tuan rumah menang ke atas Blackpool dengan 3-2.

  • Dari tujuh permainan di Liga Perdanan, empat berkesudahan seri! menariknya Villa mampu menyekatkan berkeputusan seri dengan Chelsea dan Manchester United keduanya di Villa Park. Namun, apa pula cerita dengan Arsenal ke Villa Park ini? Taknak seri, tewas tentu sekali ditolak jauh-jauh!



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal musim lalu mengutip empat mata keseluruhan pertemuan dengan Aston Villa. The Gunners menang 3-0 di Emirates, di mana Cesc Fabregas membuat penampilan memukau dari bangku simpanan mencatatkan 2 gol sebelum di usung keluar kembali tercedera dengan hamstringnya. Pertemuan timbal balik di Villa Park hanya seri 0-0.

  • Rekod jaringan terbanyak antara Arsenal dan Villa adalah pada musim 1961/62 dengan berkeputusan 4-5 memihak kepada Villa.

  • Aston Villa sudah lama tepu dan belum mampu memenangi ketika melawan Arsenal sejak mencatatkan kemenangan 3-2 pada 13 Disember 1998. Hasil satu gol jaringan Joachim sementara Dublin dan Bergkamp menyumbangkan 2 gol untuk pasukan masing-masing.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Mark Clattenburg.

  • Clattenburg telah bertugas mengendalikan perlawanan Arsenal musim ini ketika The Gunners menang 3-0 di Manchester City, perlawanan di mana City kehilangan seorang pemain selepas Boyata dilayangkan kad merah pada lima minit permainan bermula.

  • Untuk Villa, beliau mengendalikan permainan ketika mereka tewas 2-1 di White Hart Lane. Gol Spurs keduanya disumbangkan van der Vaart.
  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Bolton Wanderers vs Blackpool, Stadium Reebok, Bolton
  • Sabtu: Everton vs West Bromwich Albion; Goodison Park, Liverpool
  • Sabtu: Birmingham City vs Fulham; London Craven Cottage,
  • Sabtu: Manchester United vs Blackburn Rovers, Old Trafford, Manchester
  • Sabtu: Stoke City vs Manchester City, Stadium Britannia, Stoke-on-Trent
  • Sabtu: West Ham United vs Wigan Athletic; Boleyn Ground, London
  • Sabtu: Wolverhampton Wanderers vs Sunderland; Molineux, Wolverhampton
  • Ahad: Newcastle United vs Chelsea; St James 'Park, Newcastle
  • Ahad: Tottenham Hotspur vs Liverpool; White Hart Lane, London
  • Wednesday, November 24, 2010

    PenCinta Arsenal FC News | Check-up Balik! Yang Sudah Tu...Sudah!!!


    Musim tengkujuh melanda di bulan November membawa bencana di kem Arsenal, Maaf buat Gooners sekalian, kerana selepas bungkusnya Arsenal di tangan Spurs, saya semacam kurang bernafsu untuk mengupdate blog ini ;). Sebenarnya ia tidak ada kena mengena dengan situasi kurang enak anak buah Wenger dalam minggu-minggu ini, tapi saya diselubungi hari yang kurang baik di tambah kesibukan meniti tugasan kerja seharian.

    Selepas musibah yang berlaku di Emirates dipukul oleh rival Tottenham pada hari Sabtu, terkorban sudah rekod kebal kita tidak tewas di gelanggang sendiri tangan Spurs sepanjang 17 tahun, Saya menjangkakan Arsenal akan bangkit mengaum di Champions League untuk melupakan luka di Liga Domestik, rupanya hanya menguwek di Liga Champions apabila dikejutkan dengan kekalahan 2-0 di Stadium Municipal Braga selasa malam.

    The Gunners memulakan saingan dengan berada di puncak Kumpulan H dan membawa rekod membelasah Sporting Braga wakil dari Portugal itu 6-0 dalam perlawanan pembuka. Nampak anak buah Wenger seperti tidak memiliki kesulitan besar untuk bersyahwat tinggi merekodkan kemenangan lagi.

    Keputusan berlaku sebaliknya, Arsene Wenger menempuh kekecewaan lagi bersama Arsenal sebagai sebuah pasukan lemah yang hilang dari punca permainannya yang seharusnya mudah untuk menang membawa pulang tiga mata, dan kita terus menyukarkan laluan kita di Champions League yang sebelum kelihatan sangat-sangat terbentang luas! kegagalan pengadil perlawanan Hungary Viktor Kassai memberikan penalti yang sepatutnya memihak kepada kita bukanlah alasan utama kita tewas walaupun jelas Carlos Vela ditolak dan tersadung di dalam kotak penalti.

    Wenger dipetik berkata selepas kekalahan 2-0:

    “It is difficult to understand how we did not get a penalty. The five referees is not an answer to the problem. The turning point was the penalty – I still cannot understand how Carlos Vela got a yellow card. It remains a complete mystery.

    “It is hard to swallow, but now we have to win our last game. The most important thing for us now is to qualify. It is good that Shakhtar play against Braga but they are the super favourites to win the group.

    Walaupun Wenger telah membuat tujuh perubahan selepas kekalahan pada sabtu lepas, disamping masih memutuskan untuk memainkan kaptennya Cesc Fabregas meskipun ia menyedari risiko untuk Fabregas kembali kepada masalah kecederaan hamstring-nya. Wenger mengakui bahawa ia telah silap percaturan apabila mengambil risiko itu, tapi perkara telah pun berlaku! pergorbanan yang dilakukan Wenger tidak berbaloi dengan Fabregas disahkan akan berehat selama dua ke tiga minggu akibat masalah hamstring selepas perlawanan berkenaan dan tewas pula di tangan Braga. rugi...rugi....

    Nicklas Bendtner yang sebelum ini memekak kerana tidak diberikan kesempatan bermain, nah! bising sangat, Wenger pun memainkannya! Tapi tiada apa yang dapat disumbangkan si budak bagak Denmark ini. Tak dapat main, minta main, bila dah bagi main HAMPEH! Lepas ini jangan nak bising-bising lagi, tunggu saja turn kau!

    Untuk membuatnya keadaan bertambah lebih buruk Emmanuel Eboue telah diusung keluar dengan perlawanan masih berbaki sepuluh minit, sehingga The Gunners dikurangkan menjadi sepuluh orang kerana telah menggunakan semua pemain simpanan yang ada.

    Wenger menambah:

    “Eboue will be out for a while,”

    “And we will have to asses Fabregas tomorrow. It could be two to three weeks. It is very disapointing because I had a hesitation to play him before the match started. I took the gamble and it back-fired on us.”

    Tetapi Bos Arsenal terus berkeyakinan bahawa pasukannya masih mendapat sesuatu yang positif daripada permainan dengan Braga.

    “We were not sharp enough to create clear-cut chances. Saturday’s result had no knock-on effect because I had seven players who did not play and I had to rest some players. I think we had enough on the pitch to make a goal.”

    “We could play ten matches like that and win eight or nine times but tonight was the one we didn’t win.”

