Saturday, May 21, 2011

Preview Match | Fulham vs Arsenal; Game Penutup Tirai 2010/11



Preview Match | Fulham vs Arsenal, English Premier League

Craven Cottage, London
Ahad, 22 Mei 2011
Astro Star Sports Match Fixtures - Channel: 813
Siaran Tertunda: 23 Mei 2011; 22:55 (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Martin Atkinson
* Pertemuan terakhir: Arsenal 2 - 1 Fulham
* Pertemuan kedua pasukan: 34 : Arsenal Menang, 7 : Fulham Menang, 7 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: S-S-K-M-K-K
* Prestasi terkini Fulham: K-S-M-M-K-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Lehmann
Sagna - Vermaelen - Squillaci - Gibbs
Song - Wilshere
Walcott - Ramsey - Nasri
van Persie

Kecederaan: Fabregas (paha), Fabianski (bahu)
Situasi 50-50: Clichy (hamstring), Nasri (hamstring), Koscielny (paha), Djourou (pergelangan kaki), Diaby (betis), Rosicky (paha)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Walaupun kecundang dalam perlawanan lepas, Arsene Wenger dijangkakan akan meletakkan kepercayaan pada barisan yang sama untuk perlawanan penutup tirai ini, tidak mustahil juga; kemungkinan Jens Lehmann akan mendapat satu lagi peluang beraksi.

  • Sebenarnya di benteng pertahanan, aku masih ragu-ragu! dengan kondisi Clichy, Konscienly dan Djourou yang 50-50, jika tidak sempat cergas. Kita akan kekal dihidangkan dengan barisan benteng 'kurang yakin' seperti game bertemu Aston Villa dalam game nanti.

  • Ramsey akan terus disandangkan mengalas tugas yang ditinggalkan Fabregas yang masih terganggu kecederaan dan 'isu pindah-randahnya' ke Barca sejak bermusim lalu.

  • Denilson yang bersuara untuk meninggalkan Emirates akhir musim ini, adakah punya peluang terakhir! mungkin untuk masuk sebagai pemain gantian?

  • Musim lalu, Arsenal memenangi kedua-dua pertemuan di EPL, 26 Sept 2009; 0-1 hasil jaringan van Persie, dan juga perlawanan penutup tirai 09 May 2010 dengan 4-0.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Fulham

  • Ingat Diomansy Kamara! beliau adalah merupakan penjaring gol saguhati di Emirates; nampaknya tidak turut serta dalam di Craven Cottage akibat kecederaan, turut serta Moussa Dembele (lutut) dan Damien Duff (Achilles).

  • Mark Hughes menerima perkhabaran baik apabila bakal mendapat kembali khidmat Simon Davies yang sudah pulih dari kecederaan betis.

  • Khidmat Jonathan Greening kemungkinan akan diguna pakai untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Duff.

  • Dalam 10 perlawanan terakhir Fulham; dengan empat perlawanan yang berlangsung di Craven Cottage; Fulham berjaya merobek jaring pasukan pelawat dengan 11 gol manakala 7 bolos, 5 bolos darinya hadir ketika tewas kepada Liverpool (2-5) pada 09 Mei 2011.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Statistik yang agak seram sejuk; 30% dari gol Fulham musim ini datangnya dari tandukan, ia juga merupakan yang tertinggi dalam semua pasukan di EPL, Arsenal pula memang 'hampeh' dari set-piece ini.

  • Jika Robin van Persie berjaya melakukan jaringan dalam perlawanan dengan Fulham nanti, ia akan turut menyamai rekod 18 gol dalam satu musim dari tarikh 1 Januari dan seterusnya, yang kini dipegang oleh Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo.

  • Kali terakhir; The Cottagers menang ke atas The Gunners adalah pada 23 Ogos 2008 hasil jaringan tunggal Brede Hangeland.



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Pengadil Martin Atkinson dari W. Yorkshire.

  • Mengikut statistik, M.Atkinson merupakan pengadil EPL yang paling 'pemurah' apabila menawarkan 12 kad merah tertinggi dengan 140 kad kuning musim ini. Dua daripada kad merah tersebut kepada Koscienly dan Wilshere.

  • Musim ini, Atkinson mengendalikan lima perlawanan melibatkan Arsenal ketika 1-1 dalam perlawanan pembuka tirai dengan Liverpool (penampilan pertama Koscienly dan dilayangkan kad merah), menang 2-1 ke atas Birmingham (Wilshere dikenakan kad merah di minit akhir perlawanan), menang 2-0 ke atas Wigan di Piala Carling, tewas 1-0 kepada Ipswich di Piala Carling dan seri 3-3 ketika bertemu Tottenham.

  • Untuk Fulham, Atkinson mengendalikan ketika Fulham tumpas 1-0 di Stamford Bridge, menang 3-0 ke atas West Brom dan Sunderland.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

    22 Mei 2011, Ahad
  • Aston Villa vs Liverpool; Villa Park
  • Bolton Wanderers vs Manchester City; Reebok Stadium
  • Everton vs Chelsea; Goodison Park
  • Manchester United vs Blackpool; Old Trafford
  • Newcastle United vs West Bromwich Albion; St James' Park
  • Stoke City vs Wigan Athletic; Britannia Stadium
  • Tottenham Hotspur vs Birmingham; White Hart Lane
  • West Ham United vs Sunderland; Upton Park
  • Wolverhampton Wanderers vs Blackburn Rovers; Molineux Stadium
  • 0 comments:

    Related Posts with Thumbnails