Tuesday, November 29, 2011

Preview Match | Arsenal vs Manchester City; Tetap Optimis Ke Separuh Akhir Dengan Skuad Meriam Muda



Carling Cup, Suku Akhir
Arsenal vs Manchester City
Kickoff: 20:00 (waktu UK)
Emirates Stadium
Prestasi Terkini: Arsenal WDWWWD | Manchester City: WWWWLD


Aksi Carling Cup kali ini mengambil tempat! Tinggalkan sejenak tekanan di Barclays Premier League. Arsenal kini masih gigih memanjat carta Liga Perdana manakala pasukan lawan Manchester City pula dilihat agak terumbang-ambing dalam aksi di Champion League. Di peringkat suku akhir Carling Cup kedua-dua pasukan akan dipertemukan, namun khabarnya kedua pasukan akan mengguna pakai kesebelasan yang berbeza mungkin hampir 90% dengan Mancini sudah mula bersuara untuk membuat rotation dalam kesebelasan yang bakal di turunkan di Emirates, namun yang paling mencuri tumpuan pasti kepulangan yang ‘tidak diundang’ Samir Nasri selepas membuat penghijrahannya ke Manchester City pada akhir jendela perpindahan januari lepas.

Sementara Bos Arsenal, Arsene Wenger juga awal-awal sudah pasang hajat mahu elakkan bintangnya ‘burn-out’ lebih awal kerana sering beraksi dan kurang mendapat tempoh rehat, Robin van Persie, Theo Walcott dan Aaron Ramsey antara yang dijangka akan direhatkan dan kemungkinan akan dletakkan di bangku simpanan sahaja.

Nama-nama Alex Oxlade-Chamberlain, Francis Coquelin, Emmanuel Frimpong dan Park Chu Young semuanya sudah bermain dibibir Wenger dan kelihatan seperti akan memulakan aksi sebentar nanti. Sedikit samar pada benteng pertahanan, Mungkin Koscielny yang tidak digunakan pada perlawanan dengan Fulham akan kembali dalam pasukan utama yang lain mungkin juga Squillaci.

Lain-lain mungkin Yossi Benayoun dan Abou Diaby yang sudah diberikan peluang untuk turun kali pertama selepas pulih dari kecederaan dilihat ada tanda-tanda untuk terlibat lebih besar dalam percaturan Wenger kali ini. Arsene Wenger juga mempunyai dilema dalam membuat pemilihan di posisi fullback ini memandangkan krisis pemain di barisan pertahanan yang cedera iaitu Kieran Gibbs, Carl Jenkinson dan Bacary Sagna. Dengan menampilkan pasukan ke-2 Arsenal ini, kita mengharap semangat Merah Putih tetap utuh mengalir pada diri para pemain yang diturunkan.

Jangkaan barisan yang bakal diturunkan

Fabianski

Koscielny-Squillaci-Miquel- Santos

Diaby-Frimpong-Benayoun

Chamberlain-Park-Arshavin

Jika ada lagi reseki Arsenal musim ini andai memenangi perlawanan sebentar nanti, Arsenal akan berada dalam separuh akhir , dan akan menghadapi salah satu daripada Crystal Palace/ Manchester United atau Liverpool / Chelsea atau Cardiff City / Blackburn Rovers.

Jika kita tewas, itu bukan noktah buat kita, meriam-meriam muda ini boleh kita turunkan ketika perlawanan terakhir di Champion League ketika melayan Olympiakos nanti, Namun yang pastinya tiket ke separuh akhir Carling Cup tetap menjadi buruan khusus kita ketika ini selepas frust menonggeng musim lalu, tetapi sekiranya gagal itu tidak bermakna kita kembali ke zon krisis.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails