Saturday, August 27, 2011

Preview Match | The Gunners Bawa Semangat dari Itali ke Old Trafford


Preview Match | Manchester United vs Arsenal, English Premier

Stadium Old Trafford, London
Ahad, 28 Ogos 2011
Astro SuperSport 3 Match Fixtures - Channel: 817
LIVE: 22:00 (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Howard Webb
* Pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 0 Manchester United (01 Mei 2011)
* Pertemuan kedua pasukan: 79 kemenangan berpihak Arsenal, 88 kemenangan berpihak Manchester United, 46 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: S-K
* Prestasi terkini Manchester United: M-M-M-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas



Info/Berita Terkini - Arsenal

Kecederaan: Gibbs (hamstring), Squillaci (calf), Wilshere (buku lali), Diaby (pergelangan kaki)
Kedudukan 50-50: Vermaelen (pergelangan kaki)
Pergantungan: Frimpong (satu perlawanan), Gervinho (dua dari tiga), Song (dua dari tiga)

Banyak celanya dengan bakal barisan pasukan yang bakal diturunkan Wenger di Old Trafford nanti. Dengan Emmanuel Frimpong digantung bermain untuk satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning minggu lepas. Alex Song dan Gervinho masing-masing akan menjalani tempoh pengantungan kedua dari tiga perlawanan.

Di sini kita dah nampak cacat skit terutamanya ketiadaan DM bertauliah di bahagian tengah Arsenal ditambah lagi Jack Wilshere yang masih tercedera akibat kecederaan buku lali. Kieran Gibbs pula masih belum siap untuk dikembalikan dalam pasukan juga akibat kecederaan hamstring. Sebastien Squillaci turut cedera, ok! lah tu, kalau ada pun bukan boleh pakai sangat pun. Abou Diaby akan terus direhatkan sehingga betul-betul pulih dan dijangka hanya akan muncul bulan depan. Lagi nak bagi tambah parah keadaan; Itu dia! Ketidaktentuan situasi Vermaelen yang dikhobar mengalami kecederaan pergelangan kaki pada Rabu lepas, dan hanya dapat diputuskan selepas menghadapi ujian kecergasan sebelum berangkat ke Old Trafford.

Yang tinggal cukup cergas pada perlawanan nanti - Pastinya Szczesny! Van Persie! Walcott, Aaron Ramsey.... Huh! Dah ada empat. Selebihnya siapa?

Sagna itupun ada kemungkinan bermain di pertahanan kiri, jadi sudah ada lima...Okay, yang lain...Meh kita ramalkan barisan yang selanjutnya yang boleh Wenger pakai :

Ramalan Line-Up

Szczesny, Jenkinson, Koscielny, Vermaelen, Sagna, Djourou, Ramsey, Rosicky, Arshavin, Walcott, van Persie.

Macam ini punya barisan, formasi dan taktikal cemana yang akan digunapakai. apa pun aku mengharapkan Rosicky dapat menjelmakan aksinya sebagaimana di Udinese tempohari begitu juga pemain yang bakal diberikan kepercayaan untuk dimainkan.



Info/Berita Terkini - Manchester City

Kecederaan: Vidic (calf), Rafael (bahu)
Kedudukan 50-50: Ferdinand (hamstring), Fletcher (virus), Valencia (pergelangan kaki)

Darren Fletcher dilaporkan semakin pulih dari masalah virus, ada potensi untuk diturunkan dalam perlawanan dengan Arsenal nanti bagi mengemudi bahagian tengah Setan Merah. Rio Ferdinand ada bersuara untuk diturunkan bermain apabila ada tanda-tanda positif semakin pulih dari kecederaan hamstring tapi dia perlu bersaing sengit dengan barisan muda Jones dan Smailing yang menampilkan prestasi cemerlang ketika menentang Spurs minggu lalu.

Sedikit berita yang agak melegakan sedikit jentera serangan The Gunners, benteng tengah United yang sering menghantui barisan depan Arsenal selama ini, Nemanja Vidic yang masih dibelenggu kecederaan - tapi itu bukan bermakna ia jalan mudah buat van Persie & co untuk meratah benteng yang bakal diturunkan Sir Alex Ferguson nanti, manakala Rafael Da Silva dengan masalah kecederaan bahu.

Musim lalu, Manchester United memenangi 18 daripada 19 perlawanan liga di Old Trafford, hanya mencicirkan mata ketika seri dengan West Brom pada 16 Oktober. United juga telah memenangi 16 perlawanan liga berturut-turut di laman sendiri dan tidak terkalah bagi 22. - rekod yang cemerlang tu!

Mampukah kita contengkan secalit arang disitu, Ahad nanti jadi penentunya?



Fakta perlawanan kedua pasukan

Rekod yang kurang mesra di pihak Arsenal - Dari enam perlawanan liga terakhir kedua pasukan, Arsenal hanya mampu memenangi sekali jerk! Itu pun ketika Arsenal mengalahkan United 1-0 di Emirates pada awal Mei lalu. Seri pun satu juga, itu pun perlawanan liga musim 2008/09 dengan kedudukan 0-0

Perlawanan yang dimenangi Arsenal di Emirates pada 1 Mei itu, di mana Aaron Ramsey sesatu penjaring tunggal pada perlawanan tersebut dengan gol di minit ke-56. Cesc Fabregas tidak bermain dalam perlawanan itu. Samir Nasri juga dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika kedudukan masih terikat 0-0. Namun Alex Song, Gael Clichy, dan Jack Wilshere yang juga terlibat dalam kemenangan itu, tapi kali ini tiga nama tersebut tidak tersenarai dengan Clcihy dah pun merantau ke City.

Arsenal pula kalah di kedua-dua lawatan ke Old Trafford tahun lepas, kalah tipis 1-0 dalam liga pada bulan Disember dan 2-0 di Piala FA pada bulan Mac. Gol terakhir Arsenal di Old Trafford adalah hadir dari Andrei Arshavin pada tahun 2009, untuk memberikan Arsenal mendahului 1-0 pada separuh masa kedua sebelum akhir tumpas 2-1. Terima kasih buat Abou Diaby yang mengegar jaring gol sendiri.

Sebelum kemenangan yang dihadir Arsenal pada Mei lalu, United telah berbangga memenangi empat perlawanan berturutan terhadap Gunners. Kemenangan terakhir Arsenal di Old Trafford datangnya pada 17 September 2006. Dan penjaring gol buat Arsenal adalah Adebayor di minit ke-86. Situasi Arsenal musim itu hampir menyamai keadaan Arsenal ketika ini - tiga perlawanan hanya mampu seri dua kali dan kalah sekali. Membuka perlawanan Liga Perdana dengan seri 1-1 dan kemudian tewas pula kepada Manchester City 1-0 dan seri lagi 1-1 kepada Middlesbrough.

Diharap situasi serupa akan terjadi kali ini, Moga bermula dengan kemenangan di Old Trafford ini akan menjadi detik kebangkitan buat The Gunners.



Info menarik pengadil perlawanan

Tentang pengadil ini, tak tau lah aku nak kata - pengadilnya adalah pemain ke-12 buat United; Howard Webb.

Howard Webb mengambil alih perlawanan yang melibatkan Gunners sebanyak dua kali musim lepas, satu perlawanan tersebut ketika Manchester United menang 1-0 hasil gol Park Ji-Sung di minit ke-41. Webb mengeluarkan empat kad kuning dalam perlawanan itu. Senonohnya semua kad kuning tersebut semuanya buat pemain Arsenal.

Selain menghadiahkan United penalti yang kontroversi, namun Wayne Rooney mensia-siakan peluang tersebut dengan menyepak liar. Perlawanan lain, ketika Arsenal menang 2-1 di Everton pada bulan November. Oleh itu, ini pertemuan Arsenal dan Webb selepas lapan setengah bulan.

Lambung: Rooney terima sepakan penalti tak berkat hadiah dari Webb

Sementara itu, Webb musim lalu mengendalikan empat perlawanan melibatkan Manchester United - Semuanya di Old Trafford dan semuanya United menang. amekaw!

Sekitar perlawanan lain di EPL

Sabtu 27 Ogos 2011

Aston Villa vs Wolverhampton Wanderers; Villa Park
Wigan Athletic vs QPR; DW Stadium
Blackburn Rovers vs Everton; Ewood Park
Chelsea vs Norwich City; Stamford Bridge
Swansea City vs Sunderland; Liberty Stadium
Liverpool vs Bolton Wanderers; Anfield

Ahad 28 Ogos 2011


Newcastle United vs Fulham; St. James' Park
Tottenham Hotspur vs Manchester City; White Hart Lane
West Bromwich Albion vs Stoke City; The Hawthorns

2 comments:

bUdAkmILo said...

hahahahhahahahahhahahahahhahahhahahahahahhahahahahhahahahahahhahahahahahhahahahahahhahahah 8-2 kira oklah tu ek!! blh gak arsengal skore..

Anonymous said...

It's really a cool and helpful piece of information. I am glad that you simply shared this helpful info with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.
My blog :: fussball bundesliga transfer news

Related Posts with Thumbnails