Thursday, February 24, 2011

Preview Match | Arsenal vs Stoke City, English Premier League; Malam ala Ragbi



Preview Match | Arsenal vs Stoke City, English Premier League English Premier League

Emirates Stadium, London
Khamis, 24 Februari 2011

Astro (ESPN HD) - Channel: 832

DELAYED: 03:40am (waktu Malaysia)


* Pengadil Perlawanan: Peter Walton
* Pertemuan terakhir: Stoke City 1 - 3 Arsenal (27 Feb 2010)
* Pertemuan kedua pasukan: 48: Arsenal menang, 22: Stoke City menang, 21: Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-S-M-M-S
* Prestasi terkini Stoke City: K-K-M-K-M

Ramalan Line-Up

Szczesny
Sagna - Squillaci - Djourou - Clichy
Song - Wilshere
Walcott - Fabregas - Arshavin
Bendtner

Simpanan: Almunia, Eboue, Gibbs, Denilson, Rosicky, Nasri, Chamakh
Denda: Diaby (menjalani pergantungan terakhir dari tiga larangan bermain)
Kecederaan: van Persie (hamstring), Koscielny (belakang), Fabiański (bahu), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Takde angin, ribut topan tetiba banjir! camtulah juga cuaca dalam kem Arsenal! striker on-form kita, Robin van Persie dan Laurent Koscielny tidak akan tersenarai di Emirates dalam game ini, dikhabarkan mereka berdua ini mengalami kecederaan! Tapi aku mengesyaki ini adalah taktik Wenger! aku rasalah! maklumlah Ahad ini akan ada game yang lebih besar, final Piala Carling yang akan menamatkan penantian The Gunners dan kita umumnya selaku PenCinta Arsenal selama 6 tahun tanpa trofi kejuaraan utama.

  • Abou Diaby masih menderita kecederaan betis, lagi pun dia masih mengalami pergantungan untuk bermain.

  • Johan Djourou disahkan telah cergas dari kecederaan belakang yang di'kutip' ketika melawan Barcelona.

  • Aku menjangkakan Nicklas Bendtner akan bertindak sebagai striker tunggal berbanding Marouane Chamakh untuk mengambil tugas yang ditinggalkan RVP. Rasanya dengan susuk Bendtner ia adalah pilihan "lebih baik" untuk menghadapi pasukan ala rugbi.

  • Ini adalah perlawanan pertama dari lima perlawanan yang harus diharungi Arsenal untuk dua minggu yang padat ini - kemudian final Piala Carling pada hari Ahad (27 Feb), replay Piala FA hari Rabu (02 Mac), Sunderland hari Sabtu (05 Mac), dan Barcelona pada Selasa berikutnya (08 Mac). Dengan game yang mengila ini, ada potensi besar berlaku fenomena 'injed beramai-ramai'.

  • Arsenal masih mengekalkan rekod tidak terkalahkan dalam 10 game dalam semua kejohanan.

  • Arsenal hanya kalah sekali (1-0 di Ipswich Town di leg pertama semi-final Piala Carling) dari 16 perlawanan terakhir di semua kejohanan.

  • The Gunners juga kelihatan kebal tidak terkalahkan dalam 12 di Emirates dan telah memenangi enam di Emirates sejak seri dengan Leeds pada 08 Jan 2011.

  • Bintang on-loan Aaron Ramsey menjaringkan gol pertama buat Cardiff semalam



    Info Terkini Disebalik Tabir Stoke City

  • Situasi Matthew Etherington agak samar-samar untuk diturunkan dalam game ini, beliau telah dikeluarkan ketika Stoke menang 3-0 ke atas Brighton di Piala FA selepas mengalami masalah kecederaan belakang.

  • Mamady Sidibe masih direhatkan kerana mengalami kecederaan jangka panjang akibat Achilles; Abdoulaye Faye mengalami kecederaan hamstring.

  • Di Premier League, Stoke City dilihat kurang bermaya ketika bertandang ke gelanggan lawan kerana gagal untuk meraihkan mata sejak kali terakhir menang ke atas Blackburn pada 26 Dec 2010.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Musim lalu di Emirates, The Gunners menang 2-0 tahun lalu hasil gol dari Andrei Arshavin dan Aaron Ramsey.

  • Arsenal memenangi lapan pertemuan terakhir di gelanggan sendiri ketika menentang Stoke di semua pertandingan.

  • Kali terakhir, Stoke menewaskan Arsenal di gelanggang sendiri (Highbury) dengan kemenangan 1-0 pada 29 Ogos 1981.

  • Untuk rekod, Stoke City masih buntu bagi mencetak gol pada 15 minit awal setiap perlawanan musim ini.



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Pengadil adalah Peter Walton (Northamptonshire).

  • Jika anda ingat! Walton adalah pengadil yang bertanggung jawab ketika game Arsenal menang 3-1 ke atas Stoke di Britannia pada pertemuan terakhir dan beliau adalah pengadil yang menunjukkan kad merah untuk Ryan Shawcross.

  • Walton hanya mengadili perlawanan Arsenal musim ini ketika The Gunners menang 3-0 di Birmingham pada tahun baru.

  • Untuk Stoke, Walton telah mengendalikan game Stoke ketika mereka tewas 2-1 di Bolton dan seri 1-1 dengan Manchester City.

  • Sekitar perlawanan lain bagi kelab di EPL

  • Hari ini, Champions League: Copenhagen 0 - 2 Chelsea
  • Hari ini, Premier League: Blackpool 3 - 1 Tottenham Hotspur
  • Rabu, Premier League: Manchester United vs Marseille, Stade Vélodrome, Marseille
  • Khamis, Europa League: Liverpool (0) vs (0) Sparta Praha, Anfield, Liverpool
  • Khamis, Europa League: Manchester City (0) vs (0) Aris, City of Manchester Stadium, Manchester
  • 0 comments:

    Related Posts with Thumbnails