Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
Bolton mengesahkan Arsenal ada membuat tawaran rasmi kepada mereka untuk mendapatkan Gary Cahill tapi ia ditolak kerana dikatakan harga antara £6 juta - £7 juta yang ditawarkan Arsenal terlalu rendah.
Apakah pendapat korang? Adakah nilai £6 juta itu harga yang munasabah untuk pemain yang hanya berbaki setahun kontraknya?
Tapi rasanya mungkin aku dapat paham juga apsal Wenger dan Arsene meletakkan harga sedemikian rupa? Ini memandangkan Clichy dijual kepada Manchester City dengan nilai £7 juta dengan pengalaman bermain di Champion League dan mengumpul 11 caps dengan Perancis.
Sementara, Cahill hanya mempunyai tiga caps bersama England dan tiada pengalaman bermain di peringkat Eropah, selain Clichy juga satu tahun lebih tua berbanding Cahill. - Tapi biasalah diorang ini kalau pemain England, harga memang tahap juara World Cup..
Jadi apa tindakan selanjutnya dari The Prof? Dengan tidak sampai seminggu tingkap perpindahan akan ditutup. - In Arsene We Trust before, now and forever...huhu
Memori Yang Usang: Saat bahagia ketika Emmanuel Eboue, Cesc Fabregas bersama meraikan gol kedua jaringan Carlos Vela ketika menentang Braga di kempen Liga Juara-Juara peringkat Kumpulah H di Stadium Emirates- 15 Sept 2010
Fullback Emmanuel Eboue akhir memilih jalan keluar berpindah ke kelab berpengkalan di Turki Galatasaray dengan nilai perpindahan yang dipercayai sekitar £ 3.5 juta - £ 4 juta. Eboue, dikenali sebagai pemain multi-guna yang boleh bermain dalam pelbagai posisi antaranya bek kiri, sayap kanan, dan di tengah - menamatkan ikatan di Arsenal selepas 6 tahun dengan 214 penampilan.
Eboue dilaporkan adalah pemain yang mempunyai karektor penghibur juga sedikit gila-gila alias badut sarkas, dan itu menjadikan dia sangat popular dan disenangi ramai pencinta Arsenal. Di Arsenal, Eboue mempunyai beberapa detik cemerlang yang sangat diingati ketika menyarung jersi The Gunners antaranya ketika dia mencetak gol dari serangan balas ketika menentang Porto, namun, beliau lebih diingati oleh ramai ketika menjadi punca tercetusnya sepakan penalti apabila menjatuhkan Lucas Leiva secara tidak disengajakan di minit ke-100 ketika menentang Liverpool, dan sekaligus menjadi titik akhir sisa harapan untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana musim lepas , dan menerima cemuhan dari luar padang dalam penampilan buruknya di Wigan. Dengan kemasukan Carl Jenkinson ia seolah-olah menunjukkan isyarat jalan keluar buat Eboue yang dilihat sebagai lebihan kepada keperluan di bek kiri,
Pemergian Eboue ini menjadikan dia adalah pemain ke-3 dari skuad utama yang meninggalkan Arsenal pada musim panas ini selepas Gael Clichy dan Cesc Fabregas.
Apa-apa pun terima kasih buat Eboue dan mudah-mudahan dia mendapat peluang bermain yang lebih besar di Turki.
Sementara itu, Arsenal telah juga mengesahkan bahawa Carlos Vela dan Pedro Botelho akan dilepaskan secara pinjaman ke Sepanyol. Vela akan menyertai Real Sociedad, manakala Botelho, akan menyertai sebuah kelab baru yang baru promoted, Rayo Vallecano.
Nampak seperti ini, mungkin kali terakhir kita akan lihat Vela, ada kemungkinan dia akan terus angkat kaki terus dari Arsenal selepas gagal untuk menempatkan diri secara konsisten di barisan utama Arsenal.
