Showing posts with label Andre Santos. Show all posts
Showing posts with label Andre Santos. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

Arsenal Squad | Arsenal FC senarai pemain musim 2011-2012

Mengharungi Cabaran 2011/12...


Arsenal akhirnya memuktamadkan senarai daftar 22 pemain seniornya bagi membawa cabaran untuk musim 2011-12. Ini termasuklah 5 signing terbaru saat akhir iaitu Mikel Arteta, Yossi Benayoun, Per Mertesacker, Andre Dos Santos dan Park Chu Young. Barisan kali ini menampilkan beberapa perubahan dalam skuad bimbingan Arsene Wenger musim ini dengan pemergian juga pelepasan beberapa tonggak yang sentiasa dipercayai The Prof sebelum ini seperti Cesc Fabregas, Samir Nasri, Clichy serta lain-lain Eboue, Bendtner & Denilson.

Sementara, pemain yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1990 pula tidak perlu dimasukkan ke dalam skuad dan boleh digunakan sesuka hati pada bila-bila masa.

Skuad Arsenal (simbol (*); pada nama adalah pemain berstatus 'Home Grown' dan berumur lebih 21 tahun):

Keeper: Manuel Almunia, Mannone * Vito, Lukasz Fabianski
Pertahanan: Johan Djourou * Kieran Gibbs *, Laurent Koscielny, Per Mertesacker, Bacary Sagna, Thomas Vermaelen, Andre Santos, Sebastien Squillaci
Tengah: Andrei Arshavin, Mikel Arteta, Yossi Benayoun, Abou Diaby, Tomas Rosicky, Alex Song *
Serangan: Gervinho, Robin van Persie, Marouane Chamakh, Park Chu-Young, Theo Walcott *

Wojciech Szczesny, Aaron Ramsey, Jack Wilshere, Emmanuel Frimpong dan Carl Jenkinson pula diletak pada senarai pemain bawah 21 tahun untuk menjimatkan senarai 25 pemain.

sumber: premierleague

Thursday, September 1, 2011

Transfer News | Welcome Mikel Arteta, Per Mertesacker, Andre Santos, Chu Young Park & Yossi Benayoun

Sulah Mali.....amekawww sekaligus 5

Dua hari punya kerja, lima nama Wenger hangkut lepas geram - Mikel Arteta, Per Mertesacker, Yossi Benayoun, Andre Santos & Chu Young Park.

Paling best ini Arteta, ada darah 'Barcelona DNA' mau nanti kena claim balik dengan Barcelona..chisss, Untuk rekod signing musim ini, yuran perpindahan tertinggi di buat Wenger & Co jatuh kepada Chamberlain


8. Mikel Arteta




4. Per Mertesacker




11. Andre Santos



9. Chu Young Park



30. Yossi Benayoun



Sementara itu, budak signing baru Joel Campbell telah dihantar atas terma pinjaman untuk FC Lorient, manakala beberapa anak muda lain termasuklah Gilles Şunu yang kelab Perancis dan Nicklas Bendtner dipinjamkan ke Sunderland.

Semoga berjaya Arsenal FC
Related Posts with Thumbnails