Friday, August 26, 2011

Champions League : Marseille, Olympiakos dan Borrusia Dortmund halangan The Gunners di Kumpulan F

Selepas Arsenal selesai dalam juang mengatasi Udinese di malam sebelumnya dalam permainan yang mendebarkan, Undian untuk Liga Juara-Juara 2011-12 yang berlangsung di Monaco ini juga secara tidak langsung menjadi rekod baru buat Gunners yang mengekalkan keahlian layak masuk diundi dalam peringkat kumpulan kejuaraan CL untuk tempoh 14 tahun berturut-turut.


Piala idaman: Menjadi rebutan 32 pasukan bertanding

The Gunners telah diundi menentang Marseille, Olympiakos dan Borrusia Dortmund dalam Kumpulan F.

Undian lengkap Peringakt Kumpulan UEFA Champions League 2011/12



Wesley Sneijder: Sebuah perbelanjaan yang tidak mungkin dalam senarai pembelian Wenger

Berita sampingan - pastinya 'omongan kosong' tiba-tiba tersebar khabar yang entah dari mana menyatakan Arsenal dalam risik-sisik menyambar Wesley Sneijder.

Pemain antarabangsa senegara van Persie ini sebelum ini dikaitkan dengan Manchester United, Manchester City dan Chelsea. Sudahnya City lebih berminat membawa masuk Samir Nasri dan Chelsea memilih Juan Mata. Tinggallah Manchester United, namun hingga saat ini masih belum ada perkembangan positif ke arah itu.

Dengan kantung yang memenuh hasil jualan clichy, Eboue, Fabregas dan Nasri - itu tidak mustahil kerana Wenger mempunyai kuasa berbelanja! Namun bila dihitung dengan kuasa amalan jimat cermat yang didokong Wenger selama ini. - Mustahil sama sekali untuk Wenger berbelanja hampir 37 juta Euro untuk menandatangi seorang pemain walaupun atas nama Wesley Sneijder.

2 comments:

bUdAkmILo said...

semoga berjaya Arsenal

Sharinginfoz said...

semoga arsenal lebih mantap dalam champions league dan liga2 lain musim ini

Related Posts with Thumbnails