Showing posts with label Marouane Chamakh. Show all posts
Showing posts with label Marouane Chamakh. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Video Goals | Gol 'Classy' Chamakh Buat Maghribi

Chamaldo...Moroccan-Rolla


Kini nampak bersepah-sepah rumours di laman sesawang yang mengaitkan dan terkait dengan Arsenal, yang nak pindah ke Arsenal yang nak keluar pindah dari Arsenal! Macam-macam hal..satu-satu nama muncul sampai tak tahu mana satu nak 'trust'....

Sementara itu ada beberapa perlawanan antarabangsa yang berlangsung, dan ada beberapa pemain Arsenal yang beraksi dan mencuri tumpuan, Jadi untuk entri kali ini, aku share pasal pemilik jersi no.29 Arsenal - Marouane Chamakh.

Pembelian berbaloi Arsenal dari Wenger 2010/11 'tanpa perlu keluar yuran perpindahan' Marouanne Chamakh mungkin bukanlah yang menjadi bualan di bibir para Pencinta Arsenal diluar sana, namun dia adalah pembelian yang terbaik dari Arsenal terutamanya dalam tempoh awal penampilannya ketika kita kehilangan khidmat Robin van Persie akibat kecederaan. Selepas kemunculan 'on-form' dari RvP ; Chamakh dilihat agak terpinggir selepas itu...Dengan 28 penampailan dengan 12 gol dalam semua kejohanan, ia tidaklah seteruk mana untuk penampilan kali pertama di EPL.

Chamakh dilihat lebih tajam melalui tandukan namun agak 'capless' dari segi tendangan, namun dalam kelayakan 2012 Piala Negara Afrika, Chamakh memperlihatkan yang dia masih tahu bagaimana pakai kaki untuk menghalakan ke arah gol apabila mencatat nama selaku penjaring ketika Magribi menumbangkan Algeria 4-0.

Harap musim depan, Chamakh akan lebih tajam memburu gol...

Untuk melihat jaringan chamakh, lihat video dibawah:

Friday, November 12, 2010

Match Report | Sepasang Gol dari Chamakh, Aksi World Class Fabianski, Selamatkan 3 Mata Arsenal

Wolverhampton Wanderers 0 : 2 Arsenal
- : Marouane Chamakh ('37sec & '90)
Vanue: Molineux, Wolverhampton
Referee: Mark Halsey



Match Report | Wolverhampton Wanderers vs Arsenal, English Premier League

Arsenal tidak mudah putus harapan apabila bangkit semula selepas mengalami kekalahan dalam dua perlawanan sebelumnya kepada shaktar Donestsk dan Newcastle United yang menjadikan skuad bimbingan Arsene wenger itu mula dikritik kemampuannya bagi mengejar kejuaran Liga Perdana musim ini. Sepasang gol datangnya dari striker Maghribi Marouane Chamakh pada di awal-awal permaianan dan di hujung permainan memberikan tiga mata berharga buat Arsenal.

Permainan ini sebenarnya tidak semudah yang dijangkakan kalau dilihatkan kepada catatan gol yang tertera di Papan mata. The Gunners kerap dipaksa berkerja keras sepanjang 90 minit dari Wolves apabila mereka memberikan aksi melawan yang bertenaga.

Arsenal seperti biasa, cuba menekan tempo permainan lancar dengan lebih awal melalui hantaran pendek, berbekal dengan gaya permainan tersebut, Gol pertama berjaya di jelmakan hanya 37 saat selepas wisel permulaan dibunyikan Mark Halsey. Dari tindakan sebelah sayap kanan, Song menyilang bola lambung sempurna tepat ke dalam kotak penalti Wolves, dan Chamakh yang berada pada situasi dan masa yang tepat langsung menggunakan kemahiran tandukannya untuk memberikan Arsenal gol awal yang juga mencatatkan rekod sebagai antara gol terawal di Liga Perdana. Kedudukan terus kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama.

Dia awal 20 minit pertama berlalu dengan Wolves hanya banyak mengejar bola dengan Arsenal mengawal sepenuhnya penguasaan bola. Namun, selepas itu, pasukan tuan rumah mula mendapat rentak dengan permainan berbeza dengan beberapa permainan keras di tengah padang terutamanya dari Karl Henry, dan wolves juga memperolehi beberapa peluang baik untuk mendapatkan gol penyamaan tapi tidak berjaya disempurnakan termasuk digagalkan pertahanan Arsenal dan aksi hebat Fabianski.

Masuk di awal babak kedua, rentak permainan masih mirip dengan permainan akhir babak pertama, dengan wolves hampir mendominasi peluang, sementara Arsenal terus kekal dengan permainan hantaran-hantaran pendek seperti mahu bergantung harap kepada gol yang satu untuk memberikan bekalan tiga mata di bawa pulang ke Emirates.

Namun Fabregas nyata beruntung apabila nyaris-nyaris tidak dikenakan tindakan buang padang apabila melakukan terjahan lambat ke atas Ward di 5 minit terakhir permainan. Terjahan yang sepatutnya menghadiahkan kad merah tapi Fabregas hanya dikenakan kad kuning. - Terima kasih Mark Halsey!

Sehingga ke akhir-akhir minit permainan, Wolves terus mengancam kubu Arsenal. Dan Clichy dilihat bermain dengan baik untuk menghalang cubaan Ebanks-Blank, dan tindakan kemas berkelas dunia Fabianski apabila menyelamat cubaan dari Doyle yang mampu menghadirkan gol buat Wolves.

Setelah itu, hasil dari satu gerakan berpunca dari Fabregas yang mengumpan kemas ke Chamakh yang tenang menyumbat bola melewati Hahnemann. Arsenal menutup permainan 2-0 dan meletakkan Arsenal menambah ke 23 mata keseluruhan untuk berkedudukan di tangga ke tiga ketinggalan satu mata di belakang Manchester United yang seri tanpa jaring dengan Manchester City - Boring! Boring!. Ketinggalan lima mata kepada pendahulu liga Chelsea.


Sunday, October 17, 2010

Match Report | Chamakh Letak 'The Gunners' Terus Relevan Menekan Chelsea di Takhta Liga BPL

Arsenal 2 : 1 Birmingham City
Samir Nasri (pen '41), Marouane Chamakh ('47) : Nikola Zigic ('33)
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Martin Atkinson



Match Report | Arsenal vs Birmingham City, English Premier League Pusingan ke-8

Pembelian Berbaloi-baloi! Marouane Chamakh berikan gol kemenangan untuk membawa 'The Gunners' mendaki ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris. Juga hadiah istimewa buat Arsene Wenger yang meraikan penglibatannya yang ke-800 sebagai Bos Arsenal selepas secara rasmi mula menjawat jawatan Bos Arsenal pada 10 Oktober 1996 ketika mengendalikan perlawanan menentang Blackburn Rovers. Kala itu hasil dua gol dari Ian Wright memberikan tiga mata pertama buat Arsene Wenger dan Arsenal.

Bukan satu corak permainan yang paling menyerlah musim ini di Emirates tetapi ia sudah cukup memberikan Arsenal memenangi tiga mata yang sangat berharga dengan musuh terdekat Manchester United dan Chelsea masing-masing keciciran dua mata apabila dipaksa seri dengan pasukan lawan masing-masing.

Arsenal dipaksa rela berkerja 'setengah nyawa' sebelum akhirnya menang dengan 2-1 ke atas Birmingham - tetapi diselubungi insiden terjahan keras 'hampir mampu mematahkan kaki' dari Jack Wilshere ke atas Nikola Zigic dan akibat dihadiahkan kad merah berserta pergantungan tiga perlawanan berikutnya melibatkan perlawanan dengan Manchester City, Newcastle dan West Ham. Juga kembalinya bekas jentera tengah 'The Gunners' Alexander Hleb ke Emirates selepas berkelana membawa diri ke Sepanyol mewakili Boocelona, tapi khidmatnya di sana hanya sekadar memanaskan bangku simpanan, dan kini kembali ke England menyarung jersi Birmingham City. - Menang pingat kejuaran dengan Boocelona tapi jiwa kosong! Untung makan gaji buta jer! huhu!

Berbalik kepada perlawanan semalam, Pasukan pelawat 'The Blues' bermula garang apabila berjaya melakukan kejutan awal memimpin perlawanan melalui tandukan pemain kelahiran Serbia Nikola Zigic yang berketinggian 202 cm, setara Peter Crouch pada minit ke-33. Gol yang berpunca dari sepakan lambung dari Keith Fahey tepat ke tengah kotak penalti yang sedia menanti Zigic menyambut cantik dan menghalakan tandukan ke penjuru bawah kanan Fabianski walaupun disaingi Djourou - Tiada pihak yang aku harus persalahkan; usaha Djourou dan Fabianski sudah ada tapi tidak cukup baik untuk menyekatnya. Tahniah buat Fabianski sejak 3 game terakhir ini, semakin menampakkan keyakinan yang membuak-buak! Konsisten please!

Hup! Hup! Lonjakan dari pemain berketinggian 202 cm: Djourou gagal menyaingi lonjakan Nikolas Zigic dari memberikan gol awal pasukan pelawat.

Arsenal sebenarnya hampir mengembirakan PenCinta Arsenal yang hadir di Emirates apabila tandukan pada minit ke-17 dari Sebastien Squillaci yang sudah menerjah jaring berpunca satu sepakan bebas Samir Nasri - tapi ia dibatalkan kerana dikatakan sudah berkedudukan offside.

Namun untuk tewas sekali lagi di Emirates - Tidak sama sekali!, Samir Nasri nampak diberikan peranan dari Wenger untuk menjawat jawatan tetap sebagai pengambil sepakan penalti sejak kebelakangan ini, dan ianya nyata tidak mengecewakan. Kedudukan mula berubah apabila sepakan penalti Nasri jelas menjadi lagi untuk mengikat kedudukan selepas pengadil perlawanan Martin Atkinson menghadiahkan sepakan penalti buat Arsenal, Ia menjadi satu keputusan yang agak kontroversi dari tindakan rebah badan dari Marouane Chamakh dikatakan hanya berlaku sedikit sentuhan lembut dari Scott Dann, tapi Atkinson memutuskan ianya penalti.

