Saturday, April 23, 2011

Preview Match | Bolton vs Arsenal, English Premier League; Mahukan 3 Point



Preview Match | Bolton vs Arsenal, English Premier

Stadium Reebok, London
Minggu, 24 April 2011
Astro SuperSport 3 Match Fixtures - Channel: 817
LIVE: 22:00 (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Mike Jones
* Pertemuan terakhir: Arsenal 4 - 1 Bolton
* Pertemuan kedua pasukan: 56 kemenangan berpihak Arsenal, 38 kemenangan berpihak Bolton, 35 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: S-S-M-S-S
* Prestasi terkini Bolton: K-K-K-M-K
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Prestasi terkini kedua pasukan di EPL

TeamGameMenangSeriKalahJaringanBolosMata
Bolton Wanderers630310129
Arsenal6141997


Ramalan Line-Up

Szczesny
Sagna - Koscielny - Djourou - Clichy
Song - Wilshere
Walcott - Fabregas - Nasri
Robin van Persie

Kecederaan: Diaby (betis), Fabianski (bahu), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Arsenal sebenarnya tidak punya banyak pilihan selain meraih mata penuh di setiap baki perlawanan yang tinggal selain mengharapkan tergelincir beberapa mata dari team pendahulu liga. Tiada kecederaan besar yang melanda selepas perlawanan dengan Tottenham tempohari.

  • Arsenal akan kehilangan khidmat Abou Diaby akibat kecederaan betis yang dikutip pada hari Rabu lepas, Ini sekaligus akan membawa Denilson kembali ke bangku, sementara Alex Song dan Jack Wilshere akan kekal sebagai pilihan utama untuk berpasangan di kawasan tengah.

  • Wojciech Szczesny pastinya akan terus kekal bertunjang di posisi gawang Arsenal dan lain-lain bahagian aku yakin tidak banyak berubah!

  • Wojciech Szczesny: Harapan Wenger untuk musim ini di posisi keeper

  • Dalam Liga Perdana, The Gunners masih kebal tidak terkalah dalam 16 perlawanan yang diharungi, yang kali terakhir selepas kecundang 1-0 ditangan Manchester United pada 13 Dec 2010.

  • Dalam lima perlawanan terakhir, The Gunners hanya mampu memenangi satu perlawanan ketika menang 3-1 keatas Blackpool sementara selebihnya seri dengan West Brom (2-2), Blackburn (0-0), Liverpool (1-1) dan terbaru Tottenham (3-3).



  • Info Terkini Disebalik Tabir Bolton

  • Bolton dijangka akan mendapat kembali khidmat Matt Taylor dan Mark Davies selepas pulih dari kecederaan.

  • Daniel Sturridge, bintang muda pinjaman dari Chelsea juga akan kembali memperkukuhkan barisan Trotters, selepas tidak 'layak' untuk bermain di semi final Piala FA minggu lalu.

  • Walau bagaimanapun, Bolton terpaksa menerima hakikat apabila Stuart Holden, Sean Davis dan Sam Ricketts dikhabar mengalami kecederaan jangka panjang.

  • Minggu lalu, Bolton yang ke Wembley dengan hasrat untuk lolos ke Final FA gagal, selepas di'ayam'kan Stoke City dengan 5-0. Ini mungkin kesempatan Arsenal untuk mencuri mata penuh, berkemungkinan emosi pemain Bolton yang masih belum stabil sepenuhnya selepas menghadapi kekalahan besar tersebut. Go! Arsenal.

  • Sejak tahun 2011 ketika bermain di Stadium Reebok, Bolton hanya kalah sekali yang terakhir kepada Chelsea 4-0 dalam semua kejohanan.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Perlawanan dengan Bolton tentunya menjadi kenangan terhebat buat Laurent Koscielny yang membuka tirai gol peribadi pertama buat Arsenal pada 11 Sept 2010. Arsenal mendominasi keseluruhan perlawanan dengan gol dari Marouane Chamakh, Alex Song, dan Carlos Vela, dengan satu gol saguhati dari Johan Elmander. Keputusan penuh 4-1 memihak Arsenal.

  • Musim lalu, Arsenal memenangi kedua-dua pertemuan liga menentang Bolton yang hanya selang empat hari, Di Reebok, Arsenal menang 2-0 hasil gol Fabregas dan Fran Merida (Ingat tak! Fran Merida). Sementara di Emirates, Arsenal menang 4-2 dengan gol masing-masing hadir dari Tomas Rosicky, Cesc Fabregas, Thomas Vermaelen, dan Andrei Arshavin, selepas bangkit selepas ketinggalan dengan 2-0.

  • The Trotters kali terakhir memenangi dengan Arsenal pada bulan 25 November 2006, di Stadium Reebok. Dengan Nicolas Anelka menyumbang dua gol buat Bolton.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Dari Chester, pengadil adalah Mike Jones.

  • Musim ini sahaja, Jones sudah kendalikan tiga perlawanan meibatkan Arsenal. Dan The Gunners belum gagal meraih mata dengan dua menang dan satu seri (6-0 atas Blackpool, 1-0 atas West Ham, dan 0-0 dengan Man City). Paling diingati tentu, insiden ketika Bacary Sagna dan Zabaleta di layangkan kad merah pada minit ke-89, selepas didapati saling melaga kepala.

  • Untuk Bolton, Jones hanya mengendalikan satu perlawanan setakat ini, ketika Bolton tewas 1-0 kepada Chelsea di Stamford Bridge.
  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Manchester United vs Everton; Old Traford
  • Sabtu: Aston Villa vs Stoke Cityl; Villa Park
  • Sabtu: Blackpool vs Newcastle United, Bloomfield Road
  • Sabtu: Liverpool vs Birmingham; Anfield
  • Sabtu: Tottenham Hotspur vsWest Bromwich Albion, White Hart Lane
  • Sabtu: Wolverhampton Wanderers vs Fulham; Stadium Molineux
  • Sabtu: Chelsea vs West Ham United, Stamford Bridge
  • Isnin: Blackburn Rovers vs Machester ity, Ewood Park
  • 3 comments:

    Filippo said...

    good info
    boleh klik sini

    Anonymous said...

    I think the admin of this ωеb site is in fаct ωorking hard for hіs wеb ѕіte, since hеre every dаtа is quality baѕed dаta.


    my ρаge Payday Loans
    Here is my weblog - Payday Loans

    Anonymous said...

    I read this article fully concerning the comparison of latest and preceding technologies, it's remarkable article.
    My blog - arsenal transfer news david villa

    Related Posts with Thumbnails