Sunday, January 23, 2011

Match Report | Arsenal 3 - 0 Wigan: Super Hatrik Robin van Persie

Arsenal 3 : 0 Wigan Athletic
Robin Van Persie ('21), ('58), (pen miss '71) & ('85) : -
Vanue: Emirates Stadium, London
Referee: Kevin Friend (Leicestershire)



Match Report | Arsenal 3 - 0 Wigan; English Premier League

Mabeles! aksi anak bimbingan Wenger terus garang apabila sudah menjaringkan 3 gol dalam setiap tiga perlawanan terakhir ini. Untuk perlawanan semalam, ternyata ia menjadi malam 'terhebat' milik Robin van Persie setelah berjaya menghentam hatrik masing-masing pada minit ke-21, 48 dan 85 bagi menghadiahkan Arsenal sebuah kemenangan untuk terus gigih menghambat teraju liga, Manchester United yang menang pula 5-0 menentang Birmingham.

Gundah-gulana: Raut wajah Ali Al Habsi ketika meninggalkan padang untuk selesaikan babak pertama, Arsenal mendahului 1-0

Robin van Persie dilihat sedang berada dalam tempoh 'puncak prestasi terbaik'nya setelah pulih dari masalah kecederaan awal musim untuk meng'koleksi'kan tujuh gol dalam lima perlawanan - dan kalau diikutkan malam semalam akan lebih gemilang lagi buatnya jika tidak kerana kegopohannya untuk menyelesaikan penaltinya pada minit ke-70 bagi melengkapkan hatriknya lebih awal. Akibatnya beliau gagal mengawal sepakannya yang melambung tinggi. Ia berpunca dari kekasaran dari belakang yang dilakukan Gary Caldwell terhadap Cesc Fabregas, menyebabkan Caldwell menerima kad merah untuk tindakannya itu meninggalkan Wigan bermain dengan 10 orang selepas itu.

Tergeliat bahu: Djourou dilihat kurang selesa dengan bahunya selepas dilihat berlaga dengan pemain Wigan ketika cuba mengeluarkan bola dari kotak penalti Arsenal. Please jangan injed!

Walau apa pun, sekalung tahniah buat keeper Wigan, Ali Al Habsi yang menampilkan aksi cemerlang untuk menyelamatkan beberapa cubaan terutamanya dari Samir Nasri dan Cesc Fabregas! Kalau tidak kecemerlangan aksinya sudah pasti Wigan akan pulang dengan membawa gol bolos yang lebih banyak lagi. Tapi apahal nak puji keeper lawan lebih-lebih yer tak? Tidak lupa, tahniah juga buat keeper muda kita, Wojciech Szczesny yang mengekalkan 'clean-sheet' buat kali kedua, dengan boleh dikatakan hampir tidak ada langsung cabaran bermakna yang mampu mengugat gawang Arsenal dari jentera serangan Wigan yang dikepalai Hugo Rodallega. kalau ada pun sedikit ancaman 'geli-geli' dari Franco Di Santo pada minit ke-65 dan 72.

Ikon England: Beckham dan anaknya dilihat 'bertepuk tangan' di Emirates, meraikan gol kedua yang dijaringkan RvP

Perlawanan selepas ini pastinya akan lebih getir dan mencabar, bukan sahaja untuk mengekalkan rutin kutipan mata penuh tapi juga harus mengekalkan kecerdasan pemain terutamanya di benteng pertahanan tengah dimana kita cuma bergantung harap kepada dua pemain yang cergas ketika ini, Koscielny dan Djourou. Fokus utama semestinya untuk menewaskan Ipwich pada 25 Jan ini bagi melangkah ke perlawanan di Wembley seterusnya berusaha menamatkan kemarau 'kabinet Emirates' tanpa piala sejak 5 tahun kebelakangan ini.

Hero Arsenal: Kekal cergas, elakkan kecederaan! Arsenal akan lebih tajam di depan gol dengan RvP terus kekal fit!

Berikut perlawanan-perlawanan yang bakal dilalui Arsenal dalam tempoh 12 hari berikutnya:-

Piala Carling, Separuh akhir (2nd leg) | Arsenal vs Ipswich (25 Jan 2011 )
Piala FA | Arsenal vs Huddersfield (30 Jan 2011)
Liga Perdana | Arsenal vs Everton (01 Feb 2011)
Liga Perdana | Newcastle vs Arsenal (05 Feb 2011)

Terima kasih buat striker bernilai £24 juta yang baru dilamar Villa, Darrent Bent kerana gol tunggalnya berjaya menghadiahkan 'kekalahan' buat pasukan 'gila berbelanja' Manchester City sekaligus menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa kalah. Kekalahan terbaru City ini juga melonjakkan Arsenal untuk menghuni tangga ke-2 dengan jumlah 46 mata keseluruhan meninggalkan City dengan kelebihan 1 mata disamping satu perlawanan di tangan. Sekarang cuma nak tunggu Manchester United saja, bilalah nak kalah pulak! huhuhu

3-0: Tamat masa, kemenangan mutlak buat Arsenal di Emirates, memadamkan 'memori tak best' ketika seri 2-2 di DW Stadium sebelum ini

Barisan pemain kedua pasukan:

Arsenal (4-2-3-1):
Wojciech Szczesny; Bacary Sagna, Laurent Koscielny, Johan Djourou, Gael Clichy; Alex Song, Jack Wilshere; Theo Walcott, Cesc Fabregas (Denilson '87), Samir Nasri (Andrei Arshavin '75); Robin Van Persie 9 (Marouane Chamakh '86).
Sub (tidak digunakan): James Shea, Emmanuel Eboue, Kieran Gibbs, Nicklas Bendtner,

Wigan Athletic (4-5-1):
Ali Al Habsi; Steve Gohouri, Gary Caldwell, Steven Caldwell, Maynor Figueroa; Charles N'Zogbia (Emmerson Boyce '78), Ben Watson, Hendry Thomas, Mohamed Diame (Franco Di Santo '46), Ronnie Stam (James McArthur '46); Hugo Rodallega.
Sub (tidak digunakan): Michael Pollitt, James McCarthy, Jordi Gomez, , Callum Mcmanaman.

Kehadiran penonton: 59,552

Selingan sedutan video gol-gol yang dijaringkan dalam perlawanan malam semalam, Enjoy!

1-0 - Robin van Persie ('21)



2-0 - Robin van Persie ('58)



2-0 - Robin van Persie (pen miss '71)



3-0 - Robin van Persie ('85)

2 comments:

Ahmad Tajuddin said...

terbaiklah...tapi sayang,Nasri x score malam tadi....

Dial-Square said...

dengan on-form nasri sezen ini, nampaknya mana2 pasukan akan memberikan fokus kepadanya...akan ada pemain yang diletakkan lebih rapat dgn nasri....tapi kita juga bertuah RVP juga mula on-form begitu Djourou, Cesc, Song,Walcott wilshere....Arshavin harus kembali form....utk mempelbagaikan corak serangan kita........

Related Posts with Thumbnails