    Aku pun tidak pasti samada Wenger perasan atau sengaja buat-buat tidak perasan, untuk rekod yang terang-terang ketika ini, kita sudah pun bungkus empat perlawanan dari enam perlawanan terakhir yang dimainkan:-



    Wenger buat sesuatu? Kita masih ada harapan! lakukan sebelum bulan Januari, Chelsea pun tengah ke laut sekarang, membungkus 3 kali berderet, Man United tidak seganas 3-4 tahun sebelum ini walaupun masih kekal bersaing di takhta liga, kebanyakan pasukan masih lagi keawang-awangan kejap Ok! Kejap Lingkup, pasukan kita pun aku tengok semacam mengikut gelombang yang berlaku dalam liga musim ini, Tiada pasukan yang boleh mendabik dada mampu bergelar Juara Liga Perdana musim 2010/11 ini. Untuk kembalikan maruah yang tercalar teruk sekarang ini, perlawanan seterusnya bertemu team baru Bobby Pires, kita harus kembalikan ke permainan Arsenal dan memenangi perlawanan. Go! Arsenal Cargassss!

    Saturday, November 20, 2010

    Video | North London Derby Arsenal vs Tottenham

    Sedutan video yang pastikan menaikkan semangat kita sebelum 'North London Derby'

    Kita sentiasa membayangi jiran tertangga itu, Arsenal Yang Teristimewa! Sejarah juga menunjukkan ia benar! Dulu, kini dan akan datang....Go...Go Arsenal FC







    Friday, November 19, 2010

    Preview Match | Qurban Spurs


    Preview Match | Arsenal vs Tottenham Hotspur, English Premier League

    Emirates Stadium, London
    Sabtu, 20 November 2010
    Astro (Stadium Astro) - Channel: 832/812
    Online: 2040 - 2300hrs (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Phil Dowd
    * Pertemuan terakhir: Arsenal 4 - 1 Tottenham (Piala Carling)
    * Pertemuan kedua pasukan: 69 kemenangan berpihak Arsenal, 51 kemenangan berpihak Tottenham, 44 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-K-K-M-M
    * Prestasi terkini Tottenham: K-M-K-S-M
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up

    Fabiański
    Sagna - Koscielny - Squillaci - Clichy
    Song - Denilson
    Nasri - Fabregas - Arshavin
    Robin van Persie

    Subs: Szczesny, Djourou, Gibbs, Eboue, Wilshere, Rosicky, Walcott, Bendtner, Chamakh
    Kecederaan: Diaby (pergelangan kaki), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles), Ramsey (patah kaki)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Selesai dari tugasan antarabangsa, dan terdapat beberapa pemain yang lewat untuk melapor diri bererti kita tidak dapat tahu secara tepat kondusi kecederaan yang dialami pemain sepanjang terlibat dalam perlawanan antarabangsa masing-masing, kemungkinan esok setelah semua pemain melaporkan diri, maka kita akan dijelaskan tentang berita kecergasan mereka samada layak atau tidak untuk diturunkan perlawanan seterusnya.

  • Jack Wilshere, terpaksa dikeluarkan dari senarai skuad eksperimen England selepas dikatakan mengalami masalah otot di pinggulnya, kedudukannya untuk diturunkan pada perlawanan menentang Everton bergantung kepada keputusan ujian kecergasan esok.

  • Andrei Arshavin, Samir Nasri, Lukasz Fabiański, dan Johan Djourou masing-masing bermain 90 minit perlawanan sementara Bacary Sagna bermain 87 minit untuk menundukkan England 2-1 di Wembley, merupakan kekalahan pertama Capello di tempat sendiri.

  • Marouane Chamakh bermain 70 minit dan mencetak gol, Kieran Gibbs bermain 72 minit dan Emmanuel Eboue bermain 53 minit.

  • Cesc Fabregas, Tomas Rosicky, Robin van Persie, dan Theo Walcott masing-masing hanya bermain separuh masa. Aku mengharapkan Robin van Persie dapat diturunkan dalam kesebelasan utama, Chamakh sudah bermain hampir 70 minit dan perlukan rehat yang cukup!

  • Arsenal telah mencatatkan lima kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan musim ini bermula kemenangan ke atas Birmingham City (16 Okt 2010) dan berakhir apabila tewas kepada Shaktar Donestsk (03 Nov 2010).

  • Kemenangan ke atas Spurs esok akan melanjutkan kemenangan ketiga berturut-turut buat Arsenal di liga musim ini.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Tottenham Hotspur

  • Jermain Defoe mengalami masalah pergelangan kaki dan dijangka akan membuat kemunculan kembali, selepas dilaporkan sudah mula menjalani latihan.

  • David Bentley yang mengalami masalah betis masih dalam keraguan.

  • Kepulangan yang berpotensi termasuk Robbie Keane (pergelangan kaki), Aaron Lennon (hamstring), Giovani dos Santos (selangkangan) yang berkemungkinan seminggu lagi.

  • Michael Dawson (lutut) dan Jamie O'Hara (belakang) akan terus diistirehatkan sehingga Disember.

  • Tom Huddlestone (pergelangan kaki) baru saja menjalani pembedahan dan akan berehat selama 12 minggu.

  • Ledley King dan Jonathan Woodgate keduanya menhalami kecederaan pangkal paha, tiada tempoh masa yang ditetapkan untuk kembali.

  • Kali terakhir, Tottenham menundukkan Arsenal adalah pada (14 April 2010) musim lalu dengan 2-1 hasil jaringan Rose dan Bale sementara gol saguhati Arsenal datangnya dari Bendtner.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • North London Derby merupakan pertembungan paling meletup di London yang melibatkan Arsenal dengan Tottenham Hotspur, Ia mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran tertangga itu, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham. Jadi perlawanan malam esok! Spurs yang sejak dua menjak ini sering dilihat mula 'mengangkat bakul sendiri' dengan menyatakan mereka sudah mampu setaraf kita. Yang terkini kedengaran dari pemain meningkat naik mereka Bale - "Arsenal mampu ditumbangkan esok", sementara Van der Vaart pula kipas kaw-kaw kat Bos mereka Harru Redknapp dengan terang-terang puji melambung yang bos mereka itu 'Yang Teristimewa' berbanding Jose Mourinho!

    Mulut-mulut mereka ini harus kita tutup kemas, walaupun Spurs si ayam ini sudah kita tumbangkan di kejohanan Piala Carling, tapi itu belum cukup membuatkan mereka diam kerana alasan meraka ketika itu dikatakan mereka tidak menurunkan skuad utama mereka, Sekali lagi peluang kita datang! Tiga mata yang menjadi pertaruhan esok! Harus kita rebut dengan kemenangan akan menjadi bertambah bermakna apabila ia hadir dengan Spurs kita korban sempena Hari raya korban ini. Huhuhu! Booooo!!! Spurs!



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Pengadil adalah Phil Dowd.

  • Dowd telah mengendalikan perlawanan Arsenal ketika seri 1-1 di Sunderland, di mana Alex Song dikenakan kad merah dan Darren Bent menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir masa tambahan + tambahan masa Dowd.

  • Dowd juga bertugas ketika Spurs tewas kepada Wigan 1-0 di White Hart Lane hasil jaringan Rodallega pada minit ke-80.

