Wednesday, September 7, 2011

Injury News | Vermaelen MC lagi

Bencana!


Santau hantu bonceng terus menyelubungi kem Arsenal selepas episod malang di'rendang' raya dek Manchester United 8-2 tempohari, ditambah pula khabar berita dengan kehilangan anak muda harapan Jack Wilshere yang cedera dan perlu rehat antara 2-3 bulan. Dan terkini mari pula satu lagi berita kecederaan pada bek boleh harap Thomas Vermaelen yang diimpikan dapat dipasangkan dengan pembelian baru Wenger Per Mertesacker pada game akan datang menentang Swansea - nampak tidak menjadi kenyataan.

Vermaelen dilaporkan mengalami kecederaan otot lanjutan dari kecederaan Achilles panjang sebelum ini dan dijangka sukat mungkin rehat setidak-tidaknya selama sebulan.

Vermaelen mula mendapat kecederaan itu ketika The Gunners meraih kemenangan ke atas Udinese pada play-off Liga Champions, dua minggu lalu. Akibatnya dia juga tidak turut bermain ketika Arsenal dilaukkan United 8-2.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails