Wednesday, January 5, 2011

Preview Match | Arsenal Temui WWE City

Preview Match | Arsenal vs Manchester City, English Premier League

Emirates Stadium, London
Rabu, 6 Januari 2011
Astro (Stadium Astro) - Channel: 832
Online: 0340-0540 hrs (Ahad - waktu Malaysia)


* Pengadil Perlawanan: Mike Jones
* Pertemuan terakhir: Manchester City 0 - 3 Arsenal
* Pertemuan kedua pasukan: 92 Arsenal menang , 45 Manchester City menang, 39 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-K-M-S-M
* Prestasi terkini Manchester City: S-K-M-M-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Fabianski
Sagna - Koscielny - Djourou - Clichy
Song - Wilshere
Walcott - Fabregas - Nasri
Robin van Persie

Subs: Szczesny, Squillaci, Eboue, Denilson, Rosicky, Arshavin, Chamakh
Kecederaan: Diaby (betis), Gibbs (pergelangan kaki), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Diyakini Wenger akan terus menggunapakai kesebelasan utama ketika melawan Chelsea pada Isnin lalu dan Birmingham pada Sabtu lepas, Ini kerana tiada sebarang kecederaan baru yang menimpa pasukan.

  • Kieran Gibbs; dijangka sudah mampu untuk kembali dalam sesi latihan; kemungkinan untuk beliau berada dalam pasukan ketika perlawanan di Piala FA melawan Leeds.

  • Manuel Almunia; jelas semakin hampir 'angkat kaki' meninggalkan Arsenal. Segala jasanya tetap akan kita hargai!

  • Ura-ura bertiup kencang menyatakan Aaron Ramsey telah kembali ke pangkuan pasukan dari tempoh pinjaman di Nottingham Forest. Selepas beliau menyelesaikan tempoh 90 minit bermain untuk kali pertamanya sejak tercedera ketika Nottingham Forest mengalahkan Ipswich Town 1-0.

  • Arsenal tidak terkalahkan dalam tiga perlawanan terakhir ini, selepas kali terakhir tunduk kepada Manchester United dengan 1-0 pada 13 Disember 2010.

  • Arsenal tidak terkalahkan dalam kempen EPL musim ini di mana Johan Djourou telah bermain dalam pasukan, kecuali tewas dua kali ketika kempen Liga Juara-Juara kepada Braga dan Shaktar.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Manchester City

  • Ancaman David Silva dan Mario Balotelli tidak akan dirasai benteng Arsenal hari ini selepas keduanya disahkan tidak akan berada dalam pasukan kerana kecederaan lutut, sekurang-kurangnya memakan masa selama dua minggu. Sayangnya buat Balotelli ketika tidak memiliki kesempatan untuk mengenali 'bakat hebat' dari Jack Wilshere dengan lebih rapat lagi selepas kenyataan egonya.

  • Emmanuel Adebayor, memiliki peluang tipis untuk berada dalam pasukan City untuk perlawanan ini kerana kecederaan tumit. Dilaporkan perkelahian berlaku diantara dua bekas Arsenal, Adebayor dan Kolou Toure ia berlaku ketika latihan. Siap buat 'headlock' lagi...Apa sudah jadi ini? huhuh!




  • City dilaporkan telah sepakat menyetujui yuran perpindahan untuk membawa masuk pemain kelahiran Negeri Sembilan, Eden Dzeko dari Wolfsburg. Dengan duit yang tak terbatas, tidak mustahil kelibat Dzeko akan ke City semakin hampir.

  • City memenangi tiga perlawanan terakhir mereka, dan terus berada di kedudukan ke dua belakang United, Pastinya City mahu terus melakarkan kemenangan selepas United meraih kemenangan ke atas Stoke 2-1 semalam.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Mungkin 'ajaib' untuk mengharapkan perkara yang sama berlaku seperti mana kad merah di terima Dedryck Boyata's ketika 5 minit perlawanan baru berlangsung pada perlawanan di Eastlands, namun dengan momentum prestasi terkini Arsenal tidak ada yang mustahil untuk kita mengenggam tiga mata penuh kali ini di Emiretes pula.

  • Pertembungan di Emiretes musim lalu berkesudahan 0-0.

  • Manchester City belum benar pernah menang di Arsenal sejak kemenangan terakhir 3-2 diraih pada 4 Oktober 1975. Mereka telah merekodkan tujuh seri di London Utara. Tapi kini, City adalah sebuah pasukan yang jauh berbeza dari dulu dengan sekarang.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Mike Jones (Chester).

  • Jones telah mengendalikan dua perlawanan Arsenal dan kedua-dua perlawanan berpihak kepada Arsenal di Emirates musim ini: menang 6-0 ke atas Blackpool dan menang 1-0 ke atas West Ham.

  • Jones hanya mengendalikan hanya satu perlawanan melibatkan Manchester City ketika seri 0-0 dengan Birmingham di Eastlands pada bulan November.

  • Dalam kerjanya dalam 19 perlawanan musim ini (15 di Liga Perdana EPL, 2 di Piala Liga, 2 di Championship) ia telah mengeluarkan 69 kad kuning dan 2 kad merah, Ini termasuk kad merah kepada Ian Evatt dari Blackpool pada minit ke-31 ketika mengasari Marouane Chamakh di Emirates.

  • Keputusan / Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Selasa: Birmingham City 2 vs 1 Blackpool; Jalan Bloomfield, Blackpool
  • Selasa: Fulham 3 vs 0 West Bromwich Albion; Craven Cottage, London
  • Selasa: Manchester United 2 vs 1 Stoke City, Old Trafford, Manchester
  • Rabu: Aston Villa vs Sunderland; Villa Park, Birmingham
  • Rabu: Newcastle United vs West Ham United, St James 'Park, Newcastle upon Tyne
  • Rabu: Wolverhampton Wanderers vs Chelsea; Molineux, Wolverhampton
  • Rabu: Blackburn Rovers vs Liverpool, Ewood Park, Blackburn
  • Rabu: Bolton Wanderers vs Wigan Athletic, Stadium Reebok, Bolton
  • Rabu: Everton vs Tottenham Hotspur, Goodison Park, Liverpool
  • 3 comments:

    faiz said...

    aku yakin arsenal dapat menag match ni...chaiyok arsenal

    Dial-Square said...

    untuk pusingan ke-2 ini, kita tak boleh gagal kolek 3 mata, stiap game sgt penting dh waktu camni!

    k u c e n g said...

    menang punye ah!

    Related Posts with Thumbnails