  • Ini adalah merupakan tugasan melibatkan 'North London derby' yang pertama dikendalikan Dowd.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Birmingham City vs Chelsea, St Andrew, Birmingham

  • Sabtu: Blackpool vs Wolverhampton Wanderers; Jalan Bloomfield, Blackpool

  • Sabtu: Bolton Wanderers vs Newcastle United; Stadium Reebok, Bolton

  • Sabtu: Manchester United vs Wigan Athletic, Old Trafford, Manchester

  • Sabtu: West Bromwich Albion vs Stoke City, The Hawthorns, West Bromwich

  • Sabtu: Liverpool vs West Ham United, Anfield, Liverpool

  • Ahad: Blackburn Rovers vs Aston Villa; Ewood Park, Blackburn

  • Ahad: Fulham vs Manchester City, Craven Cottage, London

  • Isnin: Sunderland vs Everton; Stadium of Light, Sunderland

  • Thursday, November 18, 2010

    International Break News | Henri Lansbury New David Seaman


    Arsene Wenger kini tidak harus lagi pening kepala selepas dilimpahi senarai pemain untuk mengisi slot keeper, selepas pemain muda tengah Henri Lansbury yang sedang dipinjamkan di Watford telah mengenakan sarung tangan untuk England di bawah 21 tahun dalam kekalahan 2-0 ke atas Jerman pada selasa lepas. Sekarang Wenger harus rasa bertuah kerana kita sudah memiliki 'Pemain tengah cum Keeper untuk kes-kes Kecemasan'

    Melakukan debut penuh, Lansbury tiba-tiba menonjolkan bakat serba bolehnya apabila meletakkan dirinya di gawang gol selepas keeper gantian Lee Steele dihantar keluar akibat dikenakan kad merah dari pengadil perlawanan, Christof Virant.

    Tugas sebagai keeper bidan terjun teruji apabila terpaksa berhadapan dengan sepakan penalti, Lansbury kemudiannya meneruskan kerjaya baru dengan bertindak baik untuk mengekalkan kedudukan 2-0 apabila menyelamatkan tandukan jarak dekat dari Vukcevic dan menyelamatkan cubaan Tosun seterusnya mengekalkan gawangnya dari dibolosi selepas itu sepanjang 32 minit terakhir perlawanan dibawah kawalannya.

    Menurut laman web Arsenal, Keeper skuad simpanan Arsenal, James Shea berkata Lansbury sangat gemar berada di gawang gol ketika melakukan sesi latihan.

    Henri Lansbury loves a go in goal, he always takes my gloves off me after training and he’s not bad to be honest!

    Mengulas mengenai peranan yang dimain sebagai keeper bidan terjun, Lansbury berkata:

    I looked at everyone and they were all looking to the bench. So I thought, ‘Oh, I’ll go in’. It would have been better if I’d saved the penalty, though.

    “I have always wanted to go in and used to do it a lot down the park with my mates. I also do a bit after training; I’ll go in goal and let the other lads take shots at me.

    “I got a bit scared when I feared a couple of shots were going to take deflections but it was great to keep a clean sheet other than the penalty.

    “I had never played in goal in a game before but Gerry Peyton and Tony Colbert, the coaches at Arsenal, would be proud.”


    Sementara Ketua Jurulatih England bawah 21 tahun memuji Lansbury, Pearce dipetik berkata:-

    "Henri put himself forward and I thought he was outstanding. Everything that went to him he handled very well. We might have found another goalkeeper tonight."

    Tuesday, November 16, 2010

    Match Report | Lawatan dari Goodies Park

    Everton 1 : 2 Arsenal
    Tim Cahill ('89) : Bacary Sagna ('36), Cesc Fábregas ('48)
    Vanue: Goodison Park, England
    Referee: Howard Webb



    Match Report | Everton vs Arsenal, English Premier League

    Man City, Man United, Chelsea semua telah sangkut dengan lawan masing-masing. Ini lah peluang terbuka Arsenal menjarakkan mata dan kembali merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Chelsea.

    Semua sudah tahu! Arsenal mendaki naik ke tangga kedua di Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-1 atas Everton di Goodison Park.

    Sogokan gol dari Bacary Sagna dan Cesc Fabregas cukup memberikan tiga mata berharga untuk The Gunners, yang bergerak melangkaui di atas Manchester United di carta liga. Tim Cahill pula mencetak gol penyedap hati tapi sudah agak lambat di saki baki perlawanan dan usaha mereka untuk mencari gol penyamaan dalam tempoh terakhir gagal.

    Setelah dikejutkan kekalahan 1-0 menentang Newcastle di Emirates minggu lalu, anak buah Arsene Wenger kini telah semakin membuka peluang cerah untuk meraih gelaran liga dengan dua kemenangan berturut-turut. Sagna memberi gol awal untuk memimpin pada minit ke-37 ketika ia membisukan sorakan peminat tuan rumah yang membanjiri Goodison Park menerusi rembatan deras dari sudut sukar di dalam kawasan penalti Everton setelah menerima umpanan baik dari Arshavin dari hasil kerja keras baik Samir Nasri. Ia juga merupakan jaringan gol Sagna setelah lama kemarau dalam tempoh dua tahun yang kali terakhir melakar gol ketika menentang Chelsea.

    The Toffees yang juga tidak kurang hebatnya apabila mengambil sikap melawan melalui hantaran-hantaran panjang terus ke dalam kawasan Arsenal dengan mengharapkan Fabianski akan melakukan kesilapan seperti perlawanan dengan Newcastle, tapi kali ini tidak! Fabianski sudah cukup bersedia! Wakaupun musim masih awal, Ini boleh dikatakan musim terbaik Fabianski! anak buah Moyes dilihat gigih bekerja untuk mengekal rekod bersih dalam tujuh perlawanan tidak terkalah . Untuk melebarkan perguasaan bola yang lebih baik di babak kedua, Wenger menggantikan Jack Wilshere yang dilihat tidak terkesan dengan membawa masuk Denilson - ternyata perlaburan Wenger menuaikan dividen segera apabila pemain berbangsa Brazil itu membuka jalan sebelum melepaskan hantaran ke Chamakh dan menolak buat Fabregas untuk mencetak nama selaku penjaring kedua Arsenal.

    Setelah berjaya menemukan permainan sebenar, Arsenal mula menguasai untuk sebahagian besar permainan di babak kedua - Apa pun Arsenal masih buntu melipat gandakan tambahan gol dengan Nasri dan Marouane Chamakh membazirkan kesempatan baik untuk Arsenal - Everton pula tiba-tiba 'naik minyak' dan akhirnya berjaya menyelit untuk kembali bangkit dalam sepuluh minit terakhir. Tapi Lukasz Fabiański terus mempertingkatkan reputasinya untuk mengengam sarung tangan No.1 di Arsenal dengan menyangkal cubaan marabahaya dari Louis Saha dan Jermaine Beckford. Johan Djourou aku lihat boleh diharap, dia bermain agak baik malam itu. Tembok kukuh Arsenal akhirnya rebah jua, melalui dari satu keadaan huru-hara di dalam kotak penalti Tim Cahill muncul mengambil kesempatan dengan menyepak tepat bola ke jaring.

    Namun, Arsenal terus berpaut teguh pada dua gol untuk memusnahkan rekod bersih Everton, sedangkan Everton tetap kekal di tangga ke-13.

    Ucapan | Salam AidilAdha PenCinta Arsenal di Malaysia


    Salam dan terima kasih kepada rakan PenCinta Arsenal yang telah sudi melawat laman yang tidak seberapa ini...Juga terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi 'Follow' dan menambah saya menjadi kawan di laman Facebook...Tima kasih banyak-banyak!

    Nampaknya dua tiga hari ini hujan sering turun...Harap esok bila kita menyambut raya qurban.. cuaca akan cerah! aminnnn....

    LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT AIDILADHA
    Maksudnya: Sahaja aku solat sunat ‘AidilAdha dua rakaat mengikut imam/imam kerana Allah taala

    Oh ye, kepada member-member kita yang akan balik kampung, berhati-hati memandu kereta.. saya pun akan balik kampung juge! al-maklum lah bapa saya sekarang sedang mengerjakan ibadah haji, Jadi tinggal mak kat kampung, Musti ada masakan sedap2… Ummmm…slurrpppp!!!..!!! Ok...Saya akan berangkat petang kang!.. Jaga diri baik-baik…

    Saturday, November 13, 2010

    Video | Arshavin vs Wolves


    Fuih! lama dah aku tak lihat permainan beria-ia dari Arshavin, tapi di perlawanan dengan Wolves tempohari Arshavin dilihat sudah kembali ke prestasi asal [rajin]. Harap Arshavin terus kekal konsisten dengan permainan sebegini. Sebab saya percaya Arshavin masih memiliki 'magic'nya! Dan mungkin diselubungi kecederaan sebelum ini, ia telah menganggu permainannya.

    Bagi saya, saat terbaik Arshavin bersama Arsenal adalah ketika menjaringkan 4 gol menentang Liverpool musim lalu. Go! Arshavin.

    Seriyes siot! kalau camni permainan Arshavin kita ada peluang besar untuk mengakhiri kemarau kabinet di Emirates! walaupun aku tahu permainan bola sepak adalah permainan secara berpasukan! tapi Arshavin mampu membuat perubahan dalam pasukan kita, seperti mula-mula kehadiran beliau musim lalu, dimana waktu itu, pasukan kita agak goyah untuk mengejar slot bagi kelayakan dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan beberapa tonggak utama diselubungi kecederaan. Prestasi Arshavin masa itu memang terangkat! Dia bangkit menyerlah berseorangan dan membawa rakan-rakan sepasukan untuk terus berjuang! Dan akhirnya kita berjaya mengisi slot tersebut!

    Arsenal Player News | Bendtnerveous, Eboue Kuat Mentaliti

    Tak Dapat Main, Ugut Nak Blah!

    Sudah jadi macam satu tebiat atau perangai pula dalam kem Arsenal sejak dua menjak ini, Bila tak dapat bermain dalam pasukan utama, mulalah ugut-ugut nak blah dari Arsenal! benda-benda macam ini kalau di biarkan dari kudis lama kelamaan jadi barah! Jadi sebelum barah itu bertambah teruk harus dicantas awal! Yang terkini Nicklas Bendtner a.k.a Big B telah mula bersuara keinginannya untuk bermain dengan lebih kerap, mengakui ia akan mempertimbangkan pilihan lain [keluar Arsenal] jika ia tidak beroleh kesempatan tersebut.

    Adakah maksud saya, kita harus redhakan Bendtner pergi kalau itu yang dimahukan! Aku tak setuju tapi aku juga tidak kisah! aku yakin dengan bakat muda yang kita ada seperti JET dan Afobe! Baru-baru ini perangai ugut ini mula kedengaran dari keeper muda kita Wojciech Szczesny selepas tidak berpuashati yang juga disebabkan perkara yang sama - tidak memiliki kesempatan bermain dalam pasukan utama, tapi akhirnya mengambil langkah bijak menandatangani kontrak jangka panjang baru-baru ini.

    Itulah tekanan yang perlu dihadapi pemain yang berada di bawah bumbung Arsenal yang merupakan sebuah pasukan besar di Eropah yang juga dilimpahi bakat-bakat hebat dari serata dunia, seseorang pemain itu perlu mentaliti yang cukup tegar dan kuat untuk terus bertahan.

    Striker berbangsa Denmark ini telah membuat tujuh pernampilan dengan lima daripadanya keluar sebagai pemain simpanan semenjak kembali pulih dari kecederaan jangka panjang pangkal paha. Dia juga berjaya mencetak gol sebagai pemain pengganti ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Manchester City.

    Bendtner spontan berkata di sporten.dk:

    "I am incredibly disappointed at the lack of playing time. I feel I have done everything right during the rehabilitation phase and is in my life shape.

    "I feel better than before the injury, where I was after all in the starting formation every time and was close to fulfilling my potential.
    "Now I just the last things to be completely on top again, and I will only play fighting - so that is what I need now.

    "So it is no longer. When I'm at 100 percent, I can not accept to sit on the bench."

    Untuk rekod, Bendter telah mengumpul 38 gol dalam 67 penampilan pasukan utama dan 64 sebagai pemain gantian dalam kerjaya bersama Arsenal sejak di bawa masuk pada bulan Ogos 2004 dari FC Copenhagen.

    Namun musim ini, striker yang mempunyai susuk 6 kaki 3 inci ini hanya berjaya diturunkan di dua penampilan dalam pasukan utama ketika melawan Newcastle di Piala Carling dan Shakhtar Donetsk di Liga Juara-Juara Eropah.

    Bendtner terus menambah:

    "I am soon 23 years, and at this point in my career it is important for my continued development and future career playing solid, battle after battle.

    "I've been patient for long, but it is no more. I've shown that I am ready again - both in training and in matches I've played. I have only done so badly against Shakhtar Donetsk in the Champions League and it was for the whole team.

    "I knew that it would take some matches to get into the rhythm, and it may of course I accept, but now I'm wasting my time on the bench."

    Hanya 14 bulan yang lalu Bendtner telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan Arsenal. Tapi dengan Wenger masih degil lagi mengekalkan formasi menggunakan striker tunggal dan Chamakh sering menjadi pilihan utama , ditambah Robin van Persie sudah mula kembali cergas, saya lihat peluang Bendtner kelihatan samar, situasi itu membuatkan Bendtner mula kian sabar.

    Terdesak untuk menyakinkan Wenger, beliau dipetik berkata lagi:

    "I'll just say that I am 100 percent good enough to start in the Arsenal 11. I have the qualities to play from the beginning and have sat on the bench enough in my career.

    "If my boss think something different, then it's fair enough, and it is he who take the team, but then I therefore disagree with him.

    "It's probably what I am saying that if the situation does not change - if I continue to sit on the bench at Arsenal, then I must leave.

    "It goes without saying. But my priority is very clear - as it always has been - to play for Arsenal. I have had much patience and will not sit on the bench more."


    Aku sebenarnya lebih tertarik dengan sikap telus yang ada pada Eboue, beliau meletakkan dirinya di suatu dimensi yang lain yang sangat berbeza dengan pemain-pemain lain, beliau lebih mementingkan pasukan berbanding diri sendiri. Sikap begini aku lihat sukar benar untuk ditemui dalam diri pemain-pemain dewasa ini. - Salute Eboue!

    Berikut patah-patah kata penuh bermakna dari Eboue, yang patut dicontohi pemain lain di dalam pasukan Arsenal.

    "I never think about myself - for me, it is always about the team,"

    "Even if I am not brought on, I am just privileged to be among the 18 players.

    "When I play, I try to do my best, but I also love to see my friends score goals and play well, it makes me happy and proud.

    "I have a responsibility to the squad whatever the situation.

    "When Theo [Walcott] scored his hat-trick against Blackpool, I ran straight up to him. My heart is clean and I don't think negative things about people.

    "God tells us to respect everyone so that is how I behave towards players, managers, staff, everybody I meet.

    "People say I am crazy because I am always laughing and trying to make everyone happy, but it is how I am - it is not only at Arsenal, it is for the Ivory Coast also and at home with my wife and kids too."

    Eboue yang dilaporkan di awal musim bakal berpindah keluar dari Arsenal. Walau bagaimanapun, berita itu sebenarnya tidak pernah mengembirakannya, apabila dipetik mengulas:

    "I am still so happy to be playing here, with these guys and for this manager.

    "It was my dream before and to make seven years will be incredible.

    "I am one of the senior players now - I feel comfortable within the squad and always do what I can to help the young boys."

    Karektor unik yang lahir dari Eboue juga dikagumi Wenger, beliau dipetik berkata:

    "Emmanuel has a good club mentality and he has a sense of collective belonging,"

    "He wants to be part of the club and is a great player.

    "Usually I will rotate him and Sagna, and Sagna has had more games because Eboue can play in midfield.

    "But you need two right-backs and we have two quality right-backs.

    "No matter who plays - Sagna or Eboue - we always feel we have a strong right-back."

    Friday, November 12, 2010

    Preview Match | Wat Ever...


    Preview Match | Everton vs Arsenal, English Premier League

    Goodison Park, Liverpool
    Ahad, 14 November 2010
    Astro (Stadium Astro) - Channel: 812/832
    Online: 2155-0000hrs (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Howard Webb
    * Pertemuan terakhir: Everton 1 - 6 Arsenal
    * Pertemuan kedua pasukan: 94 kemenangan berpihak Arsenal, kemenangan berpihak Everton 58, 41 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-M-K-K-M
    * Prestasi terkini Everton: M-S-M-S-S
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up

    Fabiański
    Sagna - Djourou - Squillaci - Clichy
    Song - Wilshere
    Nasri - Fabregas - Arshavin
    Chamakh

    Subs: Szczesny, Eboue, Denilson, Rosicky, Bendtner, Walcott, Van Persie
    Denda: Koscielny (pergantungan kedua dari dua, kad merah kedua musim ini)
    Kecederaan: Gibbs (lutut), Diaby (pergelangan kaki), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles), Ramsey (patah kaki)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Kieran Gibbs akan berdepan ujian kecergasan, tapi masih tidak melayak untuk Gibbs turun walaupun di bangku simpanan di Goodison Park.

  • Masih tiada perkhabran baru yang menyenangkan hati mengenai bertapa serius dan teruknya masalah Achilles yang ditimpa Thomas Vermaelen. Ada kemungkinan dia tidak akan muncul sehingga akhir tahun ini. - Jadi! apa tindakan Wenger musim perpindahan bulan Januari ini? Nak beli ke tanak, kalo beli, sok lusa kalo Vermaelen pulih, dah berlebih plak! huhu

  • Abou Diaby masih dalam sesi menjalani ujian kecergasan berperingkat dan ada tanda positif.

  • Sedar atau tidak, Semenjak Lukasz Fabianski men'ganas' diri kebelakangan ini, kita seperti kurang ambil peduli tentang samada teruk ke! tidak ke! mengenai kecederaan siku Manuel Almunia.

  • Aaron Ramsey masih dalam sesi memulihkan kecergasan dan mempersiapkan diri dalam sebulan dua ini ke tahap asalnya sebelum muncul dalam pasukan utama.

  • Nicklas Bendtner dan Robin van Persie akan kekal berada di bangku simpanan, walaupun masih tidak cukup fit 100%.

  • Arsenal dalam musim ini, sehingga kini telah dua kali gagal untuk meneruskan konsisten mengecap tiga kemenangan berturut-turut.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Everton

  • Setelah dihantar keluar ketika menentang Bolton pada Rabu lepas, Marouane Fellaini akan mula menjalani pergantungan tiga perlawanan. Khabar baik bagi kem Arsenal apabila everton kehilangan tonggak utama di bahagian tengah.Elok juga! mengelakkan kekeliruan apabila di atas padang akan ada dua orang pemain yang bernama Marouane. Apa pun! Rambutnya lebih tak blih blah daripada Chamakh!

  • Victor Anichebe dilaporkan hampir kembali dalam pasukan selepas mengalami cedera lutut, tapi Leon Osman (pergelangan kaki) dan Ross Barkley (kaki) masih dalam cuti jangka panjang.

  • Everton masih tidak terkalah dalam tujuh perlawanan terkini bermula seri 0-0 dengan Fulham pada 25 Sept 2010.

  • Everton agak kebal Goodison Park dalam kejohanan Liga Perdana, sejak awal musim lalu, hanya Arsenal, Liverpool, dan Newcastle telah memenangi di sana, manakala Birmingham City menang 2-1 di kejohan Piala FA (23 Jan 2010) dan tewas 0-2 kepada Benfica dalam kejohanan Liga UEFA.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal meratah Everton 6-1 di Goodison Park di hari pembukaan EPL musim lalu, dengan sepasang gol dari Cesc Fabregas masing-masing satu dari Denilson, Thomas Vermaelen, William Gallas, dan Eduardo sementara Louis Saha memberikan gol saguhati di minit ke-90.

  • Perlawanan timbal balik di Emirates, Arsenal dipaksa seri 2-2 dengan Everton pada bulan Januari, terima kasih buat Tomas Rosicky yang menjaringkan gol penyamaan di minit akhir perlawanan.

  • The Toffees belum pernah menang dalam enam cubaan terakhir melawan Arsenal (dengan dua kali seri.) Kemenangan terakhir mereka ke atas Arsenal adalah pada 18 Mac 2007 di Goodison Park, pada 18 Mac 2007. Andrew Johnson muncul wira memberikan gol kemenangan pada masa-masa kecederaan.



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Howard Webb adalah pengadil yang bertanggungjawab di Final Piala Dunia 2010 di antara Belanda dan Sepanyol, perlawanan menurut aku dipenuhi pemberian 'angpaw' kad kuning terbanyak. huhuhuhu!

  • webb belum bekerja dalam perlawanan melibatkan Arsenal musim ini. Kali terakhir, Webb kendalikan perlawanan Arsenal ketika bermain seri 1-1 di Birmingham. Dia juga bekerja ketika kemenangan Arsenal atas Liverpool.

  • Ini adalah perlawanan ketiga Webb melibatkan Everton musim ini. Ia dahului 0-0 di Fulham dan tewas 2-0 dengan mush tertangga mereka Liverpool.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Aston Villa vs Manchester United; Villa Park, Birmingham

  • Sabtu: Manchester City vs Birmingham City; City of Manchester Stadium, Manchester

  • Sabtu: Newcastle United vs Fulham; St. James' Park, Newcastle upon Tyne

  • Sabtu: Tottenham Hotspur vs Blackburn Rovers; White Hart Lane, London

  • Sabtu: West Ham United vs Blackpool; Boleyn Ground, London

  • Sabtu: Wigan Athletic vs West Bromwich Albion; DW Stadium, Wigan

  • Sabtu: Wolverhampton Wanderers vs Bolton Wanderers; Molineux, Wolverhampton

  • Sabtu: Stoke City vs Liverpool; Britannia Stadium, Stoke-on-Trent

  • Ahad: Chelsea vs Sunderland; Stamford Bridge, London

  • Sign Contract News | Szczesny Setujui Lanjut Kontrak Jangka Panjang Bersama Arsenal


    Keeper Wojciech Szczesny telah menandatangani kontrak jangka panjang baru dengan Arsenal, maka dengan rasminya beliau akan tersimpan kemas bersama Arsenal sehingga 2015.

    Keeper berusia 20 tahun mula bersama The Gunners sejak Ogos 2007, dan menghabiskan musim lalu dipinjamkan ke Brentford di League One dengan menampilkan prestasi memukau apabila mencatatkan rekod tidak bolos dalam sepuluh perlawanan dari keseluruhan 28 permainan.

