Wednesday, February 2, 2011

Match Report | Arsenal 2-1 Everton, Koscielny muncul wira sumbang gol kemenangan

Arsenal 2 : 1 Everton
Andrei Arshavin ('70), Laurent Koscielny ('75) : Louis Saha ('25)
Vanue: Emirates Stadium, London
Referee: Lee Mason



Match Report | Arsenal 2 - 1 Everton, English Premier League

Ada Watak Sang Juara! Kemenangan ke atas Everton boleh diklasifikasikan sebagai 'tanda aras' ditahap mana mentaliti anak buah asuhan Wenger untuk menyerap tekanan ketika ketinggalan. Namun, bukan impian kita untuk ketinggalan dalam mana-mana permainan selepas ini! Kalau blih tak payahlah ketinggalan-ketinggalan ini, buat menyesakkan nafas jer!

Perlawanan pagi semalam jelas bukanlah persembahan terbaik yang disajikan The Gunners, tetapi ia sudah cukup untuk kita kekal merekodkan kemenangan ke-6 berturut-turut dalam semua kejohanan.

1st Eleven: Senarai barisan pemain yang diturunkan Wenger!

Arsenal terlebih dahulu dikejutkan pasukan pelawat hadir dari keputusan kontroversi pengadil Lee Mason. Ia bermula dari umpanan Seamus Coleman yang mengenai kaki Koscielny yang cuba mengeluarkan bola, tetapi gagal! - lalu bola tepat ke arah Louis Saha. Saha yang ketika itu berkedudukan offsaid mudah menolak masuk menewaskan Wojciech Szczesny untuk memberikan pasukan pelawat mendahului permainan di minit ke-25. Namun mungkin ada rasa 'was-was', Manson cuba mendapatkan khidmat nasihat pembantu pengadil, Tapi haram! setelah berbincang, mereka kekal dengan keputusan asal 'gol disahkan'. Jaringan awal itu nyata mengecewakan pemain Arsenal sekaligus menganggu 'tempo' pemainan Arsenal selepas itu.

Offsaid ke tak?: Tu hah, pengadil garisan belah sana, buta ker apa? apa pun keputusan pengadil adalah muktamad!

Masuk babak kedua, Arsenal mula kembali tenang selepas rehat untuk menuntut kemenangan berharga dengan melakukan 'superb second half comeback' untuk mengesahkan kemenangan 2-1 di Emirates. Kedua gol yang masing-masing hadir pada minit ke-70 melalui Arshavin dan 75 dari Koscielny. Dalam perlawanan pagi tadi juga, Wenger telah menggunakan kesemua tiga slot pertukaran di babak kedua melibatkan:-

min '45 - Abou Diaby menggantikan Alex Song
min '62 - Andrei Arshavin menggantikan Tomas Rosicky
min '69 - Nicklas Bendtner menggantikan Jack Wilshere

Adeh!: Djourou rebah selepas bertembung dengan Saha ketika cuba merebut bola tinggi.

Andrei Arshavin yang sebelum ini dikritik kerana prestasinya yang merudum, pantas mengubah corak serangan Arsenal dengan beberapa umpanannya yang mampu membuka peluang gol! namun gagal diterjemahkan dengan jaringan gol antaranya hantaran lambungnya kepada van Persie, tapi entah apa yang tidak kena, van Persie yang hanya berhadapan Howard gagal menyudahkan tugasnya seperti biasa.

Buang peluang: Robin van Persie menyepak liar, umpanan dari Arshavin seminit selepas dimasukkan.

Selang 8 minit selepas itu, bermula dari tindakan bijak Fabregas yang mengesan kedudukan Arshavin pantas menghalakan bola lambung, tetapi bijak pula dibaca Jack Rodwell yang cuba mengeluarkan bola tapi tandukan kurang kemasnya jatuh tepat pada Arshavin, tenang si cilik Rusia menewaskan Howard, menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Selepas itu, Arsenal kembali memperkemaskan serangan ke kubu The Toffees, Robin van Persie sekali lagi berpeluang untuk melebarkan kedudukan dari satu sepakan percuma di luar kotak penalti tapi berjaya ditidakkan oleh ketangkasan Howard yang menolak bola keluar.

Hasilnya Arsenal dihadiahkan sepakan penjuru, Robin van Persie yang melakukan sepakan tepat menemui Koscielny dan melakukan tandukan untuk gol kedua yang terus meranapkan impian Everton untuk sekurang-kurang mencuri satu mata di Emirates.

Konfiden: Aksi Szczesny menyelamat tandukan jarak dekat Leon Osman. Entah mengapa! aku rasa gawang Arsenal sangat selamat dibawah kawalan Szczesny!

Dengan kemenangan terbaru ini, ia menguatkan lagi keyakinan Wenger bahawa pasukannya kini mempunyai watak untuk meneruskan pemburuan dalam 4 trofi kejuaraan musim ini.

Full time: Arsenal menang 2-1 ke atas Everton

Kemenangan ini melanjutkan kedudukan Arsenal kekal ketinggalan 5 mata dari pendahulu liga, Manchester United.

Kehadiran penonton: 60,014

Perlawanan berikutnya:
- Arsenal vs Newcastle, Premier League - 05 Feb 2011

Berikut adalah sedutan klip-klip video gol semalam, Enjoy!







0 comments:

Related Posts with Thumbnails