Saturday, January 1, 2011

Preview Match | Jumpa Geng Blues Lagi, Selepas The Blues Ditumbangkan!


Preview Match Birmingham City vs Arsenal, English Premier League

St Andrew's, Birmingham
Sabtu, 1 Januari 2011
Astro (Stadium Astro) - Channel: 817/831
Online: 0130-0400 hrs (Ahad - waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Peter Walton
* Pertemuan terakhir: Birmingham City 1 - 1 Arsenal
* Pertemuan kedua pasukan: Arsenal menang 58, Birmingham menang 38, 35 berkesudahan seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-M-K-M-S
* Prestasi terkini Birmingham city: M-S-S-K-S
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Fabianski
Sagna - Koscielny - Djourou - Clichy
Song - Wilshere
Walcott - Fabregas - Nasri
Robin van Persie

Subs: Szczesny, Squillaci, Denilson, Rosicky, Arshavin, Bendtner, Chamakh
Kecederaan: Diaby (betis), Gibbs (pergelangan kaki), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Cesc Fabregas sudah kembali daripada pergantungan satu perlawanan selepas sudah mengumpul lima kad kuning.

  • Di sisi lain, budak kerap sangat tercedera, Abou Diaby akan kembali kepada unit rawatan setelah mengalami masalah kecederaan betisnya dan dijangka akan direhatkan untuk sekurang-kurangnya tiga minggu.

  • Kieran Gibbs dijangkakan akan mula kembali ke pasukan utama dalam waktu terdekat ini dalam satu atau dua minggu. Manuel Almunia mula menampakkan tempoh-tempoh sukarnya di Arsenal, ada kemungkinan kita tidak akan melihatnya kembali menyarung jersi Arsenal untuk selamanya, seperti masih jauh pula rasanya akhir bulan Januari, ini kerana kita sedang menanti kembalinya bek kental kita Thomas Vermaelen.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Birmingham City

  • Birmingham tidak menghadapai masalah kecederaan pemain yang serius, hanya mempunyai satu kecederaan: James McFadden keluar dengan kecederaan ACL.

  • Alexander Hleb bakal kembali ke pasukan utama selepas bebas dari kecederaan hamstring ketika mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Manchester United pada Selasa lalu. Mencatatkan keputusan seri dengan United pastinya akan menaikkan semangat Birmingham untuk mencatatkan keputusan yang lebih membanggakan apabila bertemu Arsenal pula, Jadi wenger harus bersedia dengan percaturan taktikal yang lebih mantap.

  • Hanya Everton telah memenangi perlawanan di St Andrew tahun ini. Manakala hanya Aston Villa dan Bolton menang pada musim lalu.

  • Birmingham hanya memenangi tiga perlawanan di liga tahun ini, semua di berlaku di gelanggang sendiri, dalam keseluruhan 18 perlawanan dimainkan.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan


  • Samir Nasri memperlihatkan Arsenal seperti pemenang selepas menjaringkan gol pada minit ke-81 dari perlawanan tahun lalu, tapi Kevin Phillips hadir memberikan Birmingham gol penyamaan di masa tambahan.

  • Birmingham kempunan untuk menundukkan Arsenal dalam tujuh percubaan, walaupun berjaya mengikat keputusan seri untuk tiga perlawanan. Dua daripadanya keputusan seri di raih ketika di St Andrew.

  • Kekalahan terakhir Arsenal di St Andrew's adalah ketika tunduk 2-1 pada 15 Mei 2005. ketika itu, Dennis Bergkamp menyamakan kedudukan untuk The Gunners pada minit ke-88, tapi Emile Heskey hadir mencetak gol kemenangan di masa kecederaaan.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil Peter Walton (Northamptonshire).

  • Ini adalah perlawanan pertama Arsenal dikendalikan Walton musim ini. Musim lalu, Walton mengendalikan perlawanan melibatkan Arsenal ketika The Gunners menang 3-1 di Stoke.

  • Walton tidak mengendalikan sebarang perlawanan melibatkan Birmingham musim ini. Musim lalu, Walton mengendalikan perlawanan ketika birmingham menang 2-1 atas Burnley pada bulan Mei.

  • Dalam 13 perlawanan yang dikendalikan Walton musim ini (11 Premier League, 2 Championship,) Walton telah mengeluarkan 41 kad kuning dan 5 kad merah.
  • Sekitar perlawanan lain di EPL


  • Sabtu: West Bromwich Albion vs Manchester United, The Hawthorns, West Bromwich
  • Sabtu: Bolton Wanderers vs Liverpool, Anfield, Liverpool
  • Sabtu: Manchester City vs Blackpool; City of Manchester Stadium, Manchester
  • Sabtu: Everton vs Stoke City, Stadium Britannia, Stoke-on-Trent
  • Sabtu: Sunderland vs Blackburn Rovers; Stadium of Light, Sunderland
  • Sabtu: Tottenham Hotspur vs Fulham; White Hart Lane, London
  • Sabtu: West Ham United vs Wolverhampton Wanderers; Boleyn Ground, London
  • Ahad: Chelsea Aston Villa, Stamford Bridge, London
  • Ahad: Wigan Athletic vs Newcastle United; Stadium DW, Wigan
  • 0 comments:

    Related Posts with Thumbnails