    Szczesny yang sebelum ini nampak seperti cuba mengertak Arsenal dan Wenger dengan menyuarakan hasrat untuk angkat kaki dari Emirates bagi mendapat peluang bermain secara lebih kerap dalam pasukan utama, tetapi sekarang pemain yang memiliki ketinggian 6 kaki 5 inci telah membuang jauh hasratnya itu dan segera untuk memberikan komitmen masa depannya kepada The Gunners. Walaupun beliau sedar kedudukannya di Arsenal masih belum menyakinkan untuk bermain lebih kerap dalam pasukan utama memandangkan ketika ini beliau merupakan keeper pilihan ketiga di belakang Manuel Almunia dan Lukasz Fabianski. Tapi dengan situasi yang tidak menentu dengan Almunia, sementara Fabianski semakin mantap di posisi gawang gol. Saya menjangkakan musim ini bakal menjadi musim terakhir buat Almunia dan Szczesny akan di naik taraf sebagai keeper kedua Arsenal disamping diberikan peluang beraksi lebih banyak di Piala Carling dan Piala FA.

    Szczesny yang menampilkan aksi bertenaga di Piala Carling baru-baru ini ketika menang 4-0 dengan Newcastle dan Bos Arsene Wenger percaya bahawa keeper berusia 20 tahun ini adalah prospek masa depan Arsenal.

    Dipetik mengulas di laman rasmi kelab, www.arsenal.com. berkata:

    "We are delighted to secure the long-term future of Wojciech, who we regard as a very important part of our club's future,"

    "We have all seen his huge potential, both in training and in the matches that he has played for us, so we look forward to seeing him develop further in the coming years."

    Szczesny mempertahankan itu adalah "mudah" Keputusan untuk mendaftar lagi dengan The Gunners.

    Sementara Szczesny mempertahankan keputusan yang dibuatnya sangat "mudah" untuk terus kekal bersama The Gunners. berkata:

    "It's a great feeling to sign a new contract with Arsenal and I'm so pleased,"

    "The negotiations happened very quickly and it was easy.

    "I am now looking forward to continuing the hard work on the training pitch and doing my best whenever I have the opportunity to play in the Arsenal first-team."

    Match Report | Sepasang Gol dari Chamakh, Aksi World Class Fabianski, Selamatkan 3 Mata Arsenal

    Wolverhampton Wanderers 0 : 2 Arsenal
    - : Marouane Chamakh ('37sec & '90)
    Vanue: Molineux, Wolverhampton
    Referee: Mark Halsey



    Match Report | Wolverhampton Wanderers vs Arsenal, English Premier League

    Arsenal tidak mudah putus harapan apabila bangkit semula selepas mengalami kekalahan dalam dua perlawanan sebelumnya kepada shaktar Donestsk dan Newcastle United yang menjadikan skuad bimbingan Arsene wenger itu mula dikritik kemampuannya bagi mengejar kejuaran Liga Perdana musim ini. Sepasang gol datangnya dari striker Maghribi Marouane Chamakh pada di awal-awal permaianan dan di hujung permainan memberikan tiga mata berharga buat Arsenal.

    Permainan ini sebenarnya tidak semudah yang dijangkakan kalau dilihatkan kepada catatan gol yang tertera di Papan mata. The Gunners kerap dipaksa berkerja keras sepanjang 90 minit dari Wolves apabila mereka memberikan aksi melawan yang bertenaga.

    Arsenal seperti biasa, cuba menekan tempo permainan lancar dengan lebih awal melalui hantaran pendek, berbekal dengan gaya permainan tersebut, Gol pertama berjaya di jelmakan hanya 37 saat selepas wisel permulaan dibunyikan Mark Halsey. Dari tindakan sebelah sayap kanan, Song menyilang bola lambung sempurna tepat ke dalam kotak penalti Wolves, dan Chamakh yang berada pada situasi dan masa yang tepat langsung menggunakan kemahiran tandukannya untuk memberikan Arsenal gol awal yang juga mencatatkan rekod sebagai antara gol terawal di Liga Perdana. Kedudukan terus kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama.

    Dia awal 20 minit pertama berlalu dengan Wolves hanya banyak mengejar bola dengan Arsenal mengawal sepenuhnya penguasaan bola. Namun, selepas itu, pasukan tuan rumah mula mendapat rentak dengan permainan berbeza dengan beberapa permainan keras di tengah padang terutamanya dari Karl Henry, dan wolves juga memperolehi beberapa peluang baik untuk mendapatkan gol penyamaan tapi tidak berjaya disempurnakan termasuk digagalkan pertahanan Arsenal dan aksi hebat Fabianski.

    Masuk di awal babak kedua, rentak permainan masih mirip dengan permainan akhir babak pertama, dengan wolves hampir mendominasi peluang, sementara Arsenal terus kekal dengan permainan hantaran-hantaran pendek seperti mahu bergantung harap kepada gol yang satu untuk memberikan bekalan tiga mata di bawa pulang ke Emirates.

    Namun Fabregas nyata beruntung apabila nyaris-nyaris tidak dikenakan tindakan buang padang apabila melakukan terjahan lambat ke atas Ward di 5 minit terakhir permainan. Terjahan yang sepatutnya menghadiahkan kad merah tapi Fabregas hanya dikenakan kad kuning. - Terima kasih Mark Halsey!

    Sehingga ke akhir-akhir minit permainan, Wolves terus mengancam kubu Arsenal. Dan Clichy dilihat bermain dengan baik untuk menghalang cubaan Ebanks-Blank, dan tindakan kemas berkelas dunia Fabianski apabila menyelamat cubaan dari Doyle yang mampu menghadirkan gol buat Wolves.

    Setelah itu, hasil dari satu gerakan berpunca dari Fabregas yang mengumpan kemas ke Chamakh yang tenang menyumbat bola melewati Hahnemann. Arsenal menutup permainan 2-0 dan meletakkan Arsenal menambah ke 23 mata keseluruhan untuk berkedudukan di tangga ke tiga ketinggalan satu mata di belakang Manchester United yang seri tanpa jaring dengan Manchester City - Boring! Boring!. Ketinggalan lima mata kepada pendahulu liga Chelsea.


    Wednesday, November 10, 2010

    Preview Match | Wolverhampton Wanderers vs Arsenal


    Preview Match | Wolverhampton Wanderers vs Arsenal, English Premier League

    Kemenangan pagi ini [waktu malaysia] akan menentukan betapa seriuskah kita untuk terus mengharapkan menamatkan kemarau 5 tahun kita tanpa tropi, Jadi mahu tidak mahu! Kemenangan perlu dikotakan tanpa memperdulikan apa yang berlaku pada pesaing kita. Fokus! Cesc Fabregas juga bersuara, kegagalan untuk menang dengan Wolves kita boleh lupakan gelaran Liga Perdana musim ini.

    Molineux, Wolverhampton
    Rabu, 10 November 2010
    Astro (Tiada Siaran Lansgung mahupun Delay)

    * Pengadil Perlawanan: Mark Halsey
    * Pertemuan terakhir: Wolves 0 - 1 Arsenal
    * Pertemuan kedua pasukan: 54 kemenangan berpihak Arsenal, 29 kemenangan berpihak Wolves, 25 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-K-K
    * Prestasi terkini Wolves: S-K-K-M-K
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up

    Fabiański
    Sagna - Djourou - Squillaci - Clichy
    Song - Wilshere
    Walcott - Fabregas - Nasri
    Chamakh

    Subs: Szczesny, Eboue, Denilson, Rosicky, Arshavin, Bendtner, Van Persie
    Denda: Koscielny (pergantungan pertama dari dua, kad merah kedua musim ini)
    Kecederaan: Gibbs (lutut), Diaby (pergelangan kaki), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles), Ramsey (patah kaki)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Tidak ada perubahan dan penambahan dalam senarai kecederaan selepas perlawanan dengan Newcastle; semua pemain cukup cergas untuk diturunkan termasuklah Samir Nasri yang sudah pulih daripada masalah betisnya dan Cesc Fabregas yang terus mempunyai masalah hamstring berulang.

  • Khabar buruknya minggu ini adalah situasi kecederaan Thomas Vermaelen yang terus terusan kembali ditimpa kecederaan yang sama dan perhatian rapi masih dilakukan kepada pergelangan kaki Abou Diaby.

  • Laurent Koscielny digantung dua perlawanan.

  • Ini adalah kali pertama Arsenal dikalahkan untuk dua perlawanan berturut-turut musim ini.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Wolves

  • Ronald Zubar dan Joey Craddock tidak akan berada dalam pasukan sekurang-kurang sehingga akhir minggu ini, masing-masing akibat kecederaan pergelangan kaki dan paha. Sayang seribu kali sayang, kerana kedua-dua mereka adalah penyumbang kepada gol untuk Arsenal di pertemuan musim lalu.

  • Michael Kightly pula mengalami kecederaan serius yang memerlukan jangka panjang untuk kembali dengan masalah tendon di lututnya. Dijangkakan bakal kembali pada pembukaan transfer Januari ini.

  • Adlene Guedioura pula dalam proses pemulihan sehingga Februari akibat patah kaki.

  • Wolves ketika ini duduk di zon penyingkiran dan hanya menang dua kali musim ini, namun telah menengelamkan kelab milik jutawan mega kaya Manchester City minggu yang lalu.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal telah memenangi sepuluh pertemuan terakhir mereka dengan Wolves di semua pertandingan.

  • Kemenangan terakhir Wolves ke atas The Gunners datang pada lima belas tahun yang lampau, 3-2 di Highbury pada tarikh 29 September 1979.

  • Wolves melihat Arsenal memimpin kedudukan 2-0 di pertemuan musim lalu, berkat gol ihsan sendiri dari Zubar dan Craddock. Cesc Fabregas menambah gol ketiga sebelum rehat babak pertama; Andrei Arshavin kemudian menambah, gol keempat dan kemudian Craddock berjaya mencuri gol saguhati pada minit ke-89.

  • Di Emirates, pada bulan April, Arsenal memerlukan sehingga minit ke-94 sebelum Nicklas Bendtner meletakkan Arsenal menang 1-0 selepas menerima hantaran silang dari Bacary Sagna.



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Pengadil Mark Halsey.

  • Musim lalu, Halsey mengendalikan perlawanan pembuka tirai untuk Arsenal ketika berpesta gol membenamkan Everton di Goodison Park dengan 6-1.

  • Halsey berehat panjang kerana menjalani operasi untuk membuang tumor kanser dari kerongkongnya. Ia baru saj kembali bertugas bulan Mac ini.

  • Sementara buat Wolves, Terakhir kali Halsey mengendalikan perlawanan Wolves ketika mereka tewas 2-0 dengan Birmingham City di League Championship pada 6 April 2009. Dimana Carsley dari Birmingham dikenakan kad merah pada minit ke-37.

  • Sekitar keputusan perlawanan dan perlawan hari ini di EPL

  • Selasa: Stoke City 3 vs 1 Birmingham City, Stadium Britannia, Stoke-on-Trent

  • Selasa: Tottenham Hotspur 1 vs 1 Sunderland; White Hart Lane, London

  • Rabu: Aston Villa vs Blackpool, Villa Park, Birmingham

  • Rabu: Chelsea vs Fulham, Stamford Bridge, London

  • Rabu: Newcastle United vs Blackburn Rovers, St James 'Park, Newcastle upon Tyne

  • Rabu: West Ham United vs West Bromwich Albion; Boleyn Ground, London

  • Rabu: Liverpool vs Wigan Athletic; DW Stadium, Wigan

  • Rabu: Everton vs Bolton Wanderers, Goodison Park, Liverpool

  • Rabu: Manchester City Manchester United v.; City of Manchester Stadium, Manchester
  • Video | RvP Performance Against Newcastle

    Berikut sisipan video aksi dari Robin Van Persie yang kembali membakar padang ketika perlawanan dengan Newcastle tempohari, selepas lama beristirehat akibat kecederaan jangka panjang. Masih tersimpan kemas skil-skil di kakinya, rindu bangat! seronok melihat Persie sudah kembali bermain, tapi kali ini biarlah bertahan lama cergasnya! cukup-cukup dengan masalah kecederaan!

    Ada reseki malam ini, kita akan dapat saksikan kelibat Persie!

    Arsenal Player News | Vermaelen Misteri, The Real Fabregas Bangkit - Wenger

    Berita yang kurang enak buat semua PenCinta Arsenal. Bek tengah kental tidak sudah-sudah ditimpa musibah apabila terus misteri dihantui masalah Achilles selepas melakukan beberapa sesi pemanas badan dalam latihan yang tidak seberapa. Tiada tempoh masa yang dapat diberikan oleh Wenger untuk waktu Thomas Vermaelen pulih sepenuhnya dari kecederaan misteri itu. Ini pasti akan mencalarkan lagi perancangan Wenger untuk mengharungi detik bulan November dan perlawanan berikutnya dengan Laurent Koscielny sudah pasti akan terlepas dua perlawanan berikutnya selepas dikenakan kad merah ketika perlawanan dengan Newcastle United yang juga merupakan kad merah keduanya musim ini.

    Jadi tinggal Squillaci dan Djourou yang cergas untuk diguna pakai bagi mengisi kekosongan di posisi bek tengah Arsenal yang dilihat kelihatan rompong sejak beberapa musim lepas ditambah pula dengan kecederaan Vermaelen yang misteri ini, Bagi saya ini adalah peluang Djourou bagi mengandakan usaha apabila memiliki peluang terhidang sebegini, dan saya menaruh harapan pada Djourou untuk memberikan aksi terbaiknya tetapi juga risau dengan beliau yang mudah mengalami kecederaan. Djourou ini merupakan pemain muda yang berpotensi dengan susuk tubuhnya yang sangat sesuai sebagai bek tengah tetapi sering dibayangi oleh Vermaelen, Gallas, Campbell sebelum ini, dengan kemasukan Squillaci dan Koscielny, Djourou semakin sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama juga faktor kecederaan berpanjangan yang sering menimpa dirinya amat sukar untuk beliau konsisten dalam pasukan utama. Di harap dengan peluang yang terbuka ini, Djourou mampu kita harapkan.

    Wenger mengulas mengenai kecederaan Vermaelen berkata:

    “We don’t have good news about Thomas Vermaelen,”.

    “He had a little setback this week in training and has to see specialists again. I don’t know where we go with Thomas time-wise, but at the moment he cannot play. I can’t give you any timescale at all. On the scan his Achilles is completely clear, but as soon as he stays out for a while it tightens up and he has pain. We don’t know the source of his pain.”

    Berkenaan persembahan kapitan Cesc Fabregas pada perlawanan menentang Newcastle tempohari boleh dikatakan ia merupakan persembahan terburuk yang pernah dipamerkan. Tapi bagi saya beliau mungkin masih dalam proses pemulihan selepas dikatakan mengalami kecederaan dan diberikan cuti rehat ketika perlawanan dengan Shaktar Donestsk. Setiap gerakan dan passingnya pada perlawanan dengan Newcastle agak lembap dan berkulat, Dan faktor kekalahan dengan Newcastle itu juga sikit sebanyak dikatakan berpunca dari persembahan yang kurang lancar dari kapitan kita ini. Walau apa pun bola sepak adalah permainan secara berpasukan dan kita tidak perlu menyalahkan Cesc 100% walaupun kita juga harus menerima hakikat bahawa jika Cesc berfungsi baik pada malam itu, secara tidak langsung rakan-rakan lain akan beraksi di tahap yang sama.

    Setuju atau tidak! Tidak ada pemain di muka bumi ini dapat mengekalkan kesempurnaan permainan sepanjang musim begitu jugalah dengan Cesc, jadi Wenger harus bersedia dengan back-up bagaimana untuk menampung keadaan ini sekiranya Cesc tidak berada dalam prestasi terbaiknya! Siapa yang pula harus dimanipulasikan untuk menyahut tugas Cesc bagi mengerakkan serangan The Gunners. Musim yang masih panjang, sudah pastinya kita tidak dapat menolak kemungkinan kita akan kehilangan khidmat Cesc akibat kecederaan dan sebagainya.

    Statistik passing Cesc Fabregas ketika perlawanan dengan Newcastle United

    Bagaimanapun, Wenger terus bersuara dan menjanjikan pada PenCinta Arsenal, bahawa mereka akan menyaksikan 'The Real Fabregas' pada perlawanan berikutnya dengan Wolves nanti!

    “He is completely clear [of his injury],”

    “It has taken a lot out of him mentally and I believe that the fact he came through well against Newcastle you will see a different player on Wednesday night.”

    Itu janji Wenger, di atas padang bagaimana?

    Tuesday, November 9, 2010

    Transfer Rumours | Lagi Darah Muda Perancis


    "New Anderson" Alexandre Lacazette striker dari Lyon yang muda bergetah berusia 19 tahun sedang hangat dikaitkan dengan Arsenal. Namun anak muda ini juga tidak lepas dari pemerhatian jiran tetangga termasuklah Tottenham Hotspur dan Liverpool yang juga bersedia untuk memikatnya.

    Mengimbas prestasi Lacazette ini, pemain muda berbakat ini mula melakukan impak besar di French Ligue 1 apabila menjaringkan satu gol dari tiga penampilan selepas bangkit dari bangku simpanan. Beliau sering disamakan dengan bekas pemain Monaco, Barcelona dan Lyon Sonny Anderson. Beliau yang mula menarik perhatian Bos Arsenal sejak beliau menampilkan aksinya di kejohanan pra-musim Piala Emirates.

    Mana Wenger hendak! Itu juga lah dia hendak, siapa lagi kalau bukan Bos Spurs Harry Redknapp yang juga dikaitkan dengan Lacazette menurut laporan dari sebuah sumber berita Perancis, sementara Pengarah baru Bola Sepak merangkap Perangka Strategi Liverpool yang juga bekas Pengarah Bola Sepak Tottenham Hotspur Damien Commoli yang banyak bertanggungjawab melahirkan bintang buat Spurs antaranya Gareth Bale, Alan Hutton, Kevin-Prince Boateng, Giovanni dos Santos, Adel Taarabt dan Younes Kaboul. Selain itu, Commoli ini juga menjadi kunci yang membawa Dimitar Berbatov dan Luka Modric ke White Hart Lane. Jadi kini, Commoli ini melakukannya perkara yang sama pada majikan barunya di Anfield.

    Boleh dikatakan saya tidak cukup arif dengan "New Anderson" ini, tapi setiap yang menarik perhatian mata Wenger mustinya pemain itu seseorang yang memiliki bakat yang baik kalau tepat dengan dengan susunan dan rentak asuhannya. Namun sudah pastinya beliau tidak akan datang dengan harga yang murah, Lyon pasti akan cuba memeras kelab-kelab yang ingin memikat bintang mudanya ini dengan harga yang tinggi.

    Sanggupkah, Wenger mengeluarkan bajet besar semata-mata untuk bersaing dengan Tottenham Hotspur dan Liverpool bagi membawa Lacazette ke Emirates? Hanya Wenger yang tahu! Lihatlah bagaimana Wenger melaburkan £8.5 M dari Lorient untuk membawa Laurent Koscielny.

    Intai sikit!

    Video | The Cesc Free Kick Against Newcastle

    Saksikan video ihsan sepakan percuma dari Cesc yang mengegarkan tiang gol ketika perlawanan dengan Newcastle. Enjoy!

    Monday, November 8, 2010

    Match Report | Carroll Tunjukkan The Gunners Tak Kebal di Emirates

    Arsenal 0 : 1 Newcastle United
    - : Andy Carroll ('45)
    Vanue: Emirates Stadium, London
    Referee: Mike Dean



    Match Report | Arsenal vs Newcastle United, English Premier League

    Apa yang boleh aku katakan, aku dalam perjalanan bercuti di kampung menggunakan peluang bercuti sempena Deepavali di kampung halaman, tempoh perjalanan balik ke KL bertambah panjang apabila terpaksa menempuh kesesakan lalulintas, tiba di rumah keputusan menunjukkan Arsenal tumbang lagi di gelanggang yang dah tak sekeramat Highbury! Kita tidak digeruni apabila hadir selaku tuan rumah di gelanggan sendiri. - Aku tak dapat tengok game malam ini! Jadi tak dapat ulas panjang!

    Tandukan Andy Carroll sudah cukup mencalit arang, memalukankan kita di Emirates.

    Newcastle United hadir mengunci langkah Arsenal bagi meneruskan cabaran bermakna untuk gelaran Liga Premier selepas tandukan Andy Carroll memberikan pasukan pelawat kemenangan 1-0 di Stadium Emirates.

    Hasil satu tendangan bebas yang menghala ke dalam kotak penalti Arsenal dari Joey Barton disambut oleh Carroll, yang melonjak menyaingi Lukasz Fabiański untuk meletakkan bola ke dalam jaring Arsenal, kali ini Fabianski gagal menangkap kemas, juga gagal menampung asakan susuk tubuh kental yang ada pada Carroll.

    The Gunners walau bagaimanapun mampu mengubahkan kedudukan sebenar jika tidak mensia-siakan tiga peluang yang mampu menghadirkan gol daripada Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Theo Walcott. - Tak tahulah samada ia salah tiang gol, atau salah Krul yang tiba-tiba menjadi-jadi malam itu, atau time Krul untuk berperform salah timing! Entahlah! yang pastinya Arsenal, Wenger dan anak buahnya tidak menjadi malam itu.


    Untuk menambah luka sengsara di kem Arsenal, Laurent Koscielny telah ditunjuk jalan keluar dalam minit-minit akhir perlawanan apabila dikenakan kad merah, satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku, sama seperti Jack Wilshere yang melakukan kekasaran diminit-minit akhir perlawanan.

    Di babak kedua, The Gunners membuat beberapa perubahan termasuk memasukkan Andrey Arshavin dan Robin Van Persie. Tapi ruang Arsenal sudah mula ditutup rapat dengan beberapa kesempatan anak buah Wenger kerap dipotong kemas oleh kombinasi hebat kubu Newcastle dikepalai Tim Krul disamping dipasang dua tembok Fabricio Coloccini (seiras rambut Puyol) dan Michael Williamson, memasing dilengkapi 1.83m dan 1.91m.

    Kegagalan Arsenal membuat kita jatuh dari kedudukan kedua carta liga dan tidak semedang Newcastle hadir mula kuat untuk musim EPL ini apabila memanjat carta liga untuk mengelakkan penyingkiran musim ini.

    Related Posts with Thumbnails