Auww! auww! Ops! Patin: Kontroversi; Bentesan dikatakan lembut Scott Dann ke atas Marouane Chamakh yang harus dibayar mahal, membawa kepada sepakan penalti buat Arsenal.


Ermmm! Nah! Penuh Makrifat: Sepakan penalti dari penjawatan jawatan tetap Penyepak Sepakan Penalti 'The Gunners' Samir Nasri.

Selepas masuk babak kedua, satu gerakan pantas dari anak muda Wenger men'terencatkan' pasukan pelawat, hasil gerakan menarik di depan kawasan penalti Birmingham percaturan gerakan menarik Wilshere dan Song memberikan ruang buat Marouane Chamakh melakukan gerakan menarik disulami turning 360 darjah sebelum menewaskan Ben Foster, dan gol itu sudah cukup untuk menghadiahkan Arsenal tiga mata penuh.

Tidak Terkapai Tangan: Marouane Chamakh melarikan bola dari Ben Foster sebelum melepaskan rembatan, yang merupakan gol kemenangan Arsenal.

Dengan berbaki 20 minit, Arsenal mula membuat beberapa perubahan dengan mengeluarkan Andrey Arshavin yang dilihatkan kurang bermaya sepanjang 70 minit dan digantikan oleh pemain sayap antrabangsa Czech Tomas Rosicky.

Bendtner kemudian diberikan kesempatan membuat penampilan perdananya yang juga kali pertama musim ini mengantikan Chamakh pada minit ke-79 dengan selang seminit Garry O'Connor menggantikan Lee Bowyer untuk pasukan pelawat.

Kehadiran Striker Denmark itu kurang memberikan impak dengan tempoh singkat. Walau bagaimanapun, sesatunya kesempatan yang berpunca dari Rosicky hampir memberikan gol buat Bendtner tapi jelas Ben Foster berada dalam prestasi terbaiknya malam itu.

Kelebihan satu gol yang harus dipertahankan tiba-tiba diakhir-akhir perlawanan akan ditamatkan; hadir detik buruk dari tindakan yang kurang matang dari anak remaja Inggeris dengan melakukan asakan secara semberono ke atas Zigic yang jelas dan bersuluh membuatnya menerima kad merah.

Ouww! Ouww! Patah Kang!: Mungkin itu kata-kata dari Nikolas Zigic yang jelas sangat serius mengerang kesakitan dari asakan 'kamekazi' anak muda Arsenal Jack Wilshere yang membawa kepada kad merah.

Dipetik ketika ditanya tindakannya ke atas Nikola Zigic, Wilshere menjawab:

“I just want to say that I mistimed the challenge on Zigic and accept that I deserved to be sent off, I have no complaints about getting the red card and I will learn from this. I’m missing three matches now which I’m really disappointed about, but I just want to say that I deserved the red card.” – Jack Wilshere.

Bos Arsenal, Arsene Wenger dipetik berkata mengenai insiden melibatkan Wilshere:

“But it was his first tackle in the game and you have to acknowledge that he got a red card and he deserved it but he didn’t spend the whole game kicking people. He was one of the best players on the pitch, unfortunately it happened to him but I think it was more frustration. He didn’t want to harm the player. We do not complain about his red card but you cannot say he had a dirty game.”

"Wilshere is a complete player. He played defensively well, offensively well, and overall he had a very influential game."

Sementara Bos Birmingham, Alex McLeish dipetik mengulas:

“It was a bad tackle but we know Jack Wilshere is not a dirty player. For me, that should draw a line under the Martin Taylor tackle on Eduardo a couple of years ago because for weeks we bleated on that Taylor was innocent and he was not a nasty player and it’s the same as Jack Wilshere.”

Aku pula nak ulas sikit kata-kata si Alex McLeish:

Setuju dan sangat setuju terjahan Wilshere tu tersangat teruk dan merbahaya kesihatan!....tapi untuk menyamakan insiden Wilshere dengan insiden Edurdo yang patah kaki adalah kurang berotak dari McLeish! Dengan Eduardo dipaksa berehat hampir satu musim setengah dan hampir melumpuhkan kariernya! Manakala Jack tidak mematahkan kaki sesiaapa termasuk juga Zigic.

Buat Jack diharap insiden ini akan menjadi pengajaran yang baik untuk mematangkan kariernya supaya dapat menilai dimana dan bagaimana harus melakukan bentesan atau asakan? bila masa dan tempat yang tepat? Jangan main harung jer! - DS@pencintaarsenal

Seperti kebiasan, Mari kita tengok full highlights perlawanan semalam:

Thursday, September 16, 2010

Match Report | Fa'braga' memporak-perandakan Braga

Arsenal 6 : 0 SC Braga
Cesc Fabregas (pen '9) & ('53), Andrei Arshavin ('30), Marouane Chamakh ('34), Carlos Vela ('69) & ('84) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee:
Alain Hamer


Match Report | Arsenal 6 - 0 Braga: UEFA Champion League

SC Braga yang melenyapkan impian Celtic selepas Arsenal melakukannya musim lepas dan kemudian membenamkan Sevilla untuk sampai sejauh ini di Eropah, pasukan yang dikenali sebagai "The Arsenalists" kerana mereka mengambil pengaruh dari Arsenal dalam memilih warna kit mereka, sayangnya Braga dihadiahkan 'mimpi ngeri' bagi membuka kempen perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan H. Pastinya perlawanan semalam yang berlangsung di Emirates mesti mahu dilupakan Braga.

Senarai pemain-pemain yang diturunkan Arsenal dan SC Braga


Arsenal memanfaatkan dua gol masing-masing daripada Cesc Fabregas dan Carlos Vela, dengan Andrei Arshavin dan Marouane Chamakh masing-masing menyumbangkan satu gol lagi untuk menyumbang menang 6-0 The Gunners ke atas Braga di London malam semalam. Ini juga adalah kemenangan terbesar Arsenal di peringkat Eropah sejak kemenangan 7-0 ke atas Slavia Prague hampir tiga tahun yang lalu.

Sementara itu, kapitan Arsenal Cesc Fabregas yang menjadi sumber inspirasi kemenangan semalam dengan menyumbang 2 golnya disamping mencipta 2 peluang buat Andrei Arshavin dan Carlos Vela, ditanya apakah ia senang berada di Arsenal setelah heboh dengan spekulasi beliau akan berpindah ke Barcelona?
Fabregas hanya mengulas pendek:-

"I’ve always felt fantastic here. I’m very happy to be here."

Fabregas juga mengakui bahawa ia kecewa tidak melengkapkan hat-trick walaupun mempunyai kesempatan untuk melaksanakannya:-

"I am a bit disappointed because I wanted to do it, it’s the thing I haven’t done as a professional."

Arsene Wenger kali ini telah mengambil langkah membuat tiga perubahan dalam kesebelasan utamanya ketika mengalahkan Bolton di minggu lalu, meskipun tidak satu pun dari mereka mengalami kecederaan. Samir Nasri. kembali mengambil tempat selepas bebas dari kecederaan lutut untuk memulakan aksi, menggantikan Tomas Rosický di sayap kanan , dengan Bacary Sagna dan Gael Clichy kembali ke tempat biasa mereka pada barisan belakang bersama Sebastien Squillaci dan Laurent Koscielny selepas berehat empat hari lalu.


Fabregas ketika keluar mengepalai rakan sepejuangan untuk memulakan aksi sulung UEFA Champion League 2010/11 (Group H)


Tiga gol di babak pertama dan tiga lagi di babak kedua menjadikan The Gunners dalam perjalanan untuk mengecap pencapaian hebat dalam melepasi peringkat penyisihan kumpulan di UEFA Champion League untuk tahun kesebelas berturut-turut, Ia satu rekod bahkan Manchester United pun tidak mampu tandingi.

Dominasi Arsenal semalam segera menghadirkan keceriaan syawal buat bos Arsenal yang kelihatan sangat senang, tenang dan lenang melihat anak mudanya Jack Wilshere bersinar kembang mekar disamping Fabregas.

Arsene Wenger dipetik berkata:-

"It’s difficult to compare the two players but both have an exceptional talent,"

"What is fantastic for a player like Wilshere is to see a player like Fabregas and to play with him."

Arsenal mula mengetuk pintu Braga bagi mencari gol awal dan hampir-hampir memiliki peluang mendapatkan penalti selepas dua kekasaran tetapi tidak diendahkan pengadil perlawanan Alain Hamer, tapi 'kalau dah rezeki tidak kemana' hasil kekasaran ketiga yang dihadirkan keeper Braga Felipe (nota, apa motif keeper Braga pakai jersi angka besar seperti 84?) yang meyadung kaki Marouane Chamakh telah mencuri tumpuan Alain Hamer yang terus menghadiahkan sepakan penalti buat Arsenal, selaku kapten, Cesc Fabregas yang dipertanggungjawabkan melaksanakan sepakan, tidak mensia-siakan peluang apabila meletakkan Arsenal memimpin 1-0 ketika perlawanan baru sahaja sembilan minit berlangsung.

Detik-detik Keeper Braga Felipe mempertahankan gawangnya dari dikerjakan Chamakh, yang membawa kepada sepakan penalti


Andrei Arshavin memanfaatkan peluang one-on-one pada minit ke-30 dan kali tidak mahu gagal lagi selepas terlepasa peluang menajringkan gol ketika melawan Bolton pada hari Sabtu lepas. Selang empat minit kemudian, Chamakh pula terus menceriakan Pencinta Arsenal di Emirates apabila menemui sentuhan gol hasil rembatan rendah selepas menerima umpanan nan indah tumit kaki dari Jack Wilshere. Ternyata Felipe tak berdaya untuk melakukan apa-apa apabila bola menuju jauh ke sudut kanannya. Kedudukan 3-0 meletakkan The Gunners lega meluncur ke bilik rehat menamatkan babak pertama.

Memulakan babak kedua, tidak ada sebarang perubahan tahap paranormal yang dapat dijelmakan pasukan pelawat Braga untuk menandingi Arsenal, apabila Fabregas sekali lagi muncul memungut gol peribadi ke-2 dalam perlawanan semalam selepas Arshavin melakukan umpanan lambung dari sudut kiri, Fabregas yang tidak dikawal tenang melakukan tandukan bebas menerjah jaring sesuatu gol yang jarang dihasilkannya melalui tandukan.

Selepas itu, Arsenal mula melakukan beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Eboue, Vela dan Denilson. Carlos Vela: ternyata tidak mahu mensia-siakan peluangnya apabila masuk dan menambah 2 gol lagi dengan masing-masing pada minit ke-69 dan 84. Gol Vela hadir selepas beliau bijak menyelinap melepasi benteng Braga yang kemudiannya menunggu Felipe merebah badan sebelum melakukan 'chip' tinggi dan meletakkan 5 gol mendahului lawan. Vela terus melengkapkan gol ke-2 peribadinya selepas Fabregas jelas tidak ikan diri 'self-fish' walaupun memiliki peluang untuk mendapatkan hat-trick bagi kepuasan dirinya sendiri tapi mengambil langkah membuka peluang buat Vela. Sekali lagi, Vela menunggu untuk melakukan trick ulang tayang yang hampir sama, kemudian dengan tenang melakukan menguis bola ke arah lain. Carlos Vela kini telah mencetak tiga gol dalam dua perlawanan terakhir, dengan jumlah keseluruhan bermain 43 minit digabungkan dalam dua permainan.

Meraikan gol: Vela ditimang Eboue penuh kasih sayang sambil diperhatikan kapitan Fabregas


Apa yang kita perolehi dari perlawanan semalam? Penting untuk kita mengambil segera peluang terhidang dan memenanginya dan bagaimana pasukan ini harus menangani musim panjang yang makin mencabar liga domestik dan di Eropah.

Bagi kita PenCinta Arsenal, Jom! kita nikmati kemenangan besar ni? Kita Enjoy! (buat cam Nora Danish dalam drama Puteri) huhuu!

Senarai penuh keputusan perlawanan UEFA Champion League semalam

Video| Arsenal 6-0 Sporting Braga (UEFA Champions League)

Sedutan gol-gol yang dihasilkan Arsenal ketika membenam Sporting Braga 6 - 0 di Emirates dalam kempen peringkat kumpulan H pusingan 1 bagi kempen UEFA Champions League.

Match report akan menyusul kemudian...Stay Tuned! cam poyo lak!

Cesc Fábregas (pen '9)


Andrei Arshavin ('30)


Marouane Chamakh ('34)


Cesc Fábregas ('53)


Carlos Vela ('69)


Carlos Vela ('84)

Saturday, September 4, 2010

PenCinta Arsenal FC News | Chamakh Idam Gelaran Juara Liga Perdana 2010/11

Marouane Chamakh, "Kami ingin memenangi Liga Perdana musim ini"

Striker baru Arsenal Marouane Chamakh telah menetapkan azamnya untuk musim ini adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.

Ketika berbual bicara dengan SkySports.com, Pemain antarangsa Maghribi itu menjelaskan bagaimana kehidupan di Arsenal berjalan lancar dan mudah sejak mengambil keputusan untuk berhijrah dari Bordeaux, Ia menegaskan betapa pengurus Arsene Wenger banyak membantunya untuk menyesuaikan diri dan membuatkan kehadirannya diterima di kelab barunya itu. Pemain berusia 26 tahun itu turut menambah bagaimana ia percaya permainannya akan meningkatkan lebih baik lagi setelah dia mampu menyesuaikan diri sepenuhnya dalam corak permainan Arsenal. Dalam tiga perlawanan Liga Perdana awal musim ini Chamakh sudahpun menjaringkan satu gol ketika menentang Blackpool.

Chamakh juga pecahkan rahsia mengatakan bagaimana suasana keseluruhan pasukan secara mental sangat baik dan fokus untuk mengakhiri musim ini dengan memenangi salah satu kejuaraan utama dan Liga Perdana Inggeris adalah salah satu daripadanya, Ia adalah bagi menamatkan rentetan kemarau kejuaraan yang panjang The Gunners sejak lima tahun terakhir ini.

Berikut adalah kenyataan Chamakh, ia dipetik berkata:

I am delighted to be back in my country as an Arsenal player.

I am settling in well and the coach [Arsene Wenger] is doing his best to make me feel welcome at the club.

I know that once I get settled, my game will improve a lot. The players have welcomed me also and I feel part of the family and the morale in the squad is good.

We want to win the Premier League this season and we are all focused on that.

Wednesday, August 25, 2010

Video| Marouane Chamakh Bintang Video Nike

Bintang baru Arsenal Marouane Chamakh dilihat semakin mengukuhkan reputasi semenjak berpindah ke Utara London, terbaru Chamakh telah dijemput sebagai bintang dalam video terbaru Nike untuk mempromosi produk terbaru dari Nike iaitu Nike Air Max 90 footwear, diharapkan penglibatan sebagai bintang video ini akan menjadi batu loncatan untuk beliau mempertingkatkan motivasi kerjayanya bersama Arsenal.

Dah Jadi Selebriti, Jangan Lupa Diri yer Chamakh! Training kuat-kuat lagi...

Mari kita tonton video bintang baru kita ini:-

Monday, August 16, 2010

Match Report | Reina Signing Baru Arsenal

Liverpool 1 : 1 Arsenal
David Ngog ('46) : Pepe Reina (og'90+1)
Vanue: Anfield Stadium
Referee: Martin Atkinson



SERI yang biasanya sinonim dengan sesuatu yang bercahaya, bersinar, keindahan sehingga mampu dizahirkan ke pantun:

Marouane Chamakh jambul tercacak,
Disergahnya si Reina, dapat gol seri 1 sama;
Hati di dalam rasa nak kocak,
Rasa nak balik ke janda lama.

Tapi perlawanan yang ditonjolkan barisan Arsenal, tiada yang bersinar, yang indah dengan barisan yang tidak cukup sifat kerana masalah-masalah kecederaan dan kesihatan yang sering membelenggu kem Arsenal, sehingga gagal untuk mendapatkan 'first eleven' yang lengkap.

Baru 9 minit sepak mula, Wenger sudah kelihatan gusar, apakah dia sudah dapat membaca kesukaran yang bakal dihadapi anak buahnya? Tapi ngape tak lakukan sesuatu? Apasal sayang sangat duit tabung tu? Aduyaiii...

Berikut adalah skuad yang diturunkan Wenger yang hampir 90% sama klik sini dengan apa yang aku bayangkan...huhu


Anak buah wenger sepatutnya harus mengucapkan sekalung terima kasih pada Papa Reina kerana sudi menghasilkan gol ihsan selepas tertampan bola ke gawang sendiri, Ini mungkin disebabkan ingin menarik perhatian Wenger yang sebelum ini bertiup rumours dikhabarkan menaruh perasaan terhadap Papa Reina ini untuk dibawa ke Emirates, Jadi dengan tindak balas dari Reina ini, adalah Wenger akan membuka mata? huhu

Tampanan bola ke gawang sendiri dari Reina pada minit ke-90, membantu Arsenal untuk mengikat kedudukan 1-1 di Anfield, berkongsi 1 mata adalah keputusan yang cukup bernasib baik buat Arsenal berbanding berputih mata.

Sedutan video jaringan gol Arsenal hasil usaha Papa Reina...Terima kasih Papa :-



Berikut adalah statistik perlawanan semalam:-

Statsistik: (Liverpool – Arsenal)
Penguasaan bola: 42% – 58%
Sepakan Tepat ke arah gol: 4 – 6
Sepakan Tersasar: 2 – 6
Sepakan Sudut: 8 – 10
Kesalahan: 11 – 10

Arsenal sering menguasai perlawanan seperti apa yang berlaku musim lepas, tapi ia tidak mampu dijelmakan dengan kemenangan, Walaupun dengan kelebihan beraksi seorang pemain selepas 'Messi Leverpool', kata Gerrard; dihadiahkan kad merah oleh pengadil perlawanan Martin Atkinson pada minit-minit akhir masa penamat babak pertama selepas melakukan asakan keras terhadap Laurent Koscielny, Penampilan pertama Joe Cole bersama Liverpool pasti tidak akan diingatinya!

Adakah tindakan pengadil, Martin Atkinson menghadiahkan kad Merah kepada Joe Cole patut?

Koscielny ketika diusung akibat terjahan keras Joe Cole, fuh! lega oiii...nasib baik budak kaki Koscielny ni bukan jenis rapuh macam budak Arsenal yang lain

Berikut rekod Martin Atkinson ketika mengendalikan perlawanan samada Arsenal dan Liverpool:-

* Musim lalu, dia adalah pengadil yang menghadiahkan kad merah kepada Thomas Vermaelen, ketika Arsenal menang 2-0 menentang West Ham.
* Atkinson juga bertugas ketika Arsenal menang 1-0 di Fulham, tewas Piala FA di Stoke City, dan tewas 2-1 di Blackburn pada bulan Mei.
* Liverpool pula menang hanya satu perlawanan dengan Atkinson musim lepas, tewas dua dan seri tiga.

Namun Arsenal tidak menggunakan segenap peluang 45 minit menentang 10 pemain Liverpool selepas itu, malah Arsenal pula yang tersentak dengan jaringan pantas yang berkualiti dari David Ngog selepas babak ke dua baru sahaja bermula. Pada pandangan aku, jaringan itu sepatutnya mampu digagalkan sekiranya Arsenal memiliki seorang keeper yang berkualiti dan 'Top Class', Tapi kita harus akur kesalahan 100% tidak boleh diletakkan kepadanya, itulah tahap yang ada pada Manuel Almunia, semenangnya telah diketahui oleh Pencinta Arsenal yang Almunia tidak menepati tahap yang sepatutnya untuk mengengam peranan selaku keeper No.1 di Arsenal selepas aksi tidak konsisten musim lepas dengan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya, dia tidak cukup bagus untuk Arsenal sebenarnya.

Wenger sebenarnya yang bertanggungjawab diatas faktor ini, selepas petikannya ketika ditemubual sebelum berangkat ke Liverpool:-

"whoever was in goal today would be our “No.1” keeper."

Nampaknya Pencinta Arsenal akan terus dihidangkan dengan aksi dari Almunia sepanjang musim ini kerana dia keeper No.1 Arsenal ketika ini, melainkan ada muka baru yang akan dibawa masuk Wenger sebelum jendela perpindahan pemain tamat.

Percaturan Wenger meletakkan Jack Wilshere sebagai kesebelasan utama, tidak menampakkan ia pertaruhan yang diharap-harapkan kerana Wilshere dilihat gagal untuk menampilkan aksi yang diharapkan seperti mana yang ditampilkan ketika kempen Piala Emirates. Tapi, ia baik untuk Wilshere bagi proses kematangannya..Pergh! aku cam Wenger siot! huhuh! Namun kemasukan Rosicky menggantkan Wilshere mula merubah corak serangan Arsenal yang kelihatan bernyawa, Rosicky nyaris menemui sentuhan gol tetapi tidak bernasib baik apabila cubaan beliau berjaya digagalkan Papa Reina. Secara keseluruhan Arsenal jelas merindui sentuhan emas ketua pasukan, Cesc Fabregas yang dikhabarkan belum cukup cergas untuk diturunkan, sementara Robin van Persie yang dilaporkan tidak cukup cergas juga turut diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-75, tapi ia belum cukup melakukan impak dalam perlawanan semalam kerana tempoh masa yang terhad. Ironinya, rakan senegara Persie di Liverpool, Kuyt boleh pula menempoh aksi 90 minit!

Selang beberapa minit selepas Roy Hodgson memasukkan Juara Piala Dunianya, Torres, Wenger bingkas tidak mengalahkan membawa masuk Naib Juara Piala Dunianya pula, Robin van Persie....Yeah!!! Terjah!


Arshavin, bintang yang ku harap akan buat 'magic' nampaknya tidak menjadi, Ia sekadar menjadi 'dukun hujan'...Come on! Cebin, please kambek bro!!!


Koscielny yang menunjukkan penampilan pertama dengan Arsenal juga menerima nasib yang sama seperti Joe Cole apabila dilayangkan kad merah selepas menerima 2 kad kuning, walaupun telah menghidangkan aksi yang cukup baik berganding bersama Vermalen, dan akan terlepas perlawanan seterusnya. Jadi siapakah pilihan wenger untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Koscielny untuk perlawanan di Emirates nanti? Lawan yang akan ditentang adalah merupakan adik tiri Liverpool iaitu Bladifool Blackpool yang baru saja dinaikkan taraf dan telah menampilkan aksi memukau ketika membenam Wigan 4-0. Awas! salah percaturan kita bakal berputih mata....amakkk!!!!

Full Highlights. Enjoy!

Sunday, August 1, 2010

Emirates Cup Match Report | Sumpahan Set-Piece Ranapkan 3 Mata Arsenal

Arsenal 1 : 1 AC Milan
Marouane Chamakh ('38) : Alexandre Pato ('78)

Vanue: Emirates Stadium, England
Marouane Chamakh hampir menghadiahkan kemenangan buat Arsenal di Stadium Emirates pada hari pembukaan kejohanan Piala Emirates 2010, sayangnya ia digagalkan oleh gol penyamaan lewat pelawat dari Alexandre Pato memberikan Arsenal dipaksa berkongsi mata dengan AC Milan seri 1-1 semalam.

The Gunners dilihat mendominasi hampir sebahagian besar perlawanan tetapi seperti biasa, anak muda Wenger tidak begitu kejam untuk mengasak dan menekan ke gawang lawan dan Milan pula kelihatan tampak sesekali cuba melawan dengan ex-Arsenal Flamini dua kali cuba mengancam selama 45 minit pembukaan.

Tapi akhirnya tirai gol pembuka Arsenal berjaya dizahirkan selepas 37 minit hasil larian pantas Arshavin dari kawasan tengah sebelum membuat lorongan pendek ke Chamakh yang bertindak balas dengan meluncur menghulurkan kakinya yang meletakkan Arsenal memimpin lawan. Memasuki babak kedua dominasi Arsenal terus kekal walaupun dengan Arsene Wenger melakukan beberapa pertukaran dengan kemasukan beberapa pemain gantian Vela dan Walcott.