Memperlihatkan kepada keadaan jual-beli Arsenal ketika ini, memang sadis! Setakat ini cukupkah kita dengan menandatangani 2 budak hingusan dari Barcelona; Jon Toral dan Hector Bellerin yang masing-masing berusia 16 tahun dan Carl Jenkinson yang berusia 19 tahun!
Kesudahannya:
Manchester City dikatakan sudah pun menyelesaikan jual beli pertahanan kiri kita, Gael Clichy, dengan yuran perpindahan sekitar £7 juta seperti apa yang dilaporkan kebanyakan media.
Clichy dilaporkan sudah menjalani ujian perubatan di sebuah pusat perubatan persendirian di Barat Utara England pada hari Isnin dan kini dalam proses akhir untuk memeteraikan perjanjian sekaligus sah keluar dari Arsenal, selepas menabur bakti setia selama lapan tahun di Arsenal dan kempunan sebarang gelaran tropi kejuaraan utama di 6 tahun akhir serbisnya.
Clichy adalah merupakan hasil 'buku cek' pertama bagi pengurus City, Roberto Mancini musim ini sebagai persediaan untuk mengharungi pahit getir hidup di dalam kejuaraan Liga Juara-Juara musim depan.
Jika tiada aral melintang, ada kemungkinan juga seorang lagi pemain Arsenal akan menyertai ke Eastlands. Pemain yang disebut-sebut tak lain nak blah tanak blah Samir Nasri apabila penuh di blog-blog dan media-media tentang spekulasi masa depannya yang tidak menentu sejak berapa menjak ini.
Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkemungkinan akan memasuki pasaran pemain untuk bulan januari secara aktif untuk membeli centre-back baru selepas perkhabaran terkini masalah kecederaan hamstring Sebastien Squillaci membuktikan ada kemungkinan ia serius.
The Gunners yang bakal berhadapan Ipswich di Piala Carling untuk leg pertama semifinal di Portman Road pada Rabu malam kini hanya bergantung harap hanya dua bek tengah yang cukup sihat [Laurent Koscielny dan Johan Djourou], ia setelah Squillaci disahkan mengambil kecederaan hamstring ketika seri 1-1 di pusingan ketiga Piala FA ketika melawan Leeds , Arsenal terlepas dari menerima aib setelah diselamatkan penalti dari kapten Cesc Fabregas untuk menyelamatkan Arsenal terkeluar dari kejohanan Piala Carling.
Memandangkan Thomas Vermaelen masih belum cukup terbukti fit, Wenger harus bertindak pantas untuk memback-up kekurangan di bahagian centre back sekiranya Squillaci bakal terlepas aksi untuk jangka panjang.
Wenger ketika mengulas mengenai keadaan terkini yang melanda bahagian pertahanannya itu:-
"If we only have two centre-backs then that cannot work with the number of centre-backs we have,"
"If Squillaci has a problem then we must quickly go out for a player."
Walaubagaimanapun, Arsenal telah dikaitkan dengan beberapa nama yang berkemungkinan antaranya:
Gary Cahill Bek dari Bolton ini telah sering kali dikaitkan dengan perpindahannya ke Emirates, tetapi kehadiran ke Emirates berkemungkinan tipis ini kerana Trotters telah awal-awal menyatakan bahawa mereka tidak akan bersedia untuk menjual Cahill kurang daripada £ 20 juta.
Per Mertesacker Arsenal juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan bintang pertahanan tengah tinggi lampai Jerman, Per Mertesacker ini di jendela perpindahan pemain musim panas lalu, bek Bremen mempunyai kelebihan dari faktor pengalamannya tetapi terkekang kerana sekiranya beliau dibawa masuk, Mertesacker tidak layak untuk bermain di Liga Champions kerana telah bermain dengan Bremen.
Phil Jagielka Merupakan satu lagi pilihan yang berpotensi yang juga sekian lama dikaitkan dengan Arsenal ialah bek Everton Phil Jagielka yang mungkin akan menjadi alternatif termurah dan bersesuaian dengan plan 'penjimatan berbelanja' Wenger selain juga bersedia untuk dimainkan di Liga Champions.
Sol Campbell Oh! Tidak! Tapi Sol dinamakan mempunyai potensi dibawa masuk sekali lagi selepas bekas bek Arsenal ketika ini dikatakan tidak 'bahagia' di Newcastle, Wenger mungkin merasakan menandatangani bekas bek Gunners sesuai untuk prospek jangka pendeknya, mirip dengan situasi ketika ia ditandatangani pada akhir musim lalu.
Payah sebenarnya nak baca pemikiran di kepala otak orang tua (wenger) ni? Kalau sebelum ini, dia awal-awal sudah declare yang tidak ada pemain baru akan di bawa pada jendela perpindahan pemain yang dibuka pada bulan januari ini. Tapi dengan kata kiasan-kiasan yang terbaru dari mulut Wenger ada nada-nada seperti kemungkinan untuk muka baru di bawa ke Emirates januari ini. Hish!
Ini mungkin disebabkan tekanan tinggi dalam Liga Perdana musim ini yang dilihat agak sengit berbanding musim-musim yang terdahulu, selain pertembungan awal selepas diundi menentang Barcelona untuk Champions League.
Dalam video terbaru ini, Wenger dipetik berkata:-
“If we find the needed player who can give something to the team we will do it”
Jadi kita tunggu dan lihat jer lah, mungkin esok kalau dah menang dengan Chelsea, mungkin akan ada nada baru pula kedengaran dari 'The Prof' kita ini? "Saya percayakan anak muda bimbingan saya" - kemungkinan nada sebegini yang bakal kita dengar nanti...huhu
Selepas teruja dengan impak penangan rakyat Belgium Thomas Vermaelen. Satu laporan hari ini menyatakan bahawa Arsenal telah memenangi saingan untuk menandatangani sensasi "Drogba Belgium" Romelu Lukaku dari Anderlecht. Apa percaya Didier Drogba ada satu, susah untuk dicari ganti bakat sepertinya, riak rupa wajah tidak memastikan ia berkebolehan seperti Drogba...Tapi Wenger pasti mempunyai penilaian 'mata kasar' yang cukup istimewa buat si Romelu Lukaku ini, sehingga menarik perhatiannya untuk di bawa ke Emirates, Walaubagaimana pun, aku tetap ada sedikit keraguan kerana Wenger tetap seorang manusia yang mungkin silap dan tidak semuanya penilainya tepat dalam menilai seseorang pemain itu, salah satu contohnya adalah Francis Jeffers, yang ketika mula kemunculannya Wenger pernah melabelnya sebagai 'Fox in the box' dengan sanggup melabur £8 juta pada tahun 2001 tapi akhirnya Jeffers adalah 'Frog in the box'.
Dengan usia yang baru mencecah angka 17 tahun, Lukaku sudah pun tersenarai dalam skuad utama Belgium dan berjaya melakukan debut pertamanya pada 24 Februari 2010 ketika perlawanan persahabatan dengan Croatia, beliau juga muncul sebagai penjaring terbanyak musim lalu (2009-10) di Liga Pro Belgian dengan mengumpul 19 gol semusim.
Sepanjang musim panas ini, anak muda remaja ini juga sering dikaitkan dengan sejumlah besar kelab gergasi di Eropah antaranya termasuklah Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich dan Chelsea.
Dengan rekod perpindahan sekitar £12.5 juta, Romelu Lukaku sering kali dibandingkan dengan Didier Drogba tapi tampaknya dia akan menuju ke utara London berbanding ke Stamford Bridge.
Dengan catatan kecederaan 'tidak sudah-sudah' Robin van Injury Persie yang masih dalam pengawasan pemulihan, Marouane Chamakh tinggal sesatunya 'mesin pencetak gol' produktif Arsenal yang ada dan sementara berita kembalinya Nicklas Bendtner yang masih menjadi tanda tanya? Mampukah beliau kembali ke reputasi juga prestasi asalnya selepas berehat panjang, Lukaku kemungkinan besar mampu memecah tembok untuk mencuri slot penyerang dalam skuad utama Arsenal di Emirates.
Aku harap dana yang digunakan Arsene Wenger ini benar-benar dapat memberikan pulangan yang lumayan, Agar Arsenal mampu keluar dari kepompong kedudukan statistik di tangga ke-2 dan ke-4 sahaja sepanjang 5 musim terakhir ini.
Masa makin mencemburui kita, Pejam Celik Pejam Celik dah 5 tahun kita gagal mengecap kejuaraan utama! Aku juga akan semakin berusia, Jangan sehingga aku bertongkat baru nak bagi kejuaraan...Segan la masa tu aku nak lonjak-lonjak dengan tongkat! huhuhu - ayat tak blkih blah!
Inter Milan dilaporkan telah gagal dalam usaha membuat bidaan hilang akal a.k.a 'gila' untuk memikat Cesc Fabregas dari gengaman Arsenal selepas tawaran yang mereka kemukakan di tolak mentah Arsene Wenger, menurut Sportmediaset.it.
Pengarah sukan Inter Marco Branca dilaporkan membuat tawaran kepada The Gunners ditambah pakej yang kononnya menarik bersama pemain kelahiran antarabangsa Ghana Sulley Ali Muntari.
Namun Wenger tidak cukup 'termakan umpan gula-gula' dengan tawaran sebegitu murah dari gergasi Serie A itu.
Bidaan itu hanya hadir beberapa jam selepas Rafael Benitez bercakap secara terbuka tentang keinginannya untuk membawa bintang berkelas dunia ke kelab dengan memberikan penekanan pada pemain tengah setelah ia menyaksikan Javier Mascherano lebih berminat ke Barcelona.
Ini tampaknya merupakan usaha 'berani mati' oleh Rafa Benitez untuk berhasrat membawa Cesc Fabregas ke Milan tapi ia sepatutnya lebih awal menyedari yang usaha ini akan gagal, atau ini adakah spekulasi media Itali untuk mencuri tumpuan ke Liga serie A.
Sedangkan secara terang-terangan diketahui umum bahawa kapten Arsenal jelas mempunyai hubungan 'mistik' dengan Barcelona dengan potensinya untuk berhijrah ke Nou Camp, tampaknya tidak ada sebab yang relevan untuk pengendali dari Sepanyol ini mampu menarik minat Fabregas untuk ke San Siro walaupun megah bersama status juara Champions league.
Inter Milan tampak sangat terdesak ketika tewas 2-0 menentang Atletico Madrid tempoh hari dalam perebutan Piala Super Eropah; dan bekas bos Liverpool kelihatan terdesak untuk menurut jejak pengendali sebelum ini seperti Jose Mourinho dan sebelumnya Roberto Mancini.
Maka terang lagi bersuluh, Arsenal akhirnya telah selesai memeterai bek Perancis Sebastien Squillaci dari Sevilla.
Sevilla telah secara 'lapang dada' menerima tawaran untuk Squillaci, 30, beberapa hari lalu Squillaci telah selesai menjalani ujian perubatan dan selanjutnya tanpa berlengah terus menandatangani kontrak dengan The Gunners.
Arsene Wenger mengulas ketika dalam sidang akhbar sebentar tadi:
"We needed a centre-back of quality and experience if possible, and at the right price - he was all of that.
"He is a real defender and is good in the one against one, good in the air, and can score goals on set-pieces as well. I believe he will be suited to the English game.
"He will train with us tomorrow morning, but will not be involved on Saturday."
Squillaci, yang sebelumnya ini pernah menimba pengalaman bermain untuk Toulon, Monaco dan Lyon, beliau pastinya layak tersenarai dan memenuhi syarat untuk menyarung jersi Arsenal dalam Champions League selepas menolak untuk disenaraikan ketika perlawanan yang melibatkan kelab sebelumnya, Sevilla ketika Champions League play-off menentang Sporting Braga.
tambah Wenger lagi.
"I made a bid on the day Sevilla played in the Champions League, so he did not play as he was waiting for the transfer,"
Arsenal juga dilaporkan berharap untuk terus memperkasakan kubunya dengan cuba memikat keeper baru sebelum berakhirnya jendela pemindahan, Wenger dikatakan telah membuat dua tawaran terhadap Fulham untuk membawa Mark Schwarzer ke Emirates. Namun, Wenger masih terus membiarkan PenCinta Arsenal berteka-teki mengenainya.
Wenger dipetik berkata:-
"We are where we are - we have four great 'keepers and it is important we give confidence to them for the next game,
"I do not rule it out, but at the moment I say I am not in a position to sign anybody. At the moment, it is all dead."
Bintang Sevilla Didier Zokora percaya rakan sepasukannya Sebastien Squillaci yang semakin hampir memeterai perjanjian bersama Arsenal dijangka tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan corak permainan di Premier League.
Pemain Perancis ketika ini sudah berada di London untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas bersetuju dengan tawaran dari The Gunners.
Zokora yang sangat arif mengenai Premier League, selepas pernah mengabadikan diri selama tiga musim dengan Tottenham sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Sevilla, dan dia percaya Squillaci akan mudah menyesuaikan diri dengan mudah ke dalam gaya permainan Arsenal.
Pemain tengah Sevilla mengatakan bekas bek tengah Lyon itu sangat berbakat dari segi teknikal juga mempunyai kemampuan untuk bersaing dengan gaya permainan Inggeris.
Squillaci - bek yang cukup kuat yang diperlukan Arsenal Zakora berkata kepada Sky Sports News:
"He is a very strong defender, he wins every duel. He is a very good defender because he plays for the French national side.
"I think if he plays for Arsenal he will play easy because Arsenal play very easy football.
"For him, I think it is a very good option."
Dia menambah:
"He plays very simple but he wins every duel, he is a very strong defender."
Maka terjawablah, kelab mana yang mampu membayar gaji tinggi yang dimahukan Gallas.
William Gallas mengakui kecurangannya ke Tottenham dari Arsenal bukan keputusan yang mudah diambil tetapi bersumpah akan memberikan segalanya untuk kelab barunya.
Gallas menjadi pemain berprofil tinggi yang menyeberangi Utara London sejak kali terakhir dilakukan Sol Campbell.
Gallas dipetik berkata ketika di laman rasmi kelab barunya itu, www.tottenhamhotspur.com:- "Ini bukan keputusan yang mudah tapi saya di sini sekarang dan saya akan memberikan yang terbaik saya,"
'It was not an easy decision but I am here now and I will give my best,'
Pemain berusia 33 tahun ini juga dengan tanpa ragu-ragu mengeluatkan kenyataan 'beli jiwa' dengan menyatakan ia yakin ia telah bergabung dengan sebuah kelab yang mampu memenangi Barclays Premier League musim ini.
Gallas juga menambah:-
'Finishing fourth last season shows Spurs have improved a lot and I hope this season we are going to finish even higher, maybe even win the Premier League,'
'We just have to believe in ourselves. We have got young players with great quality. 'They just have to believe in their capacity to do something and I hope we can achieve this."
Berikut perbualan Gallas bersama Crouch ketika sesi latihan pertamanya; Crouch: Kat sini kehidupannya cam Syurga, nanti aku kenalkan ko dengan pompuan seksi yer. Gallas: Iskh! Malulah aku....uuhuhuuhu (tersenyum manja)
Menurut DailyMail UK, Sevilla telah mengesahkan mereka telah menerima tawaran dari Arsenal untuk bek tengah Sebastien Squillaci. Pemain berbangsa Perancis berusia 30 tahun itu, saat ini sedang dalam perjalanan ke Utara London untuk sesi pemeriksaan kesihatan dengan tujuan untuk memeterai sebagai penandatangan terbaru langsung juga merupakan permata baru ke-3 yang dibawa masuk ke Emirates sebelum tirai perpindahan pemain ditutup Selasa depan.
Menurut laporan, pemergian Sebastien Squillaci itu juga disahkan oleh laman web Sevilla Fc sendiri:-
Ia dilaporkan melibatkan perjanjian sekitar £5 juta lebih. Penghijrahan Squillaci ini mula hangat diperkatakan selepas Squillaci dikatakan telah menarik diri dari skuad Sevilla yang menghadapi Braga di pertembungan pertama play-off Liga Champions Rabu lepas. Ia merupakan langkah kelab Sepanyol untuk tidak mahu merosakkan perbincangan yang sedang berjalan dan mengelakkan nama Squillaci terikat dalam kempen Liga Champions.
Kehadiran Squillaci, 30, pasti akan menguatkan tunjang belakang dan memperlengkapkan faktor pengalaman di bahagian pertahahanan Arsenal selepas mendapat kritikan dan tindak balas hebat dari PenCinta Arsenal kerana bahagian tersebut kelihatan agak kurang berpengalaman selepas pemergian William Gallas, Mikael Silvestre, Sol Campbell dan Philippe Senderos yang meninggalkan hanya Thomas Vermaelen sebagai pemain berpengalaman disamping 2 pemain muda yang cetek pengalaman antarabangsa Koscielny serta Johan Djourou yang sering dilanda masalah kecederaan.
Sol 'Si Pengantin Baru' Campbell nekad melayari alam rumah tangga bersama isteri baru dengan memilih ke Newcastle United dengan menolak untuk terus kekal bersama Arsenal.
Arsene Wenger sangat menginginkan untuk mengekalkan Campbell di Stadium Emirates dengan menawarkan kontrak setahun lagi tapi bertegas dengan polisinya hanya menawarkan kontrak setahun pada pemain yang melangkaui usia 30 tahun, adanya Campbell dalam barisan 'The Gunners' ia adalah sebagai langkah untuk menyeimbangkan bahagian pertahanan tengah Arsenal yang sekarang ini terdiri daripada Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny dan Johan Djourou.
Nampaknya dengan berita ini, apakah perancangan 'The Professor' selepas ini? adakah Havard Nordtveit menjadi pilihan bermakna tiada muka baru akan dibawa masuk?
Dengan Arsenal yang akan terlibat dengan jadual ketat dalam Premier League dan Liga Juara-- ditambah lagi Piala Carling dan Piala FA - Wenger telah merancang untuk menggunakan Campbell dalam perancangan beliau dalam skuadnya.
Di Arsenal Campbell hanya ditawarkan kontrak untuk satu tahun dengan tidak menawarkan pilihan untuk melanjutkan kontraknya lagi, tetapi bekas pemain pertahanan antarabangsa England itu diberikan pilihan dan kesempatan yang lebih baik dalam skuad utama Newcastle seandainya beliau terus cergas. Aku jangkakan inilah faktor utama yang menyebabkan Campbell bersetuju menandatangani kontrak bersama The Magpies.
Aku mengucapkan selamat berjaya pada Sol Campbell.
Berikut petikan kata-kata Campbell mengenai penghijrahannya:-
"At this stage of my career I couldn't have wished for a better move. To join a club such as Newcastle United, with its proud tradition, heritage and magnificent support, is absolutely tremendous for me.
"I'd like to thank Chris Hughton for putting his faith in me and aim to repay him and the supporters by giving everything I possibly can to help re-establish this great club in the top-tier of English football.
"I just want to play and can't wait to get started. There's a real buzz about the place and that's great. I've played at St James' Park numerous times and always found it a fantastic place to play, there's always a tremendous atmosphere"