Wednesday, August 17, 2011

Transfer News | Emmanuel Eboue Bawa Haluan Ke Galatasaray; Carlos Vela Dipinjamkan ke Real Sociedad

Pergi lagi....


Memori Yang Usang: Saat bahagia ketika Emmanuel Eboue, Cesc Fabregas bersama meraikan gol kedua jaringan Carlos Vela ketika menentang Braga di kempen Liga Juara-Juara peringkat Kumpulah H di Stadium Emirates- 15 Sept 2010

Fullback Emmanuel Eboue akhir memilih jalan keluar berpindah ke kelab berpengkalan di Turki Galatasaray dengan nilai perpindahan yang dipercayai sekitar £ 3.5 juta - £ 4 juta. Eboue, dikenali sebagai pemain multi-guna yang boleh bermain dalam pelbagai posisi antaranya bek kiri, sayap kanan, dan di tengah - menamatkan ikatan di Arsenal selepas 6 tahun dengan 214 penampilan.

Eboue dilaporkan adalah pemain yang mempunyai karektor penghibur juga sedikit gila-gila alias badut sarkas, dan itu menjadikan dia sangat popular dan disenangi ramai pencinta Arsenal. Di Arsenal, Eboue mempunyai beberapa detik cemerlang yang sangat diingati ketika menyarung jersi The Gunners antaranya ketika dia mencetak gol dari serangan balas ketika menentang Porto, namun, beliau lebih diingati oleh ramai ketika menjadi punca tercetusnya sepakan penalti apabila menjatuhkan Lucas Leiva secara tidak disengajakan di minit ke-100 ketika menentang Liverpool, dan sekaligus menjadi titik akhir sisa harapan untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana musim lepas , dan menerima cemuhan dari luar padang dalam penampilan buruknya di Wigan. Dengan kemasukan Carl Jenkinson ia seolah-olah menunjukkan isyarat jalan keluar buat Eboue yang dilihat sebagai lebihan kepada keperluan di bek kiri,

Pemergian Eboue ini menjadikan dia adalah pemain ke-3 dari skuad utama yang meninggalkan Arsenal pada musim panas ini selepas Gael Clichy dan Cesc Fabregas.

Apa-apa pun terima kasih buat Eboue dan mudah-mudahan dia mendapat peluang bermain yang lebih besar di Turki.

Sementara itu, Arsenal telah juga mengesahkan bahawa Carlos Vela dan Pedro Botelho akan dilepaskan secara pinjaman ke Sepanyol. Vela akan menyertai Real Sociedad, manakala Botelho, akan menyertai sebuah kelab baru yang baru promoted, Rayo Vallecano.

Nampak seperti ini, mungkin kali terakhir kita akan lihat Vela, ada kemungkinan dia akan terus angkat kaki terus dari Arsenal selepas gagal untuk menempatkan diri secara konsisten di barisan utama Arsenal.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails