Sunday, September 25, 2011

Match Report | Arsenal 3 - 0 Bolton Wanderers; Gol ke-100 Kapten van Persie, Beri Arsenal 3 Mata

Arsenal 3 : 0 Bolton Wanderers
Robin van Persie ('46) & ('71), Alex Song ('89) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Mark Clattenburg



Macam dan lama sangat rasanya tak merasa nikmat kemenangan 3 mata...huhu! akhirnya termakbul juga ...Berikut senarai pemain yang diturunkan:-

Line-up Arsenal (4-2-3-1):
----Szczesny----
----Sagna----Mertesacker----Koscielny----Gibbs
----Arteta----Song----
----Gervinho----Ramsey----Walcott----
----Robin van Persie----


Pertama sekali pastinya, Tahniah buat kapten Arsenal, Robin van Persie yang menjaringkan dua gol sekaligus merupakan gol ke-100 untuk Asenal. Ini tak langsung menjadikan van Persie insan ke-17 yang berjaya menuruti jejak-jejak penjaring hebat sepanjang zaman dalam sejarah Arsenal yang mencapai tanda aras 'Penjaring Unggul Arsenal'. - Bukan mudah sebenarnya untuk van Persie mengapai tahap dewa skorer ini, yang kita tahu beliau punya rekod banyak injed dari main bola sepanjang kariernya di Arsenal.

Statistik 100 gol : Robin van Persie
71 : Kaki kiri, 23 : Kaki kanan, 6 : Tandukan.
12 : Luar kotak Penalti, 88 : dalam kotak penalti (12 penalti)

Seperti biasa juga, Siapalah Arsenal kalau tidak tampil dengan mendominasi penguasaan bola, tapi gagal diterjemahkan dengan medominasikan kemenangan. Di awal babak Arsenal terus menunjukkan rhythm permainan nak menang, dengan Bolton masih terkial-kial mencari lenggok yang senada dengan irama yang dimainkan Arsenal.

Bolton tiba-tiba sempat menyelit dengan cubaan bahaya dari Darren Pratley hasil umpanan David Wheater dari luar kotak penalti, namun berjaya dipatah Wojciech Szczesny. - Keputusan pastinya akan berbeza jika Szczesny gagal menyelamatkan situasi tersebut. Aksi terpuji dipamerkan Szczesny ini patutnya sudah cukup menjadi penunjuk jalan keluar buat Almunia bawa diri pada jendela perpindahan bulan Januari akan datang, untuk apalah Wenger membazirkan bayar gaji pokok untuk membiayai Alumina, rasanya kita tidak perlu sampai 4 keeper sekarang ini!

Selepas itu, Arsenal bangkit bermula di minit ke-8, Robin Van Persie tiba dulu menguji gawang pasukan pelawat menerusi tendangan bebasnya namun sayang bola sedikit menyilang di tepi; dengan Jaaskelainen dilihat takde peluang untuk menampan cubaan tersebut. Tuah terus berpihak Bolton!



Arsenal berterusan memanjangkan dominasi permainan dengan aksi mengancam yang dipamerkan Gervinho. Namun dua peluang awal yang diperolehi bintang antarabangsa Ivory Coast itu gagal dijelmakan dengan gol. Selepas itu, Arsenal terus dikecewakan dengan dua blok dari Paul Robinson dan Wheater yang memastikan kubu Bolton kebal tanpa dibolosi sehingga tamat wisel babak pertama. Kedudukan kekal 0-0.

Di babak kedua, Arsenal turun dengan barisan yang sama tapi dengan semangat yang sama sekali berbeza. Hanya 40 saat saja diperlukan untuk Arsenal menjaringkan gol, apabila Robin Van Persie sekali lagi memperagakan skil menjaringkan gol menerusi kaki kiri dari sudut sukar membolosi di celahan tiang gol menewaskan Jaaskelainen. - Gol jaringan van Perisie itu nampak 'saling tak tumpah' macam jaringan ketika Arsenal menumbangkan Barcelona 2-1 di Emirates musim lepas.

Lu mantap bro!: Robin van Persie mengucapkan terima kasih kepada Walcott kerana membuka peluang untuknya mencatatkan gol ke-100 peribadi di Arsenal

Bolton yang sedang cuba mencari gol penyamaan, tiba-tiba menerima musibah di minit ke-55 apabila kehilangan satu pemain selepas David Wheater dikenakan kad merah kerana didapati bersalah menarik Walcott berhampiran kotak penalti Bolton.

Berkelebihan seorang pemain skuad bimbingan Wenger segera memanfaatkan peluang terhidang dengan semakin bermaharajalela. Ohh! Inilah nikmatnya perasaan apabila dapat bermain dengan kelebihan seorang pemain yang mana kita tewas kepada Newcastle dan Liverpool akibat kekurangan pemain selepas pemain kita dikenakan kad merah. Namun ia tidak kelihatan semudah dijangka, Arsene Wenger perlu menunggu sehingga minit ke-71, barulah muncul tambahan gol melalui gol yang dicetak Robin Van Persie, selepas Walcott melakukan dribling melepasi beberapa pemain pertahanan Bolton sebelum melepaskan umpanan silang, mudah bagi van Persie menolak masuk.

Di akhir babak, Arsenal terus menambah sengsara skuad kendalian Owen Coyle terperosok didasar liga dengan hanya mengumpul 3 mata setakat ini, dengan Alexandre Song mencetak gol selepas memanfaatkan umpan Bacary Sagna.

Kemenangan 3-0 ini membuat Arsenal melonjak ke posisi ke-12 dengan mengumpulkan 7 mata. Namun ketinggalan 5 mata dengan pasukan di tangga ke-4, Newcastle.



Statistik perlawanan



19 --------- Percubaan --------- 2
10 --------- Percubaan Tepat --------- 2
2 --------- Offside --------- 3
8 --------- Kekasaran --------- 9
9 --------- Sepakan Sudut --------- 2
Posisi Bola (%)
63% --------- --------- 37%

2 comments:

alien said...

Song the best!!

Dial-Square said...

pasni olympiacos..then spuds...kekal momentum...

Related Posts with Thumbnails