Friday, December 3, 2010

Preview Match | Menanti 3 Mata dari Emirates...


Preview Match | Arsenal vs Fulham, English Premier League

Emirates Stadium, London
Sabtu, 4 Disember 2010
Astro (Stadium Astro) - Channel: 813
Online: 2255-0100 hrs (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Chris Foy
* Pertemuan terakhir: Arsenal 4-0 Fulham
* Pertemuan kedua pasukan: 33 menang Arsenal, Fulham menang 7, 7 Seri
* Prestasi terkini Arsenal: K-K-K-M-M
* Prestasi terkini Fulham: S-K-S-K-S
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Fabiański
Sagna - Djourou - Koscielny - Clichy
Song - Wilshere
Nasri - Rosicky - Arshavin
Chamakh

Subs: Szczesny, Eboue, Gibbs, Denilson, Walcott, Van Persie, Bendtner
Kecederaan: Squillaci (lutut), Fabregas (hamstring), Diaby (pergelangan kaki), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Samir Nasri diragui selepas dikhabarkan menerima sedikit kecederaan lutut di Piala Carling pada Selasa lepas dan mulanya dikhuatiri akan terlepas aksi di Emirates esok, tetapi melegakan kem Arsenal selepas disahkan cukup cergas untuk turun berdepan Fulham.

  • Sebastian Squillaci akan diistirehatkan selepas menerima kecederaan lutut ketika perlawanan menentang Aston Villa.

  • Cesc Fabregas, Abou Diaby dan Thomas Vermaelen kekal di wad perubatan Arsenal menjalani proses pemulihan dari kecederaan masing-masing.

  • Rekod buruk Arsenal musim ini ketika di Emirates agak merisaukan. Kita telah tumbang untuk tiga perlawanan sementara memenangi empat, dengan dua daripada kemenangan itu tidak berapa menyakinkan dengan kemenangan tipis ke atas Birmingham 2-1 dan West Ham 1-0. Situasi ini perlu kita perbetulkan mulai dari perlawanan malam ini.

  • Arsenal berpeluang sekali lagi menyorot ke puncak liga walaupun dengan sedetik masa, jika meraihkan kemenangan malam ini dan mengharapkan Chelsea terus dibelenggu nasib malang ketika bertemu Everton.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Fulham

  • Target utama Arsenal musim ini pada jendela perpindahan yang lepas, keeper berbangsa Australia Mark Schwarzer sudah pun menandatangani kontrak baru dengan Fulham baru-baru ini selepas melihatkan Wenger berkemungkinan besar tidak akan menawarkannya tawaran baru selepas aksi memberangsangkan dari Fabianski sejak akhir-akhir ini.

  • Fulham akan beraksi tanpa dua tonggak utamanya akibat kerana kecederaan: Bobby Zamora dan Moussa Dembele. Sementara Andy Johnson akan kembali pulih dari masalah hamstring.

  • Bekas bek Arsenal Philippe Senderos pula masih terus direhatkan sehingga bulan Februari dengan masalah betisnya.

  • Carlos Salcido yang dikeluarkan pada minit ke-24 pada perlawanan dengan Birmingham minggu lalu kerana kecederaan lutut pasti tidak akan dapat diturunkan.

  • Sementara tiada jangka masa ditetapkan buat Rafik Halliche (paha) dan Fredrik Stoor (pangkal paha) untuk kembali beraksi.

  • Fulham masih gagal merakam kemenangan pada bulan November ini apabila tewas dua dan seri tiga dalam 5 perlawanan yang dilaluinya.

  • Di dalam Liga Perdana musim ini, The Cottagers menang hanya dua daripada 15 perlawanan setakat ini dan berkedudukan di tangga ke-17 dengan jumlah 15 mata.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Pertemuan terakhir kedua pasukan di Emirates memihak kepada The Gunners dengan kemenangan 4-0, dan Arsenal juga memenangi 1-0 ketika di Craven Cottage musim lalu.

  • Sejak musim 2001/2002, Arsenal telah memenangi empat belas dan tewas dua kali dan dua kali seri dari 18 perlawanan di Highbury/Emirates dan Craven Cottage.

  • Kali terakhir Fulham mencatatkan menang ke atas Arsenal pada 23 Ogos 2008 dengan 1-0 hasil jaringan Hangeland.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Chris Foy.

  • Musim ini, beliau mengendalikan perlawanan Arsenal ketika menang 2-1 di Blackburn Rovers.

  • Kali terakhir beliau mengendalikan perlawanan Fulham ketika Cottagers kalah 2-0 di Hull City. Hasil gol Fagan dan penalti dari Bullard.

  • Beliau antara merupakan pengadil yang masih belum mengeluarkan kad merah pada musim ini, siapakah yang bertuah?

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Birmingham City vs Tottenham Hotspur; Birmingham St Andrew's,
  • Sabtu: Blackburn Rovers vs Wolverhampton Wanderers; Ewood Park, Blackburn
  • Sabtu: Chelsea vs Everton, Stamford Bridge, London
  • Sabtu: Manchester City vs Bolton Wanderers; City of Manchester City, Manchester
  • Sabtu: Stoke City vs Wigan Athletic; Stadium DW, Wigan
  • Sabtu: Blackpool vs Manchester United, Bloomfield Road, Blackpool
  • Ahad: West Bromwich Albion vs Newcastle United; The Hawthorns, West Bromwich
  • Ahad: Sunderland vs West Ham United; Stadium of Light, Sunderland
  • Isnin: Aston Villa vs Liverpool, Anfield, Liverpool
  • 0 comments:

    Related Posts with Thumbnails