Showing posts with label EPL News. Show all posts
Showing posts with label EPL News. Show all posts

Saturday, December 4, 2010

EPL News | Mungkinkah Arsenal Pendahulu Liga EPL Terbaru?


Situasi terkini perlawanan antara pendahulu Liga EPL ketika ini, Manchester United dengan Blackpool diberitakan akan ditangguhkan kerana permukaan padang yang membeku selepas pengadil perlawanan, Peter Walton yang membuat lawatan pemeriksaan permukaan padang di Bloomfield Road.

Menurut kenyataan dari Blackpool:-

"Mr. Walton menegaskan ia tidak sesuai untuk diguna pakai bagi perlawanan hari ini kerana beberapa kawasan padang yang terjejas tidak dapat mencair dengan sempurna."

England saat ini sedang dilanda cuaca sejuk yang melampau, dengan beberapa 'ice warnings' dikeluarkan bagi sebahagian negeri yang mencatatkan suhu di bawah paras sifar celcius.

Ini sebenarnya memberi kita kesempatan besar untuk pergi ke puncak Liga dengan lebih lama. Ia akan menjadi kesempatan yang kedua kali pada bulan November ini - Dengan mengharapkan kemenangan ke atas Fulham mampu dicapai selain Chelsea akan terikat dan lebih eloknya kalah ketika bertembung lawan Everton.

Everton yang kini terdesak untuk melonjak jauh dari zon bahaya pastinya akan bekerja keras mahu mendapatkan mata penuh ataupun sekurang-kurang mengikat kedudukan di Stamford Bridge.

United Kini sedang mendahului liga dengan hanya perbezaan dua mata ke atas Chelsea dan Arsenal, dan aku yakin peluang ini Wenger dan anak buahnya perlu rebut segera!
Related Posts with Thumbnails