Thursday, January 20, 2011

Match Report | Leeds United 1-3 Arsenal: Layak Ke Pusingan ke-4 Piala FA, Jumpa Huddersfield Town

Leeds United 1 : 3 Arsenal
Bradley Johnson ('37) : Samir Nasri ('5), Bacary Sagna ('35) & Robin Van Persie ('76)
Vanue: Elland Road, Leeds United
Referee: Mike Dean



Match Report | Leeds United 1-3 Arsenal: FA Cup 3rd Round (Ulangan)

Samir Nasri yang diberikan lilitan kapten pada perlawanan pagi tadi berjaya membawa pasukannya menundukkan Leeds United untuk menempah tarikh dan tempat ke pusingan keempat menentang sebuah kelab dari League One, Huddersfield Town.

Setelah dipaksa untuk terikat 1-1 oleh kelab bimbingan Simon Grayson di Emirates 11 hari sebelumnya, tekanan sebenarnya lebih terarah di sisi Arsene Wenger. Ini kerana sepanjang tempoh kerjaya Wenger di Arsenal, beliau tidak pernah gagal untuk membawa pasukannya didikannya ini melepasi pusingan ke-3 di Piala FA.

Celebrate Gol!:Nasri menerima ucapan tahniah dari rakan pasukan selepas jaringan gol di minit ke-5

Perjalanan Arsenal pagi tadi, mulanya kelihatan agak mudah! selepas Nasri memberikan gol pembukaan buat Arsenal seterusnya meringankan tekanan ketika perlawanan baru berlangsung 5 minit. Gol Nasri ini juga merupakan gol ke-14nya musim ini, sebelum Bacary Sagna menambah tekanan berganda buat Leeds selepas menerima lantunan bola yang tepat ke kakinya seterusnya melakukan rembatan padu tanpa mampu dihalang Kasper Schmeichel untuk meletakkan Arsenal selesa mendahului dua gol di Elland Road.

Boom!: Padu rembatan dari Sagna yang membawa kepada kedudukan 2-0 Arsenal mendahului Leeds

Seperti mendapat cetusan ilham dari gol Sagna, Leeds tiba-tiba bangkit selang 2 minit selepas itu, usaha Bradley Johnson dari jarak 30 meter dengan cara yang hampir sama dengan Sagna, melepaskan rembatan padu yang cukup bertenaga nyata membuahkan hasil seterusnya mengangkat suasana gemuruh di Elland Road yang mampu menampung 38,000 penonton. Gol itu juga meletakkan Leeds kembali 'bernyawa' sebelum meninggalkan babak pertama dengan kedudukan 2-1.

Nak Boom Jugak!: Johnson membawa 'nafas baru' untuk Leeds merapat kedudukan kepada 2-1 sebelum tamat babak pertama

Namun sebenarnya Arsenal mampu menghasilkan lebih gol lagi sekaligus menamatkan sisa perjuangan Leeds lebih awal, terutamanya tindakan Arshavin yang mensia-siakan peluang didepan pintu gol selepas menerima hantaran lintang dari Marouane Chamakh pada minit ke-19.


Lepas Peluang!: sedutan video Arshavin melepaskan peluang depan gol

Bermula babak kedua, Leeds mula memberikan ancaman awal bagi mencari gol penyamaan. Bila mana di minit ke-48 Bradley Johnson sekali lagi cuba menggunakan cara yang sama dengan melakukan rembatan dari luar kali ini lebih kurang jarak 25 meter, tapi kali ini rembatannya meliar dan gagal menemui sasaran. Bagi meneruskan tekanan kepada Arsenal, Simon Grayson cuba membawa 'tenaga baru' dengan memasukkan Leigh Bromby dan Davide Somma.

'Menurun': RvP ketika melakukan sesi 'regangan' sebelum dimasukkan menggantikan Chamakh

Wenger juga tidak mudah untuk membenarkan Leeds yang kelihatan bersemangat untuk mengulangi prestasi mereka ketika menyingkirkan Manchester United pada pusingan yang sama pada 12 bulan yang lalu, apabila memasukkan bintang kepercayaannya Robin van Persie dan Cesc Fabregas sekaligus di minit ke-70. Hanya enam minit keluar dari bangku simpanan, Robin van Persie terus menemui sentuhan gol menerusi tandukan hasil umpanan lambung ke kotak penalti dari Bendtner seterusnya menjadi gol pemusnah untuk membunuh sisa-sia harapan anak buah Simon Grayson.

Barisan pemain kedua pasukan:

Leeds United: (4-4-1-1)
Kasper Schmeichel, Paul Connolly, Andrew O'Brien (Leigh Bromby '65), Alex Bruce, Ben Parker; Jonathan Howson, Robert Snodgrass, Bradley Johnson, Max-Alain Gradel, Sanchez Watt ( Lloyd Sam '79); Billy Paynter (Davide Somma '67).
Sub (tidak digunakan):Shane Higgs, Neill Collins, Andy Hughes, Ross McCormack.

Arsenal: (4-2-3-1)
Wojciech Szczęsny, Bacary Sagna, Laurent Koscielny, Johan Djourou, Kieran Gibbs; Alex Song, Denilson; Andrei Arshavin (Robin Van Persie '70), Samir Nasri (Gael Clichy '83) , Nicklas Bendtner; Marouane Chamakh (Cesc Fabregas '70).
Sub (tidak digunakan): James Shea, Theo Walcott, Jack Wilshere, Emmanuel Eboue.

Kehadiran penonton: 38,232

Sedutan gol-gol yang dijaringan dalam perlawanan pagi tadi, Enjoy!

0-1 - Samir Nasri ('5)


0-2 - Bacary Sagna ('35)



1-2 - Bradley Johnson ('37)


1-3 - Robin van Persie ('76)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails