Showing posts with label Leeds United. Show all posts
Showing posts with label Leeds United. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Match Report | Leeds United 1-3 Arsenal: Layak Ke Pusingan ke-4 Piala FA, Jumpa Huddersfield Town

Leeds United 1 : 3 Arsenal
Bradley Johnson ('37) : Samir Nasri ('5), Bacary Sagna ('35) & Robin Van Persie ('76)
Vanue: Elland Road, Leeds United
Referee: Mike Dean



Match Report | Leeds United 1-3 Arsenal: FA Cup 3rd Round (Ulangan)

Samir Nasri yang diberikan lilitan kapten pada perlawanan pagi tadi berjaya membawa pasukannya menundukkan Leeds United untuk menempah tarikh dan tempat ke pusingan keempat menentang sebuah kelab dari League One, Huddersfield Town.

Setelah dipaksa untuk terikat 1-1 oleh kelab bimbingan Simon Grayson di Emirates 11 hari sebelumnya, tekanan sebenarnya lebih terarah di sisi Arsene Wenger. Ini kerana sepanjang tempoh kerjaya Wenger di Arsenal, beliau tidak pernah gagal untuk membawa pasukannya didikannya ini melepasi pusingan ke-3 di Piala FA.

Celebrate Gol!:Nasri menerima ucapan tahniah dari rakan pasukan selepas jaringan gol di minit ke-5

Perjalanan Arsenal pagi tadi, mulanya kelihatan agak mudah! selepas Nasri memberikan gol pembukaan buat Arsenal seterusnya meringankan tekanan ketika perlawanan baru berlangsung 5 minit. Gol Nasri ini juga merupakan gol ke-14nya musim ini, sebelum Bacary Sagna menambah tekanan berganda buat Leeds selepas menerima lantunan bola yang tepat ke kakinya seterusnya melakukan rembatan padu tanpa mampu dihalang Kasper Schmeichel untuk meletakkan Arsenal selesa mendahului dua gol di Elland Road.

Boom!: Padu rembatan dari Sagna yang membawa kepada kedudukan 2-0 Arsenal mendahului Leeds

Seperti mendapat cetusan ilham dari gol Sagna, Leeds tiba-tiba bangkit selang 2 minit selepas itu, usaha Bradley Johnson dari jarak 30 meter dengan cara yang hampir sama dengan Sagna, melepaskan rembatan padu yang cukup bertenaga nyata membuahkan hasil seterusnya mengangkat suasana gemuruh di Elland Road yang mampu menampung 38,000 penonton. Gol itu juga meletakkan Leeds kembali 'bernyawa' sebelum meninggalkan babak pertama dengan kedudukan 2-1.

Nak Boom Jugak!: Johnson membawa 'nafas baru' untuk Leeds merapat kedudukan kepada 2-1 sebelum tamat babak pertama

Namun sebenarnya Arsenal mampu menghasilkan lebih gol lagi sekaligus menamatkan sisa perjuangan Leeds lebih awal, terutamanya tindakan Arshavin yang mensia-siakan peluang didepan pintu gol selepas menerima hantaran lintang dari Marouane Chamakh pada minit ke-19.


Lepas Peluang!: sedutan video Arshavin melepaskan peluang depan gol

Bermula babak kedua, Leeds mula memberikan ancaman awal bagi mencari gol penyamaan. Bila mana di minit ke-48 Bradley Johnson sekali lagi cuba menggunakan cara yang sama dengan melakukan rembatan dari luar kali ini lebih kurang jarak 25 meter, tapi kali ini rembatannya meliar dan gagal menemui sasaran. Bagi meneruskan tekanan kepada Arsenal, Simon Grayson cuba membawa 'tenaga baru' dengan memasukkan Leigh Bromby dan Davide Somma.

'Menurun': RvP ketika melakukan sesi 'regangan' sebelum dimasukkan menggantikan Chamakh

Wenger juga tidak mudah untuk membenarkan Leeds yang kelihatan bersemangat untuk mengulangi prestasi mereka ketika menyingkirkan Manchester United pada pusingan yang sama pada 12 bulan yang lalu, apabila memasukkan bintang kepercayaannya Robin van Persie dan Cesc Fabregas sekaligus di minit ke-70. Hanya enam minit keluar dari bangku simpanan, Robin van Persie terus menemui sentuhan gol menerusi tandukan hasil umpanan lambung ke kotak penalti dari Bendtner seterusnya menjadi gol pemusnah untuk membunuh sisa-sia harapan anak buah Simon Grayson.

Barisan pemain kedua pasukan:

Leeds United: (4-4-1-1)
Kasper Schmeichel, Paul Connolly, Andrew O'Brien (Leigh Bromby '65), Alex Bruce, Ben Parker; Jonathan Howson, Robert Snodgrass, Bradley Johnson, Max-Alain Gradel, Sanchez Watt ( Lloyd Sam '79); Billy Paynter (Davide Somma '67).
Sub (tidak digunakan):Shane Higgs, Neill Collins, Andy Hughes, Ross McCormack.

Arsenal: (4-2-3-1)
Wojciech Szczęsny, Bacary Sagna, Laurent Koscielny, Johan Djourou, Kieran Gibbs; Alex Song, Denilson; Andrei Arshavin (Robin Van Persie '70), Samir Nasri (Gael Clichy '83) , Nicklas Bendtner; Marouane Chamakh (Cesc Fabregas '70).
Sub (tidak digunakan): James Shea, Theo Walcott, Jack Wilshere, Emmanuel Eboue.

Kehadiran penonton: 38,232

Sedutan gol-gol yang dijaringan dalam perlawanan pagi tadi, Enjoy!

0-1 - Samir Nasri ('5)


0-2 - Bacary Sagna ('35)



1-2 - Bradley Johnson ('37)


1-3 - Robin van Persie ('76)


Wednesday, January 19, 2011

Preview Match | Leeds United vs Arsenal: Jangan Menghampakan!


Preview Match: Leeds United vs Arsenal, FA Cup 3rd Round (Ulangan)

Tak lepas perlawanan ini, Ngankung la jawabnya.....Takde kerja cari kerja! Tak pasal-pasal kena main tambahan perlawanan...

Elland Road, Leeds United
Khamis, 20 Januari 2011

Astro (ESPN Match) - Channel: 812

Online: 03:55 (waktu Malaysia)


* Pengadil Perlawanan: Mike Dean
* Pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 1 Leeds United
* Pertemuan kedua pasukan: 44 Arsenal menang , 41 Leeds menang, 32 seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-S-S-K-M
* Prestasi terkini Leeds United: S-S-K-S-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Confirm! Ada perubahan dalam kesebelasan The Gunners?

Aku percaya akan ada potensi besar! Wenger akan membuat perubahan kesebelasan pemainnya untuk perlawanan ini?

  • Keeper:

  • Yang paling pasti! Lukasz Fabianski yang masih perlu disisihkan kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan bahunya, Wojciech Szczesny yang sudah memperagakan aksi dalam empat perlawanan berturut-turut akan terus diberikan kepercayaan mengisi slot penjaga gawang Arsenal. Dengan Fabianski dijangka tidak akan kembali sehinggalah selepas Piala Carling untuk leg kedua dengan Ipswich! Ada kemungkinan dia hanya akan mula kembali untuk pusingan keempat Piala FA (jika Arsenal meneruskan kemaraan). Manuel Almunia akan terus diperam sehingga ada pihak yang ingin membelinya keluar dari Emirates! Situasi itu, meletakkan James Shea akan berada dibangku simpanan. Pasti ada beberapa keraguan mengenai bagaimana Szczesny akan mengatasi 'provokasi' di Elland Road, tapi kita juga harus jangan lupa keeper muda kita ini sangat fokus! tidak mudah goyah! Ia berpandukan kepada persembahannya di Old Trafford bulan lalu.

  • Pertahanan:

  • Bacary Sagna akan kembali memperkuatkan benteng kanan kita selepas menyelesaikan pergantungan untuk tiga larangan bermain, jadi Emmanuel Eboue dijangka akan kembali mengisi slot di bangku simpanan. Dengan Sebastien Squillaci hanya kembali pada Februari dan Thomas Vermaelen sedang menjalani rawatan pada Achilles dijangka akan direhatkan antara 4 ke 6 minggu, kini di tangan Arsene Wenger hanya terikat kepada Laurent Koscielny dan Johan Djourou. Bagaimana kalau seorang dari mereka ini mengalami kecederaan pula? Ayuh Wenger! bawakan satu lagi bek tengah berkualiti! Sementara itu ada kemungkinan berlaku perubahan di benteng sebelah kiri, kita mungkin akan melihat Kieran Gibbs sementara merehatkan Gael Clichy.

  • Pemain Tengah (bertahan):

  • Peratusan untuk Aaron Ramsey berada di perlawanan ini mungkin ada! tapi aku jangka ia hanya akan bermula di bangku simpanan, Aku harapkan Ramsey dapat diturunkan ketika kita melawan samada Leeds atau Ipswich, mungkin ketika itu Arsenal sedang selesa mendahului lawan. Kita tidak boleh bereksperimen sangat ketika perlawanan yang genting sebegini! kita mahu layak ke peringkat seterusnya terutamanya Piala Carling! Untuk perlawanan ini, samada salah seorang antara Alex Song atau Jack Wilshere akan direhatkan! Ada kemungkinan juga dua-dua Wenger rehatkan! Antara yang akan bermula pastinya Denilson sekiranya Wenger mengambil langkah merehatkan salah seorang dari mereka. Abou Diaby masih belum cukup cergas untuk diturunkan, Tak perlulah untuk ambil risiko terhadap Diaby, Ia bakal tercedera kembali, biarlah kaki cukup-cukup keras dulu barulah dimainkan si Diaby ini.

  • Pemain Tengah (Meyerang):

  • Slot dibahagian ini yang banyak menyukarkan pemilihan bila Wenger mahu melakukan perubahan! kerana jika kita kekal dengan kombinasi Cesc Fabregas, Samir Nasri, dan Theo Walcott aku yakin jentera kita mampu mengerunkan dan menghuru-harakan mana-mana pertahanan lawan. Namun, bila Wenger memilih untuk merehatkan kombinasi ini, kita akan dapat menyaksikan nama Tomas Rosicky akan kembali tersenarai.

    Walau bagaimanapun menurut BBC, Rosicky dikatakan sedang dijangkitikan virus (mungkin demam atau selesema...tidak pasti). Selain itu, Nicklas Bendtner, Carlos Vela dan Andrei Arshavin mungkin boleh bermula juga; Diharapkan sekiranya salah seorang dari mereka sekiranya di turunkan nanti akan menggunakan peluang ini untuk kembali memperagakan aksi terbaik mereka seterusnya kembali mencuri perhatian PenCinta Arsenal yang dilihat mula meragui kemampuan mereka sejak kebelakangan ini terutamanya Arshavin.

  • Penyerang:

  • Robin van Persie dilihatkan sudah kembali menemui prestasi dan rentak permainannya, sementara Marouane Chamakh kelihatan gagal menyinar ketika perlawanan dengan Leeds Sabtu lalu dan dikeluarkan pada minit ke-68. Chamakh yang dimasukkan dari bangku simpanan di Ipswich juga dilihat gagal mencari rentaknya seperti diawal kemasukkannya di Arsenal. Untuk perlawanan 'HARUS MENANG' ini, dijangka Wenger akan memulakan RVP bagi menembusi gawang lawan dan mungkin Chamakh keluar dari bangku simpanan di babak kedua perlawanan itu nanti.



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Jay Emmanuel-Thomas telah dipinjamkan ke Cardiff City untuk baki musim ini.

  • Kemenangan yang diraih Arsenal di West Ham pada Sabtu adalah kemenangan pertama selepas gagal dalam tiga perlawanan sebelum ini. namun, sejak tahun 2011 ini, The Gunners hanya tewas sekali sahaja dalam lima perlawanan untuk semua kejohanan yang dilalui setakat ini.

  • Arsene Wenger mempunyai 'rekod hebat' apabila tidak pernah disingkirkan dari pusingan ke-3 di Piala FA dalam kerjayanya di Arsenal. Sheffield United adalah kelab terakhir yang berjaya menyingkirkan Arsenal daripada pusingan ini, itu pun berlaku pada musim 1995/96.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Leeds United

  • Luciano Becchio dilaporkan dalam situasi 50-50 untuk diturunkan pada perlawanan ini setelah mengalami kecederaan di bahagian pinggul ketika menentang Scunthorpe minggu lalu.

  • Sanchez Watt dijanjikan tempat dan berpeluang untuk menentang majikannya (Arsenal).

  • Leeds telah mengakhiri musim kemaraunya, selepas menang 4-0 ke atas Scunthorpeminggu lalu selepas gagal meraihkan kemenangan dari enam perlawanan sebelum ini.

  • Leeds juga belum pernah terkalah di Elland Road sejak akhir Oktober lalu.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal telah memenangi tiga perlawanan sebelum ini ketika bertemu Leeds sebelum seri 1-1 di Emirates. Kemenangan terakhir Leeds terhadap Arsenal diraih di Highbury pada tahun 2003 dengan 3-2.

  • Ini adalah pertembungan di Piala FA untuk kali kelapan di antara kedua-dua belah pihak, Arsenal telah memenangi lima daripadanya.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Mike Dean (Wirral).

  • Untuk rekod, samada musim ini dan musim lalu, Arsenal gagal untuk memenangi perlawanan dari enam perlawanan yang dikendalikan Dean.

  • Ini adalah tugasan pertama Dean untuk perlawanan melibatkan Leeds sejak perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dengan Luton Town pada musim 2007/08.

  • Sekitar keputusan penuh perlawanan di pusingan ke-3 Piala FA

  • Selasa: Wolverhampton Wanderers 5 - 0 Doncaster Rovers; Molineux, Wolverhampton
  • Selasa: Manchester City 4 - 2 Leicester City, City of Manchester Stadium, Manchester
  • Selasa: Cardiff City 0 - 2 Stoke City; Cardiff City Stadium, Cardiff
  • Sunday, January 9, 2011

    Match Report | Arsenal 1 - 1 Leeds United: The Whites Nyaris Buat Arsenal Berputih Mata

    Arsenal 1 : 1 Leeds United
    Cesc Fabregas ('90) : Robert Snodgrass ('54)
    Vanue: Emirates Stadium, London
    Referee: P Dowd



    Match Report | Arsenal 1 - 1 Leeds United, FA Cup (3rd Round)

    Ikutkan kepada statistik terkini Arsenal, Menang, Seri, Menang, Seri...Aku terus menjangkakan sepatutnya perlawanan ini kita kena menang, walaupun aku tahu Wenger tidak akan menurunkan sepenuhnya skuad utama, tapi skuad yang diturunkan pagi tadi sebenarnya sudah 'cukup-cukup sedap' untuk memberikan tiga mata kepada kita, Tapi itulah Arsenal! Kejap diberikan aku kegembiraan yang melampau-lampau sampai terbang aku dibuatnya, kekadang inilah hakikatnya yang aku kena terima seperti perlawanan di Piala FA pagi tadi.

    Sinar mentari menerangi Emirates: "Ku sangkakan The Gunners mudah menang dengan Leeds tidak mampu melawan, rupanya seri diakhir perlawanan"

    Arsene Wenger dan Arsenal nyaris menanggung aib tercicir untuk pertama kali di babak ketiga Piala FA, Terima kasih kepada kapten, Cesc Fabregas muncul penyelamat datang dari bangku simpanan untuk mencetak gol penalti di minit-minit akhir untuk memberikan Arsenal seri 1-1 dengan pasukan dari Championship, Leeds United.

    Leeds, yang mengalahkan Manchester United di Old Trafford di pusingan ketiga musim lalu, tampak bakal mengulangi episod sama untuk memenangi perlawanan pagi tadi setelah Robert Snodgrass mencetak gol menerusi sepakan penalti di minit ke-54 selepas Max Gradel dijatuhkan Denilson.

    Seperti dijangkakan, Arsene Wenger melakukan pertukaran pemain di kesebelasan utama hampir 90% dengan hanya meletakkan Alex Song dan Johan Djourou antara kesebelasan yang mencatat seri tanpa jaringan ketika melawan Manchester City. Nicklas Bendtner di gunakan mengemudi sayap kanan dengan Chamakh kembali berada di kedudukan asal sebagai penyerang tunggal.

    Keseluruhan jentera serangan Arsenal dilihat tidak berfungsi seperti diharapkan, Bendtner tidak cukup serasi untuk bertindak selaku pemain sayap apabila dilihat gagal untuk membuat tekanan kepada kubu lawan, hal yang sama juga berlaku kepada Chamakh dan Arshavin. Paling aku kecewakan Arshavin, dia seperti seorang yang berbeza musim ini, dia hilang 'magik' seperti di awal aksi kehadiran di Arsenal terutamanya aksinya di Anfield ketika menjaringkan 4 gol, aku pun tidak pasti adakah kegagalan skuad Rusia ke Piala Dunia di Afrika masih terus memberikan 'impak' mendalam kepada dirinya! Mungkin jugalah! Ini tidak boleh disangkal juga dengan faktor usianya yang sudah menjangkau 30 tahun. (Orang cakap! bila tua-tua ini emosi lebih....huhu!) Dalam tempoh ke Piala Dunia akan datang, apa saja mungkin berlaku! kerana faktor usia juga mungkin prestasi beliau tidak akan seganas ketika aksinya di Euro 2008, Jaminan untuknya beliau terus berada dalam kesebelasan utama Rusia pada piala dunia akan datang juga belum dapat dipasti dengan kehadiran ramai pemain-pemain muda Rusia yang bersedia untuk memuncak! Tapi, aku harap aksinya itu hanya kerana faktor biasa, biasalah setiap pemain ada musim turun naiknya! Fikir positif!

    Tidak bernasib baik, skit jerk: Szczesny gagal menghalang sepakan penalti Snodgrass, memberikan Leeds mendahului dengan 1-0


    Berbalik kepada perlawanan! Selepas ketinggalan 1-0 kepada Leeds hasil jaringan penalti Snodgrass, Bos Wenger mula bertindak balas dengan memasukkan Cesc Fabregas dan Theo Walcott bagi menggantikan Alex Song dan Chamakh. Kemasukan dua pemain kepercayaan Wenger itu nyata mula membawa sinar cahaya kepada kualiti serangan Arsenal, terutamanya dari Walcott yang membawa dimensi pecutan dengan hantaran-hantaran ke kotak lawan yang lebih segar berbanding babak pertama yang dilihat lemau. Rakan sejawatnya di Leeds, Grayson yang mula perasan yang Wenger mahukan gol penyamaan bertindak memasukkan pertahanan kelimanya, Leigh Bromby untuk mengubah kepada formasi bertahan 5-4-1.

    Lagi temui keeper lawan yang cemerlang, selepas Joe Hart tempohari: Arshavin sudah jelir lidah, Ingat dah boleh celebrate gol, tapi digagalkan kecemerlangan Kasper Schmeichel

    Walau bagaimanapun ia tidak dapat menghalang Walcott dan rakan-rakan terus memberikan tekanan ke atas skuad bimbingan Grayson, tapi barisan pertahanan Leeds terus kukuh berdisplin bertahan sehingga tiba di minit ke-88, tindakan Ben Parker yang menarik baju Walcott membawa padah, apabila pengadil perlawanan, Dowd menunjukkan isyarat sepakan penalti buat Arsenal, dan tugas itu disempurnakan cemerlang oleh Fabregas untuk menyelamatkan Arsenal dari bungkus!

    Di tanya kepada Walcott mengenai kejadian yang membawa kepada sepakan penalti itu, Walcott dipetik berkata:

    “I thought [Dowd] did give the penalty to be honest. I just want to apologise to the managers, I actually dived trying to win the penalty.

    “I said to one of their players would you have done it if it was the last few minutes and he said he I probably would have done it.

    Sementara itu, Fabregas juga dipetik mengulas mengenai prestasi Arsenal ketika ditemubual ITV:

    "It was a very difficult game, we didn't pass the ball well enough or quick enough in the first half and they got confidence from that and then they got a penalty,"

    "But we managed in the last 30 minutes to produce a good performance and put them under a lot of pressure.

    "Their keeper should be given the man-of-the-match award. He was fantastic."

    Match Highlights (Video)
    Yang 'hanyut' atau tak sempat nak bangkit, ini ada sedikit sedutan jaringan gol untuk perlawanan semalam.





    Selepas ini beberapa perlawanan di Piala FA akan terus berlangsung, terutamanya yang mencuri tumpuan peminat-peminat EPL pastinya pada minggu ini dimana bakal berlangsung pertemuan Manchester United menghadapi Liverpool, yang akan dipimpin oleh pengurus baru mereka Kenny Dalglish. Juara Piala FA musim lalu, Chelsea akan berhadap sebuah kelab dari liga Championship, Ipswich Town.

    Saturday, January 8, 2011

    Preview Match | Arsenal vs Leeds United, Piala FA (Pusingan ke-3)


    FA Cup (3rd Round), Arsenal vs Leeds United

    Emirates Stadium, London
    Sabtu, 8 Januari 2011
    Astro (Star Sports Match) - Channel: 813
    Online: 20:40 (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Chris Foy
    * Pertemuan terakhir: Arsenal 5-0 Leeds United (16 April 2004)
    * Pertemuan kedua pasukan: 44: Arsenal menang, 41: Leeds menang, 31: Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: K-M-S-M-S
    * Prestasi terkini Leeds: M-S-S-S-K
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up

    Szczesny
    Eboue - Koscielny - Squillaci - Gibbs
    Eastmond - Denilson
    Bendtner - Rosicky - Vela
    Chamakh

    Subs: Fabianski, Djourou, Clichy, Ramsey, Wilshere, Arshavin, Emmanuel-Thomas
    Denda: Sagna (jalinani pergantungan pertama dari tiga, selepas dikenakan kad merah)
    Kecederaan: Diaby (betis), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Kompom-kompom! Emmanuel Eboue akan tersenarai ke dalam kesebelasan utama, dengan Bacary Sagna sedang menjalani hukuman pergantungan untuk tiga perlawanan.

  • Kieran Gibbs dijangkakan bersedia untuk muncul kembali mengisi slot pertahanan sebelah kiri. Harap unit fisio Arsenal sudah mengenjet DNA badak sumbu kat kaki Gibbs supaya tahan lasak skit!

  • Aku membayangkan kelibat Sebastien Squillaci akan kembali digunakan mengisi slot posisi pertahanan tengah, Saya memilih Squillaci akan bergandingan dengan Koscielny. Djourou mungkin direhatkan, al-maklumlah kaki mamat ini pun 'kaca' jugak bukan lih guna lasak-lasak sangat

  • Wojciech Szczesny akan sekali lagi berpeluang bermain untuk meraih sebanyak mungkin pengalaman bagi proses kematangan dan kenyakinan sebelum bergelar keeper no.1 masa depan Arsenal. dengan Vito Mannone masih dipinjamkan, Fabianski akan berada di bangku simpanan.

  • Kalau ikutkan, aku tidak ada kepastian untuk memastikan siapa yang akan mengisi jentera serangan Arsenal, tapi aku pilih, mereka yang tidak bermain pada perlawanan sebelum ini, siapa yang akan diletakkan oleh Wenger! mereka harus bawa tiga mata

  • Aaron Ramsey sudah kembali ke pasukan tapi tiada ada jaminan untuk dia bermula di barisan utama, bermula di bangku simpanan kemungkinan itu ada! Ia pastinya menarik untuk dilihat, jika dia diturunkan sebagai pemain gantian.

  • Sejak tumbang perlawanan berturut-turut kepada Tottenham dan Braga pada akhir November, Arsenal hanya tewas sekali (tewas kepada Manchester United 1-0) daripada sembilan perlawanan terkini dalam semua kejohanan selepas itu. Saat ini Arsenal masih utuh dan tidak terkalah dalam empat perlawanan.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Leeds United

  • Sanchez Watt, bintang muda yang dipinjam mungkin samar-samar untuk diturunkan kerana memperoleh kecederaan di bahagian kepala ketika melawan Cardiff City pada hari Selasa lepas dan dikatakan berjahit di kepala.

  • Pertahanan Ben Parker, yang telah menghabiskan tempoh istirehat jangka panjang selepas pembedahan pinggul, berjaya menghabiskan tempoh bermain 90 minit kali pertama pada hari Selasa lepas sejak Ogos 2009.

  • Pertahanan Andy O'Brien juga dikatakan akan terlepas perlawanan ini akibat kecederaan kaki.

  • Leeds, tidak mengalami kekalahan dalam 12 perlawanan sebelum tumbang kepada Cardiff 2-1 pada hari Selasa lepas. Yang menariknya juga kekalahan terakhir mereka juga di tangan Cardiff pada 25 Oktober 2010 dengan 4-0.

  • Terkini selepas selesai 24 perlawanan di Liga Championship, Leeds menghuni tangga ke-5.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal memenangi ketiga-tiga pertemuan dengan Leeds pada musim 2003/04. Menariknya ketiga perlawanan tersebut, Henry dan Pires tidak gagal mencatatkan nama sebagai penjaring, PenCinta Arsenal pasti tidak dapat melupakan pada tahun itu juga,. Pertemuan Arsenal ketika memenangi 5-0 ke atas Leeds yang berlangsung di Highbury, Henry muncul wira setelah mencetak empat gol, Pada tahun yang sama juga, Arsenal dipertemukan dengan Leeds pada pusingan ke-3 di Piala FA dengan kemenangan 4-1 di Elland Road.

  • Kemenangan terakhir diraih Leeds keatas Arsenal adalah setahun sebelum itu, dengan skor 3-2 di Highbury. Mark Viduka muncul wira menjaringkan gol pada minit ke-88, selepas Bergkamp menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-63.

  • Leeds United, mereka hanya memenangi satu gelaran juara Piala FA dalam lipatan sejarah mereka. Ia berlaku di Wembley pada tahun 1972 dan Arsenal yang mereka tumbangkan dengan skor 1-0 di final itu hasil jaringan Allan Clarke.

  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Chris Foy (Merseyside), beliau juga yang mengendalikan perlawanan akhir Piala FA tahun lalu antara Chelsea dan Portsmouth yang dimenangi oleh Chelsea hasil jaringan Drogba.

  • Arsenal telah memenangi kedua-dua perlawanan ketika Foy yang mengendalikan perlawanan musim ini dengan Blackburn dan Fulham, kedua dengan skor 2-1.

  • Musim ini, Foy juga telah mengendalikan perlawanan melibatkan Leeds ketika menang 2-1 di Middlesbrough.

  • Sekitar perlawanan lain di Piala FA (Pusingan ke-3)

  • Sabtu: Burnley vs Port Vale; Turf Moor, Burnley
  • Sabtu: Coventry City vs Crystal Palace; Ricoh Arena, Coventry
  • Sabtu: Bristol City vs Sheffield Wednesday; Ashton Gate, Bristol
  • Sabtu: Fulham vs Peterborough United; Craven Cottage, London
  • Sabtu: Doncaster Rovers vs Wolverhampton Wanderers; Keepmoat Stadium, Doncaster
  • Sabtu: Brighton & Hove Albion vs Portsmouth; Withdean Stadium, Brighton
  • Sabtu: Huddersfield Town vs Dover Athletic; Galpharm Stadium, Huddersfield
  • Sabtu: West Ham United vs Barnsley; Boleyn Ground, London
  • Sabtu: Reading vs West Bromwich Albion; Madejski Stadium, Reading
  • Sabtu: Sheffield United vs Aston Villa; Bramall Lane, Sheffield
  • Sabtu: Bolton Wanderers vs York City; Reebok Stadium, Bolton
  • Sabtu: Blackburn Rovers vs Queens Park Rangers; Ewood Park, Blackburn
  • Sabtu: Swansea City vs Colchester United; Liberty Stadium, Swansea
  • Sabtu: Stevenage vs Newcastle United; Broadhall Way, Stevenage
  • Sabtu: Burton Albion vs Middlesbrough; Pirelli Stadium, Burton upon Trent
  • Sabtu: Millwall vs Birmingham City; The Den, London
  • Sabtu: Southampton vs Blackpool; St. Mary's, Southampton
  • Sabtu: Watford vs Hartlepool United; Vicarage Road, Watford
  • Sabtu: Sunderland vs Notts County; Stadium of Light, Sunderland
  • Sabtu: Scunthorpe United vs Everton; Glanford Park, Scunthorpe
  • Sabtu: Hull City vs Wigan Athletic; KC Stadium, Kingston upon Hull
  • Sabtu: Stoke City vs Cardiff City; Britannia Stadium, Stoke-on-Trent
  • Sabtu: Preston North End vs Nottingham Forest; Deepdale, Preston
  • Sabtu: Norwich City vs Leyton Orient; Carrow Road, Norwich
  • Sabtu: Torquay United vs Carlisle United; Plainmoor, Torquay
  • Ahad: Leicester City vs Manchester City; Walkers Stadium, Leicester
  • Ahad: Chelsea vs Ipswich Town; Stamford Bridge, London
  • Ahad: Manchester United vs Liverpool; Old Trafford, Manchester
  • Ahad: Tottenham Hotspur vs Charlton Athletic; White Hart Lane, London
  • Isnin: Crawley Town vs Derby County; Broadfield Stadium, Crawley
  • Selasa: Wycombe Wanderers vs Hereford United / Lincoln City; Adams Park, High Wycombe
  • Related Posts with Thumbnails