Vanue: Emirates Stadium, England
Meskipun demikian, kegagalan anak didik Wenger untuk mencari gol kedua yang mampu mematikan langsung semangat melawan pasukan lawan sering kali dilihat mededahkan Arsenal untuk gagal mendapatkan mata penuh kemenangan dan ia terbukti apabila selepas 77 minit, Pato menghukum kekurangan yang ada pada Arsenal dari tahun lepas yang dikenalpasti gagal mematikan 'sumpahan dari set-piece', apabila hasil tendangan bebas tersebut, Pato melonjok tinggi dan marking dari Vermaelen yang kurang kemas manakala Fabiaski gagal melakukan sesuatu yang berkesan untuk menghalang bola dari menerjah jaring.

Adakah kekurangnya dari 'set-piece' dapat diatasi Arsenal sekiranya, Wenger dapat membawa masuk Per Mertesacker atau lain player yang tinggi dan tegap yang mampu menampung kekurangnya pertahanan Arsenal yang berskala tinggi ini?
Arsenal mempunyai beberapa kesempatan untuk mengubah keputusan perlawanan terutamanya dari pemain gantian Mark Randall yang dilihat memiliki kesempatan emas. Anak muda itu yang berjaya menyelinap masuk ke kawasan penalti, tapi Randall yang hanya berhadapan kiper AC Milan, Christian Abbiati gagal menyudahkan sentuhan gol apabila sepakan pertama diberjaya dihalang sebelum rebound-nya juga gagal disudahkannya.- Memang Berbaloi-baloi Ruginya, tapi ini akan menjadi satu pengalaman baik buat Randall bertambah matang di masa depan.

AC Milan juga hampir dijanjikan kemenangan apabila saat satu sepakan deras Zambrotta dari jarak jauh menghentam bahagian atas sudut kanan pada palang. Manakala keputusan lain Piala Emirates juga berakhir seri, Lyon 2 - 2 Celtic.

Walau bagaimanapun, disebalik keputusan seri yang tidak memihak kepada Arsenal dari sudut lain Arsenal dilihat baik dari mutu permainan menyerlah yang dijelmakan oleh bintang muda Arsenal termasuk 2 pendatang baru yang baru ditandatangani Arsenal musim ini seperti Koscielny, Wilshere dan Chamakh yang tampak berinspirasi sebelum sepak mula musim baru, tapi ini baru perlawanan pra-musim, diharapkan pemain-pemain ini akan terus kekal konsisten seterusnya.

Arsenal dilihat memiliki kesempatan untuk mendapatkan keputusan yang lebih menyakinkan apabila akan menentang Celtic pada hari Ahad nanti. Sementara Lyon akan menentang AC Milan.

Dibawah sedutan perlawanan semalam, Enjoy!

Wednesday, December 2, 2009

Rumours | Perlukah Tok Wenger Pecah Tabung


Bos ARSENAL Arsene Wenger terus dikaitkan dengan tingkap pemindahan pemain yang bakal dibuka januari nanti, Satu gerak cubaan untuk merisik pengempur baru mula hangat diperkatakan apabila kecederaan tempoh panjang menimpa Robin van Persie.

Kehilangan Robin van Persie dijangka dalam sekitar lima bulan adalah satu tamparan hebat buat kem Arsenal, ditambah malukan apa melihatkan skuad muda 'The Gunnners' ditembak malu pada Ahad lepas dengan 3-0 kepada Chelsea. Dengan kini 11 mata ketinggalan di belakang Chelsea yang menerajui takhta liga, walaupun Arsenal berkelebihan dengan satu permainan dalam tangan, Wenger perlu bingkas memutar pala hotaknya yang dia perlukan untuk segera memperkukuhkan jentera serangannya walaupun merujuk pada rekod, ternyata Arsenal kelihatan baik pada posisi berkenaan berdasarkan kepada jumlah jaringan gol dan cubaan ke arah gol pihak lawan.

Wenger yang jelas sebelum ini dikhabarkan sangat memuja-muja si Marouane Chamakh dan menyedari ketika itu sukar untuk memujuk Bordeaux untuk melepasnya ke Arsenal.

Chamakh dikhabarkan juga berharap untuk meninggalkan kelab dari Perancis dalam musim panas ini dengan kontraknya bakal berakhir pada akhir musim ini.

Wenger perlu dengan segera dan jelas untuk membuat satu keputusan penting terhadap sasarannya Januari ini.

Sekiranya Chamakh menjadi pilihan, dia tidak akan layak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara kerana sudah beraksi atas tiket Bordeaux tetapi itu tidak memustahilkan 'The Professor' menandatanginya seperti apa yang dilakukan ketika membawa masuk Andrei Arshavin januari lepas.

Antara sasaran-sasaran pengempur lain yang digembar-gembur dan dikaitkan untuk dibawa masuk ke Arsenal januari ini termasuklah penyerang dari FC Toulouse iaitu Andre-Pierre Gignac dan Ruud van Nistelrooy dari Real Madrid.

Walau bagaimanapun, Orang tua 'Wenger' ini mempunyai tindakan yang sentiasa berhati-hati dalam menilai opsyen-opsyennya sebelum mengambil keputusan untuk terjun dalam pasaran pembelian pemain.

Related Posts with Thumbnails